Skip to main content

Update Macam Macam Hari Ni

Assalamualaikum,

Pagi Ahad ni matahari sangat cerah nampaknya, Alhamdulillah syukur sebab banyak toto berada di jemuran tu.


Selama 3 hari di Stadium Melawati Shah Alam berlangsung karnival sempena ulangtahun IKIM ke-9 dan juga konsert Mahabbah GAZA, nampaknya kami tak berkesempatan untuk pergi. Abah ada juga ajak pergi hari ni tapi belum tahu lagi tengok situasi macamana, nak ikut plan A atau plan B.

Aiesyah: Tepuk amai-amai, belalang kuku-kuku
Hakim: Ala... bukan belalang kuku-kuku, belalang kupu-kupu, alaa tak ingat tak ingat

Ragam anak yang asyik bergaduh, ini sebagai contoh sahaja, banyak lagi tak usah cerita, macam-macam, tapi bila time makan elok saja dua orang tu duduk di kerusi yang sama sambil makan sama-sama automatik jadi baik. Macam tu lah adik-beradik kan, macam ibu dengan kakak ibu dulu juga, dia lah teman gaduh juga geng

Hakim seusia Aisyah sekarang

Aiesyah seusia Umar sekarang

Umar yang sudah pandai geli jadi sekarang ibu dah rajin menukar diapersnya, setiap kali lepas pee memang dia akan berusaha untuk buka cdnya sendiri, jika yang jenis velcro dah selamat tapi yang snap button tu agak susah sket nak buka. Kadang tu lepas bukak diaper baru pee, agaknya Umar ni dah boleh diajar pee kat toilet kan? Untuk tidak membazirkan insert ibu hanya gunakan 1 insert sahaja untuk Umar sekarang sebab kekerapan menukarnya setiap 4 jam sekali, memang dah boleh ajar toilet train ni....


Oh ya ada yang tengah survey baju kurung untuk anak ker, jom tengok kat [sini] mana tahu ada yang berkenan. Baju kurung pesak gantung yang diperbuat dari material 100% english cotton, sejuk dan tidak jarang bila dipakai

Model baju kurung kanak-kanak

Belian secara borong juga diterima bergantung kepada stock yang ada. Selamat berhujung minggu, ke mana hari ni?

Notakaki: Nampaknya hari ni ibu tak rajin buat watermark...

Comments

  1. masa anak2 bergaduh kita pening dengar. tapi kdg2 nak tergelak jugak sbb apa yg diaorg gaduhkan tu benda yg remeh temeh.

    ReplyDelete
  2. Nur, apa kabar?
    memang pun time diorg gaduh kita ni kadang nak gelak... yerlah tapi itu kan budak2.... sama lah macam kita masa kecik2 dulu...

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Teknik Cepat Membaca: Cara Mudah Mengajar Anak Membaca

Hakim mula belajar secara formal semasa usianya 5 tahun, buku Bacalah Anakku digunakan di sekolah dan juga di rumah untuk memperkenalkan anak dengan bunyi sukukata yang mudah mengikut teknik fonetik. Bila di rumah ibu sudah terbiasa mengenalkan anak-anak dengan huruf menyebabkan anak keliru untuk sebut 'a' dengan A atau aaa. Bila anak dihantar ke taska, guru taska tanya Buku Anakku buku ke berapa? Ibu menjawab 'emm 2 ke 3? Isk nampak sangat ibu ni tidak prihatin dengan tahap kemahiran anak sendiri, malu sendiri jadinya. Bukan tidak peduli langsung tapi terlalai dengan kerja seharian (konon sibuk sangat) sampai terlupa nak cek buku anak-anak termasuk iqra'. Mana boleh macam ni? Takkan nak biarkan anak belajar 100% di sekolah dan taska sahaja? Apa yang aku lakukan sebagai ibu di rumah? Sibuk sangat kah? Ibu mula memeriksa bacaan Hakim, mulakan dari buku 1. baru lah ibu tahu bahawa anak ibu lebih kepada menghafal sebab terlalu sedikit latihan. Bila ibu tu

Mengajar Anak Mengenal Huruf Hijaiyah

Set Lengkap Mengajar Anak Kecil Membaca Mengenal huruf hijaiyah adalah perkara asas apabila belajar mengaji Quran. Bila kenal huruf kemudian baru belajar bunyi bacaan mengikut baris. sudah pandai baca baru belajar tajwid.  Sama seperti membaca, sekarang ada kaedah yang mengajar bunyi bacaan dahulu kemudian baru kenal huruf. Sama seperti kaedah fonik dalam Bahasa Melayu. Ibu lebih suka perkenalkan anak-anak dengan huruf-huruf hijaiyah dahulu. Belajar melalui lagu dan kad imbas adalah lebih mudah untuk anak-anak ibu. Contohnya lagu Alif Ba Ta yang banyak ada di Youtube. Ibu muat turun sahaja dan pasang di laptop hampir setiap hari. Bukan untuk anak yang baru belajar, anak yang sudah pandai mengaji pun akan ikut sama menyanyi. Lagu Alif Ba Ta yang mudah dan senang diikuti adalah seperti ini [Klik di sini] Ini yang paling jelas sebutan, jika ada yang lain mohon dikongsi di ruangan komen.  Untuk perkenalkan huruf menggunakan kad imbas, ibu gunakan kad imbas huru

Bagaimana Hilangkan Kutu Rambut?

Apakah itu kutu rambut? Kutu kepala adalah serangga kecil yang tidak bersayap yang berwarna kelabu atau coklat. Ianya ialah parasit yang mendapat makanan dengan menghisap darah dari kulit kepala manusia.   Saiz kutu yang baru menetas adalah lebih kurang 1mm (lebih kurang saiz kepala jarum peniti), dan kutu penuh dewasa berukuran sekitar 3mm (kecil sedikit daripada saiz kepala mancis). Kutu kepala mengambil masa antara enam hingga 14 hari untuk menjadi penuh dewasa, kemudian betina akan melakukan hubungan jenis dan melahirkan telur di atas kulit kepala.  Telur, atau 'nit' dalam bahasa Inggeris berwarna putih-kuning. Kadangkala ianya disangkakan kelemumur, tetapi boleh dibezakan sebab ia melekat kepada rambut dan sukar untuk dilucutkan. Telur mengambil masa tujuh hingga 19 hari untuk menetas dan kulit telur melekat tinggal pada batang rambut. Kutu boleh hidup sampai 21 hari, dan betina dewasa boleh mengeluarkan sebanyak 56 telur dalam satu hubungan jenis.