Bismillah
Selamat berpuasa ibu ucapkan kepada anda semua, semoga ibadah puasa tahun ini adalah yang terbaik dan pastinya lebih baik dari yang sebelumnya.
Untuk menjadikan puasa ini adalah yang terbaik mestilah ada azam untuk Ramadhan tahun ini.
Puasa Penuh
- InsyaAllah jika tiada sebarang keuzuran syarie puasa mesti dilengkapkan sepenuhnya tanpa sebarang alasan letih atau penat walaupun mengandung atau menyusukan anak. Niat memulakan puasa sangat penting kerana niat menggerakkan seluruh anggota fizikal yang lain.
Lengkapkan Terawih
- Seperti tahun sebelum ini, ibu hanya melakukan solat terawih di rumah, paling aman apabila semua anak-anak telah dibuai mimpi, tidak mahu miss walau 1 malam pun jika diizinkan Allah.
Khatam Quran
- Selepas beberapa tahun gagal khatam Quran di Bulan Ramadhan tahun ini ibu berazam untuk lengkapkan 30 juzuk dalam masa 30 hari ini, InsyaAllah. Caranya baca 0.5 juzuk pada waktu awal pagi selepas solat Subuh dan 0.5 juzuk di waktu malam selepas selesai solat Terawih. Masa untuk membaca 0.5 juzuk quran tidak sampai pun 30 minit, jika tidak perlu curi-curi masa di antara 2 waktu tersebut.
Sahur setiap hari
- Tahun lepas ibu termiss 1 hari sahur, tahun ini ibu tidak mahu miss walau 1 hari pun kerana sahur ini sangat2 penting. Pengambilan cereal terutama ketika sahur.
Pengambilan Makanan Baik
- Pengambilan susu kambing, habbatussauda', kurma dan madu sepanjang bulan puasa ini dan jika boleh hendak diteruskan selepas puasa juga.
Banyakkan Sedekah
- Sebagai pembuka rezeki dan menyucikan harta yang ada
Kawalan Diri
- Puasa adalah institusi latihan untuk mengawal diri daripada sifat pemarah, tidak sabar dan sebagainya. Moga dengan berkat Ramadhan ini dan latih tubi ini menjadkan kita seorang yang lebih tenang dan penyabar di masa akan datang, InsyaAllah.

bagus yer azam bulan ramadhan nih
ReplyDeleteselamat menempuh bulan puasa yg penuh berkat ni kak wan..
ReplyDeleteInsya Allah, semoga dipermudahkan urusan dlm memenuhi azam Ramadhan...
ReplyDeleteSalam Ramadhan
iswatie,
ReplyDeleteazam semuanya kena bagus2... hehe tapi first day puasa dah drop... kih2
selamat berpuasa tuk amirah juga....
ReplyDeleteSelamat berpuasa tuk kakyong... moga kekal bertenaga yer kakyong
ReplyDelete