Bismillah
Tinggal beberapa hari sahaja lagi untuk umat Islam seluruhnya akan menyambut kedatangan bulan yang mulia Ramadhan Al-Mubarak, apakah persediaan untuk menghadapinya terutama ibu-ibu yang mengandung dan menyusukan bayi mereka.
Ada segelintir ibu-ibu yang mengambil jalan mudah untuk terus tidak berpuasa dengan alasan menyusukan anak, ini bagi ibu sangat tidak patut. Memang Islam itu mudah tapi jangan lah sampai kita mempermudahkan setiap perkara. Puasa adalah wajib, dan menyusukan anak juga sangat dituntut dalam Islam.
Mungkin ada perkara yang perlu dirujuk kepada pakar agama kerana ini adalah daripada fikiran dan pemahaman ibu selama ini dengan ilmu yang cetek ini.
Ibu yang menyusukan anak diharuskan berbuka jika berlaku mudharat kepada anak yang disusukannya. Ini lebih tepat jika anak berusia kurang dari 6 bulan di mana sumber makanannya hanya bergantung kepada susu ibunya semata-mata, tetapi jika anak yang sudah melebihi 6 bulan maka susu ibu bukanlah punca utama makanan anak-anak.
Anak-anak sudah boleh diperkenalkan dengan makanan pejal seawal usia 6 bulan, jadi ibu fikir tidak timbul masalah tidak dapat berpuasa kerana menyusukan anak kecuali ada sebab-sebab lain yang memudaratkan. Ibu-ibu digalakkan supaya berikan anak mereka makanan pejal dan secara tidak langsung anak akan kurang menyusu.
Buat tambahan stok susu untuk bekalan di bulan puasa (applicable bagi yang bekerja), tahun lepas ibu sudah buat stok ebm tapi Umar tetap tidak mahu melainkan direct bf sahaja, dia hanya mahu jika ibu tiada bersamanya.
Ramadhan tahun lepas, pengalaman berpuasa dan menyusukan anak 3 bulan ketika itu dalam masa yang sama menjaga 2 anak yang lain berusia 2 dan 4 tahun memang membuatkan ibu sangat lembik. Entah beberapa kali ibu macam nak pitam, jika pitam sudah tentu automatik terbatal puasa.
Pengalaman yang tidak dapat dilupakan apabila seluruh badan menggigil dan kebas-kebas kerana kurang darah. Waktu tu rasa macam nak kena stroke pun ada, memang dugaan sungguh. Alhamdulillah masih dipanjangkan usia dan diberi kesihatan yang baik sehingga ke hari ini, Alhamdulillah.
Jika diikutkan memang puasa memudaratkan waktu itu tetapi kerana sayangnya untuk meninggalkan yang wajib terasa seperti pikul hutang sebeban, ibu gagahkan jua. Walau apa jua alasan pun puasa yang ditinggalkan wajib diganti. Menggantikan puasa itu lebih berat bagi ibu dari berpuasa di bulan Ramadhan di mana semua orang adalah sama.
Puasa adalah suatu bentuk latihan kawalan diri, mengawal diri dari nafsu yang bermacam-macam. Bertahan dan bersabarlah kerana puasa itu bakal mendidik jiwa.

sungguhla kak, kalau nak mengganti susah la rasanya sebab orang lain tak pose..kalau dlm Ramadhan semua org puasa, rasa mcm tkdela tergoda sgt..hehehe..thun ni first time puasa mnyusukan..taktaula mcmana nanti..takmau susah hati sgt..yg penting skrg ni tgh prepare mcmna nak menempuhnya nanti... ; )
ReplyDeletebetul tu amirah..yg penting kena bersedia mental & fizikal. Alhamdulillah, last year dapat puasa cam biasa walaupun menyusukan mysara (br abis pantang masa tur) & dlm masa sama angah pun masih tumpang sekaki (masa tu dia br 1 1/2thn). Byk2 minum air masak lepas berbuka & bersahur.
ReplyDeleteamirah,
ReplyDeletepengalaman baru bagi amirah, semoga berjaya dengan misi... InsyaAllah dipermudahkan, jika perlu ambillah supplement untuk lebih bertenaga dan pastikan makanan yg berkhasiat....
MamaYatie,
ReplyDeletethanks yatie, owh tabik lar... saya sorang pun lembik, inikan yatie menyusukan 2 orang...
air memang kena minum secukupnya... tahun ni saya ambil suplement tuk lebih tenaga, taknak jadi macam tahun lepas... huhu
kalo perlu, bley jer amik supplement..tp mysara dah lama berhenti menyusu..sedih tul..jenuh dipaksa dia tak nak.saya dulu minum susu.
ReplyDeletesy pun selalu syg nak tinggal puasa walaupun masih menyusukan anak. Nasib baik Hafizah dha berhenti dah menyusu sejak pertenghan thn lps.
ReplyDeletekakyong dah merasa 3 kali Ramadhan & menyusukan anak.. thn 2007, masa tu baru habis pantang Anis.. minggu kedua Ramadhan baru dpt puasa..
ReplyDeletethen 2008, pun sama, habis berpantangkan Aliya & sempat berpuasa dari awal Ramadhan..
puasa tahun 2009 pun aliya masih BF...
tahun ni Aliya dah 2 tahun.. tp tak mau berenggang lagi.. so hopefully masih ada supply susu utk Aliya Ramadhan ni...
bila nak handle lebih dr 1 anak memang letih. lebih lagi di bulan puasa... mcm2 dugaan... mcm2 kerenah anak.. Insya ALlah semua tu ade ganjarannya kan.... :D
Memang sayang Nur kalu tak biasa tinggal puasa kan kecuali sebab yg wajib tu kan...
ReplyDeletekakyong,
ReplyDeletememang dugaan seorang ibu kan kakyong, takper ganjaran Allah itu jauh lebih baik dari kesusahan yg ada sekarang.
Tahun ni agak rileks sket dari tahun lepas sebab anak dah hantar ke taska/nursery