Skip to main content

Pengalaman Menjual Biskut Raya

Biskut dan kuih memang aksesori wajib di musim perayaan, ramai peniaga yang mendapat keuntungan berlipat ganda bila tiba musim perayaan. Jangan tak tahu ada orang yang  berniaga hanya di bulan puasa sahaja, niaga setahun sekali buat bekalan setahun.

Ibu dulu pun pernah juga meniaga biskut raya, biskut bangkit, biskut kacang, semperit, baulu, cookies dan macam-macam. Mulanya pada 2008 bila ibu sudah tidak makan gaji, ibu buat satu blog untuk jual biskut raya, itulah blog pertama ibu ummuhakim.blogspot.com

Waktu tu takde orang tahu pun blog tu, perasan macam ada yang nak beli biskut online haha



Biskut bangkit yang ibu memang tak suka makan sebelum ni, tapi lepas rasa biskut bangkit ni hari-hari mau. Baulu yang menjadi kegemaran anak-anak, suami pun suka makan cicah air teh. Cookies ibu bawa balik kampung, mak ibu suka sangat sampai simpan tak bagi anak-anak makan

Pendek kata semua sedap, di mulut ibu ni lah, mulut orang lain belum tentu. Pengalaman..... pengalaman

Notakaki: Comellote Giveaway ibu mungkin akan tutup lebih awal 

Comments

  1. selalu beli kuih raya banyak pastu tak habis makan...thn ni takmo bli banyak2 dah..jimat..

    ReplyDelete
  2. saya dulu, mas form 6 jual tiga jenis kek, kek biasa, kek buah, kek coklat.. memang seronok, laris jugalah ;D

    ReplyDelete
  3. kak wan, kakak ipar saya pun camtu..berniaga kuih raya je,..tp hasil dia untuk setahun, kitorg pun tolong2 la gak..tp tahun ni saya tk tolong jual dan saya tk beli kuih kut sebab bonus takdok..sob sob sob sedey..bajet takdok..

    ReplyDelete
  4. eida,
    dulu penah gak macam tu... membazir jer kan, sampai nak raya tahun depan pulak biskut raya tahun sudah masih berbaki

    ReplyDelete
  5. Mas,
    oh yer ker, banyak jugak pengalaman Mas ni kan...

    ReplyDelete
  6. amirah,
    itulah rezeki nak raya kan? Takper amirah, biskut2 ni aksesori jer, pentingkan yg penting dahulu :D

    ReplyDelete
  7. kakyong dah byk tahun tak buat & tak beli kuih raya... hahahaa... x buat sebb anak kecik2 lagi.. 2 kali Ramadhan, berpuasa dgn anak yg baru 2-3 bulan..
    tahun ni plannya nak buat, ramai assistant ni... 3 org... hehehee...

    ReplyDelete
  8. buatlah kakyong, yg mana byk lebih tu boleh roger saya hehehe... ok lar tu assistant tolong uli tepung :D

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Teknik Cepat Membaca: Cara Mudah Mengajar Anak Membaca

Hakim mula belajar secara formal semasa usianya 5 tahun, buku Bacalah Anakku digunakan di sekolah dan juga di rumah untuk memperkenalkan anak dengan bunyi sukukata yang mudah mengikut teknik fonetik. Bila di rumah ibu sudah terbiasa mengenalkan anak-anak dengan huruf menyebabkan anak keliru untuk sebut 'a' dengan A atau aaa. Bila anak dihantar ke taska, guru taska tanya Buku Anakku buku ke berapa? Ibu menjawab 'emm 2 ke 3? Isk nampak sangat ibu ni tidak prihatin dengan tahap kemahiran anak sendiri, malu sendiri jadinya. Bukan tidak peduli langsung tapi terlalai dengan kerja seharian (konon sibuk sangat) sampai terlupa nak cek buku anak-anak termasuk iqra'. Mana boleh macam ni? Takkan nak biarkan anak belajar 100% di sekolah dan taska sahaja? Apa yang aku lakukan sebagai ibu di rumah? Sibuk sangat kah? Ibu mula memeriksa bacaan Hakim, mulakan dari buku 1. baru lah ibu tahu bahawa anak ibu lebih kepada menghafal sebab terlalu sedikit latihan. Bila ibu tu

Mengajar Anak Mengenal Huruf Hijaiyah

Set Lengkap Mengajar Anak Kecil Membaca Mengenal huruf hijaiyah adalah perkara asas apabila belajar mengaji Quran. Bila kenal huruf kemudian baru belajar bunyi bacaan mengikut baris. sudah pandai baca baru belajar tajwid.  Sama seperti membaca, sekarang ada kaedah yang mengajar bunyi bacaan dahulu kemudian baru kenal huruf. Sama seperti kaedah fonik dalam Bahasa Melayu. Ibu lebih suka perkenalkan anak-anak dengan huruf-huruf hijaiyah dahulu. Belajar melalui lagu dan kad imbas adalah lebih mudah untuk anak-anak ibu. Contohnya lagu Alif Ba Ta yang banyak ada di Youtube. Ibu muat turun sahaja dan pasang di laptop hampir setiap hari. Bukan untuk anak yang baru belajar, anak yang sudah pandai mengaji pun akan ikut sama menyanyi. Lagu Alif Ba Ta yang mudah dan senang diikuti adalah seperti ini [Klik di sini] Ini yang paling jelas sebutan, jika ada yang lain mohon dikongsi di ruangan komen.  Untuk perkenalkan huruf menggunakan kad imbas, ibu gunakan kad imbas huru

Bagaimana Hilangkan Kutu Rambut?

Apakah itu kutu rambut? Kutu kepala adalah serangga kecil yang tidak bersayap yang berwarna kelabu atau coklat. Ianya ialah parasit yang mendapat makanan dengan menghisap darah dari kulit kepala manusia.   Saiz kutu yang baru menetas adalah lebih kurang 1mm (lebih kurang saiz kepala jarum peniti), dan kutu penuh dewasa berukuran sekitar 3mm (kecil sedikit daripada saiz kepala mancis). Kutu kepala mengambil masa antara enam hingga 14 hari untuk menjadi penuh dewasa, kemudian betina akan melakukan hubungan jenis dan melahirkan telur di atas kulit kepala.  Telur, atau 'nit' dalam bahasa Inggeris berwarna putih-kuning. Kadangkala ianya disangkakan kelemumur, tetapi boleh dibezakan sebab ia melekat kepada rambut dan sukar untuk dilucutkan. Telur mengambil masa tujuh hingga 19 hari untuk menetas dan kulit telur melekat tinggal pada batang rambut. Kutu boleh hidup sampai 21 hari, dan betina dewasa boleh mengeluarkan sebanyak 56 telur dalam satu hubungan jenis.