Jul 10, 2010

Umar New Look: Hensem Tak?

Selamat Tengahari, sekejap jer dah tengahari ni dari tadi nak post entry konon pagi tapi banyak pula agendanya bila dengan anak-anak di hari Sabtu ni

Petang semalam, kami semua mengerjakan Umar, menangis juga Umar sebab tak mahu potong rambut, geli agaknya dengan mesin rambut tu. Sudah lama juga abah dan ibu berpakat nak botakkan Umar bila umurnya setahun, selepas dibotakkan semasa usia 30 hari.

Umar punya rambut yang lebat jika nak dibandingkan dengan abang hakim dan kakak aiesyah. Jika hakim dan aiesyah dulu umur setahun rambut baru nak ada kat kepala tapi Umar ni kira lebat juga. Patut ler ramai yang tegur Umar ni perempuan, ada muka perempuan ker?

Sebelum di botakkan


Semasa dibotakkan, menangis....

Sudah hensem, abang hakim ni yang amik gambar.... lagi nampak luas dahi ibu tengok

Tinggal kenangan...

Bukan Umar jer dibotakkan, hakim pun sama, pada Isnin lepas cuma tak jumpa pula gambar hakim lepas dibotakkan. Hakim tu dah tak heran sebab dah banyak kali botak.... aiesyah cakap kepala kotak!

5 comments:

  1. salam wan. ada rambut atau botak, umar tetap hensem.

    ReplyDelete
  2. encem!!
    kami pun nak botakkan kepala muhammad tapi dia tak mo bagi kepala tu.. nak potong yg depan tu pun bercinta!

    ReplyDelete
  3. ye ke kakchik, kembang lak hidung ibu dia... hehe

    ummumishkah,
    agaknya cam hakim dulu kut... macam tu juga tapi skang ni bila rambut panjang dia sendiri yg offer nak botakkan kepala....

    ReplyDelete
  4. dahi luas ni org kata kuat berfikir... ;)

    ReplyDelete
  5. betulla kakyong, anak2 ni memang panjang akalnyer... ada saje benda yg diorang nak buat

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails