Jul 20, 2010

Selepas Beberapa Tahun Puasa Penuh

Hari ni sambung perjuangan puasa yang belum selesai, Ramadhan tinggal 23 hari jer lagi. InsyaAllah semoga Allah permudahkan urusan ibu untuk menghabiskan puasa yang berbaki beberapa hari ini.

Pagi tadi cuma sempat menjamah 2 keping roti sebagai alas perut semasa sahur, hari ni memang agak lembik juga, semalam tak puasa sebab tak sempat nak bersahur, baru masuk sesuap nasi sudah azan. Pernah sampai menggigil dan kebas seluruh badan bila tak bersahur masa puasa tahun lepas.

Tadi cakap dengan abah nak buka puasa apa yer hari ni, abah cakap beli nasi kukus ayam goreng berempah tu jer la. Ayamnya boleh tahan besarnya, seekor ayam dara dibelah empat. Harganya RM5 sebungkus, ibu suka makan macam tu jer, tak perlu letak kuah, makan ketika nasi masih panas

Gambar nasi kukus ayam dara yang diambil dari [sini]

Ini apa hal puasa cakap pasal makanan?

Nasi macam ni makan dalam pantang mesti best kan, hari-hari makan ini pun takper.

Ibu ni sudah beberapa tahun tidak ganti puasa sebab selalu dapat puasa penuh, tahun lepas memang menguji kesabaran, sebab ibu cuba makan maajun terus tak boleh puasa, lama pulak tu. Jika anak-anak yang lain, tahun ini mengandung, tahun depan menyusu memang boleh puasa penuh.

Mengandungkan hakim 2004, 2005 hakim 4 bulan ibu puasa penuh, mengandungkan aiesyah 2006, 2007 aiesyah 4/5 bulan ibu puasa penuh, mengandungkan umar 2008, 2009 ibu gatal amik maajun... hehehe

Amik maajun tu sebagai cara untuk merancang, sshhhhh... tapi sekarang ni ibu dah stop sebab nak pulun puasa. Menjadi ke merancang dengan hanya makan maajun? Ini kenalah tanya pakar, tapi dari pengalaman sendiri memang betul.

Makan maajun menyebabkan anak panas badan? Kalau anak kuning tak boleh makan jamu. Ini orang yang cakap termasuk mak ibu. Tapi jika ibu demam anak boleh disusukan seperti biasa.   

6 comments:

  1. brp hari lagi kena ganti puasa... selamat mengganti puasa..

    makjun@jamu kg memang baik... kakyong dulu masa 2 minggu pertma memang tak makan jamu.. jaga makan & mkn ubat spital (obimin jer)...

    ReplyDelete
  2. saya tk berani la kak wan nk mkn jamu..takottt...hihihi..slmt mengganti puasa..

    ReplyDelete
  3. kakyong,
    ada seminggu lagi... huaa
    saya start makan jamu lepas habis pantang, dlm pantang habiskan ubat bersalin.. eh cam jamu jugakkan..hehh

    ReplyDelete
  4. saya tgh breastfeeding kazim ni. harap2 insyaAllah dpt puasa penuh tahun ni! :D

    ReplyDelete
  5. Syigim pastikan makan dengan cukup dan jika perlu amik supplement utk kekal tenaga sampai berbuka, chaiyok syigim!

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails