Skip to main content

Tips Keibubapaan: Tangani Anak Nakal

Bismillah

Ibu bukan pakar kanak-kanak, pengalaman pun masih cetek, ibu hanya ingin kongsikan dengan semua apa yang ibu dapat semalam semasa mendengar topik tips keibubapaan.

Sebenarnya tiada istilah anak nakal, kerana anak dilahirkan suci dan bersih, anak terbentuk perangainya kerana didikan daripada ibubapa mereka. Jika anak nakal sebenarnya ibubapa lah yang gagal mendidiknya.

Ada yang mengatakan, sebelum berkahwin, perempuan lebih banyak bercakap dan lelaki mendengar.
Selepas kahwin, isteri banyak menurut kerana suami banyak bercakap dan isteri kena dengar.
Bila punya anak, ibu bapa masing-masing mahu bercakap sehingga jiran dengar.

Dengan istilah lain, bercakap sambil menjerit-jerit, ia sangat memalukan. Ada ibubapa yang sentiasa menjerit kepada anak-anak apabila anak tidak mendengar bila disuruh sekali.

Picture taken [here]
 
Cukuplah menjerit, anak-anak juga punya harga diri, mereka juga merasa jatuh harga diri apabila dijerit-jerit walaupun oleh ibubapa mereka sendiri. Minta dijauhkan anak kita dijerit oleh guru-guru atau pengasuh mereka. Apabila anak sudah biasa disuruh mendengar dengan jeritan maka bimbang anak tidak akan mendengar dengan cara lembut.

Tips mengendalikan anak yang sukar untuk mengikut arahan, duduk biar level kita dan anak sama dengan kata lain rendahkan badan, pegang muka dan pandang mata anak. Biar mata bertentang mata pada aras yang sama. Cakap dengan nada yang perlahan dan jelas.

Anak-anak adalah cermin kepada ibubapanya. Diceritakan tentang seorang isteri yang mendakwa sentiasa didera oleh suaminya berjumpa dengan kaunselor dan membawa anaknya yang masih kecil. Semasa ibunya syik bercerita tentang masalahnya kepada kaunselor tersebut, dek kerana rasa bosan anak kecil itu mencekik ibunya. Kaunselor itu faham bahawa perangai bapanya telah sampai kepada anaknya. Cabaran kepada ibunya sekarang untuk membuang sikap tidak sabar bapanya yang telah melekat di minda anak kecil itu.

Ilmu keibubapaan ini tidak datang dengan semulajadi kerana yang semulajadi itu mungkin bukan cara didikan anak yang betul. Ilmu perlu dipelajari. Bimbang jika kita salah mendidik.

Ibubapa yang tidak ambil kisah, anak-anak akan membesar dengan kurang keyakinan diri, sentiasa ambil berat, tanyakan apa yang patut kepada anak, cakna apa yang berlaku kepada mereka.

Picture taken [here]

Berilah perhatian kepada anak, jika perhatian itu adalah ubat, maka ubat ini adalah yang terbaik untuk menyembuhkan segala penyakit yang sediaada.

Comments

  1. slm knl..sy copy utk kongsi dgn suami..thnkss

    ReplyDelete
  2. betul kak wan..anak-anak cerminan kita..mmng anak-anak akan serap apa yang ibu bapa dia ajar atau buat di depan dia..gud info..thanks

    ReplyDelete
  3. kinna,
    berkongsi utk mendapat kebaikan tiada salahnya, cuma ini adalah perkongsian drpd apa yg saya dengar

    ReplyDelete
  4. amirah,
    haah betul tu.... macam sponge kan ramai yg cakap macam tu, tapi biarlah apa yg diserap itu membawa kebaikan kepada mereka

    ReplyDelete
  5. yer la betul tu kan, jerit2 pun kdg2 lagi dia org tak dengar..the best way yg saya selalu buat, cuba buat & cuba amalkan "meh sini kat mama, give me ur big hug" then br slow talk dgn dia org..lagi EFFECTIVE! anak2 hari ini lebih suka kita terangkan kenapa & mengapa dr dngr kita jerit2.

    ReplyDelete
  6. MamaYatie,
    pandai diplomatic dgn anak2, boleh belajar nih :D

    ReplyDelete
  7. setuju..

    dulu rajin gak jd tarzan.. sampai adik2 kakyong gelak.. sbb suara jeritan tu buat anak2 gelak... gamaknya tak cukup nyaring kot suara ibunya.. tu yg anak2 gelak... pastu kita plak yg rasa cam nak hilang suara,...

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Kenapa Anak Suka Pakai Selipar Terbalik

Biasa tak tengok anak-anak pakai selipar terbalik, macam jadi perkara biasa pada mereka. Aiesyah sekarang ni memang trend pakai selipar terbalik bila ditegur barulah dialihkan selipar, jika tidak macam tu lah dia pakai selipar. Kadang tu bila disuruh pakai betul-betul kita pula yang dimarahnya, dia cakap yang dia pakai tu dah betul, adakah anak usia 2-3 tahun sukar untuk kenalpasti selipar kiri dan kanan? Selipar yang aiesyah pakai sekarang, snap masa baru beli,  sekarang dah takde color pink lagi dah... Ni pulak selipar hakim yang tinggal kenangan,  kena curi kat masjid masa hakim ikut abah solat Jumaat Apa yang ibu perasan bukan selipar sahaja yang terbalik, huruf pun selalu ditulis terbalik, contohnya bila N ditulis seperti U, S pun jadi terbalik. Semalam masa Aiesyah belajar menulis huruf, ibu gelak jer bila tengok A ditulis terbalik iaitu bukaan A di bahagian atas. Mungkin ini salah satu proses pembelajaran anak-anak kan? Dengan cara ini mereka boleh kenalpasti ...

Teknik Cepat Membaca: Cara Mudah Mengajar Anak Membaca

Hakim mula belajar secara formal semasa usianya 5 tahun, buku Bacalah Anakku digunakan di sekolah dan juga di rumah untuk memperkenalkan anak dengan bunyi sukukata yang mudah mengikut teknik fonetik. Bila di rumah ibu sudah terbiasa mengenalkan anak-anak dengan huruf menyebabkan anak keliru untuk sebut 'a' dengan A atau aaa. Bila anak dihantar ke taska, guru taska tanya Buku Anakku buku ke berapa? Ibu menjawab 'emm 2 ke 3? Isk nampak sangat ibu ni tidak prihatin dengan tahap kemahiran anak sendiri, malu sendiri jadinya. Bukan tidak peduli langsung tapi terlalai dengan kerja seharian (konon sibuk sangat) sampai terlupa nak cek buku anak-anak termasuk iqra'. Mana boleh macam ni? Takkan nak biarkan anak belajar 100% di sekolah dan taska sahaja? Apa yang aku lakukan sebagai ibu di rumah? Sibuk sangat kah? Ibu mula memeriksa bacaan Hakim, mulakan dari buku 1. baru lah ibu tahu bahawa anak ibu lebih kepada menghafal sebab terlalu sedikit latihan. Bila ibu tu...

Mengajar Anak Mengenal Huruf Hijaiyah

Set Lengkap Mengajar Anak Kecil Membaca Mengenal huruf hijaiyah adalah perkara asas apabila belajar mengaji Quran. Bila kenal huruf kemudian baru belajar bunyi bacaan mengikut baris. sudah pandai baca baru belajar tajwid.  Sama seperti membaca, sekarang ada kaedah yang mengajar bunyi bacaan dahulu kemudian baru kenal huruf. Sama seperti kaedah fonik dalam Bahasa Melayu. Ibu lebih suka perkenalkan anak-anak dengan huruf-huruf hijaiyah dahulu. Belajar melalui lagu dan kad imbas adalah lebih mudah untuk anak-anak ibu. Contohnya lagu Alif Ba Ta yang banyak ada di Youtube. Ibu muat turun sahaja dan pasang di laptop hampir setiap hari. Bukan untuk anak yang baru belajar, anak yang sudah pandai mengaji pun akan ikut sama menyanyi. Lagu Alif Ba Ta yang mudah dan senang diikuti adalah seperti ini [Klik di sini] Ini yang paling jelas sebutan, jika ada yang lain mohon dikongsi di ruangan komen.  Untuk perkenalkan huruf menggunakan kad imbas, ibu gunakan kad i...