Skip to main content

Sukanya Dalam Hati

Bismillah, dengan nama Allah yang Maha Pemurah & Maha Penyayang

Suasana pagi yang cukup cerah hari ni, baju dah basuh, pakaian dah jemur, pagi-pagi semua bersarapan sebelum keluar, rumah sudah disapu, sinki juga telah bersih. Suami dan anak-anak keluar dengan gembira, lebih awal dari biasa, InsyaAllah abah tak punch card merah hari ni

Apalagi yang lebih menggembirakan hati bila semuanya berjalan dengan lancar, tidak terkocoh-kocoh mengejar itu dan ini yang ibu sangat tidak suka. Semahu mungkin setiap perkara berlaku dengan lancar dan tenang.

Ada lagi perkara yang lebih menggembirakan hati ibu ni, bila buka almari nampak sekeping kad color pink bertulis 'Happy Birthday Sayang'. Walau tiada emas berlian, dan hadiah yang beribu ringgit, kad ucapan ini sudah cukup membuatkan hati ini berbunga-bunga

Entah kenapa hati ini tersentuh pula bila membaca ' ...And love is wishing you the best this special day could bring, For knowing you are happy is the most important thing'

Memang itu kata-kata yang selalu abah sebut tapi kut melayu lar... abang tak kisah ani nak buat apa pun, sebab abang tahu ani memang buat yang terbaik, abang cuma nak ani gembira'


Itu lah suami walaupun dia tidak tunjukkan sifat romantik, tidak mengapa asalkan di hatinya tetap ada kita. Terkejut juga dapat kad tahun ni sebab 2-3 tahun dah rasanya tak dapat kad, ibu pun tak beri kad ucapan pun masa birthday abah haritu.

Antara hadiah yang paling bermakna sebab ibu memang suka dapat kad... dalam maksud lain adalah kata-kata, sebab kata-kata ini lahir dari hati. hadiah mungkin akan hilang, tapi kata-kata akan tersemat dalam hati ni sampai bila-bila.

Comments

  1. aduh romantik sungguh

    wan yang dapat kad, saya pula tersentuh

    wanita mudah saya mahu ambil hati, walau sekadar kad pun sudah besar penghargaan..

    ReplyDelete
  2. bestnya kak wan..moga bahagia berkekalan..besday husben saya plak esok..ermm..saya tak reti nk romantik mcm husben akak..hihi

    ReplyDelete
  3. lain org lain cara romantiknya kan..org pempuan ni bukan nak 'byk' pun kan..cukuplah sekadar ingatan & penghargaan en.suami

    ReplyDelete
  4. Mas,
    suami ingat hari lahir kita pun dah cukup kan mas

    ReplyDelete
  5. amirah,
    akak pun tak reti nak romantik2, buat apa sahaja asalkan dengan ikhlas InsyaAllah suami pasti menghargainya

    ReplyDelete
  6. MamaYatie,
    betul, suami ingat tu kira dah cukup baik, selalunya saya yang lupa.. hehe

    ReplyDelete
  7. hepi besday.. hari bahagia lah ni... hati berbunga2... bestnya...

    ReplyDelete
  8. happy birthday kak wan=)

    romanatiknya hubby..alhamdulillah..

    ReplyDelete
  9. kakyong
    haah sedang berbunga lagi ni, kalu nak petik pun boleh ;D

    ReplyDelete
  10. sirna,
    romantik ke gitu... bagi kad jer bukan candle light dinner bagai... alhamdulillah sempat lunch bersama semalam

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Teknik Cepat Membaca: Cara Mudah Mengajar Anak Membaca

Hakim mula belajar secara formal semasa usianya 5 tahun, buku Bacalah Anakku digunakan di sekolah dan juga di rumah untuk memperkenalkan anak dengan bunyi sukukata yang mudah mengikut teknik fonetik. Bila di rumah ibu sudah terbiasa mengenalkan anak-anak dengan huruf menyebabkan anak keliru untuk sebut 'a' dengan A atau aaa. Bila anak dihantar ke taska, guru taska tanya Buku Anakku buku ke berapa? Ibu menjawab 'emm 2 ke 3? Isk nampak sangat ibu ni tidak prihatin dengan tahap kemahiran anak sendiri, malu sendiri jadinya. Bukan tidak peduli langsung tapi terlalai dengan kerja seharian (konon sibuk sangat) sampai terlupa nak cek buku anak-anak termasuk iqra'. Mana boleh macam ni? Takkan nak biarkan anak belajar 100% di sekolah dan taska sahaja? Apa yang aku lakukan sebagai ibu di rumah? Sibuk sangat kah? Ibu mula memeriksa bacaan Hakim, mulakan dari buku 1. baru lah ibu tahu bahawa anak ibu lebih kepada menghafal sebab terlalu sedikit latihan. Bila ibu tu

Mengajar Anak Mengenal Huruf Hijaiyah

Set Lengkap Mengajar Anak Kecil Membaca Mengenal huruf hijaiyah adalah perkara asas apabila belajar mengaji Quran. Bila kenal huruf kemudian baru belajar bunyi bacaan mengikut baris. sudah pandai baca baru belajar tajwid.  Sama seperti membaca, sekarang ada kaedah yang mengajar bunyi bacaan dahulu kemudian baru kenal huruf. Sama seperti kaedah fonik dalam Bahasa Melayu. Ibu lebih suka perkenalkan anak-anak dengan huruf-huruf hijaiyah dahulu. Belajar melalui lagu dan kad imbas adalah lebih mudah untuk anak-anak ibu. Contohnya lagu Alif Ba Ta yang banyak ada di Youtube. Ibu muat turun sahaja dan pasang di laptop hampir setiap hari. Bukan untuk anak yang baru belajar, anak yang sudah pandai mengaji pun akan ikut sama menyanyi. Lagu Alif Ba Ta yang mudah dan senang diikuti adalah seperti ini [Klik di sini] Ini yang paling jelas sebutan, jika ada yang lain mohon dikongsi di ruangan komen.  Untuk perkenalkan huruf menggunakan kad imbas, ibu gunakan kad imbas huru

Bagaimana Hilangkan Kutu Rambut?

Apakah itu kutu rambut? Kutu kepala adalah serangga kecil yang tidak bersayap yang berwarna kelabu atau coklat. Ianya ialah parasit yang mendapat makanan dengan menghisap darah dari kulit kepala manusia.   Saiz kutu yang baru menetas adalah lebih kurang 1mm (lebih kurang saiz kepala jarum peniti), dan kutu penuh dewasa berukuran sekitar 3mm (kecil sedikit daripada saiz kepala mancis). Kutu kepala mengambil masa antara enam hingga 14 hari untuk menjadi penuh dewasa, kemudian betina akan melakukan hubungan jenis dan melahirkan telur di atas kulit kepala.  Telur, atau 'nit' dalam bahasa Inggeris berwarna putih-kuning. Kadangkala ianya disangkakan kelemumur, tetapi boleh dibezakan sebab ia melekat kepada rambut dan sukar untuk dilucutkan. Telur mengambil masa tujuh hingga 19 hari untuk menetas dan kulit telur melekat tinggal pada batang rambut. Kutu boleh hidup sampai 21 hari, dan betina dewasa boleh mengeluarkan sebanyak 56 telur dalam satu hubungan jenis.