Skip to main content

Jalan-Jalan IKEA

Aduss, blog ibu ni pun turut sama berpuasa selama 3 hari ni... azam nak publish 2/3 entry sehari tapi satu pun susah nampaknya. Idea nak cerita banyak tapi nak buat macamana, ibu perlu masa yang agak lama untuk satu2 entry, kalu nak tulis pendek2 jer rasa cam tak puas jer.

Banyak sangat stok baru masuk minggu ni, kejar yang tu dulu lar, yang masih mencari baju raya yang sesuai untuk anak-anak boleh lah jenguk ke kedai ibu (sempat lagi tuh)

Beberapa hari lepas sempat ke IKEA, bukan sekadar jalan-jalan sebenarnya kerana ibu mencari idea dan konsep untuk rumah kami, supaya nanti tidaklah nanti jadi ikut jer apa yang nak jadi

Tengok-tengok yang mana berkenan, cek-cek budget cukup ke tidak, jika tidak hold dulu, sehingga semuanya hold dulu... hihi

Mari tengok apa yang menarik, bulan puasa ni layan entry bergambar yer....

 Katil ni dah bersepah-sepah sebab ramai yg  duk landing...

 Idea Small Office @ Home

 Idea dekorasi bilik anak perempuan

 Hijau menawan untuk anak lelaki

 Memang sesuai reversible bed ini utk anak bujang

 Ini untuk bilik yang lebih besar boleh lar..

 Berkenan kat lampu ni, comey harga rm29

 Frame cermin ni cantik...


 Sesuai di sudut bilik yang mempunyai ruang terhad

 Comel lampu2 ni...

 Apa ntah motif gambar langsir ni.... owh ibu suka dengan kain tu tapi carik tak jumpa... huhu

Kitchen Cabinet yang paling menjadi tumpuan masa ke IKEA haritu tapi satu gambar KC pun xde sebab asyik sangat duk tengok, fokus.!

Sebenarnya dalam hidup ibu ini kali ke-2 ibu jejak kaki ke sini.... best juga release tension tengok barang kat IKEA ni, 

Comments

  1. seronok tau cuci mata kat ikea..brg dia cantik2 design pun terkini...tapi setakat cuci mata jer la selalu...hehehe

    ReplyDelete
  2. bilalah nk sampai ikea ni... sejak ada anak2 tak pernah sampai lagi kat sana...
    seronoklah wan, boleh deco2 rumah baru nanti...mesti x sabar kan.

    ReplyDelete
  3. Kancilbiru,
    yup memang pun.... sangat sesuai pada yg gemar dgn moden style, huhu saya pun pi tengok2 jer... beli nyer bakul isi mainan anak jerk :D

    ReplyDelete
  4. ida,
    dulu first time dtg masa masih berdua belum ada anak, haha
    haritu pergi pun sebab husband cuti... ajak ke ikea pun berdua hihi pegi weekdays.. seronok!

    ReplyDelete
  5. kalaulah ikea tu dekat, pasti kakchik beli perabot kat situ je. kakchik sangat berkenan set meja RM569 tu, sangat2 menepati citarasa

    ReplyDelete
  6. kakchik nak saya tolong belikan... 569 blum masuk postage dan duit petrol... gurau jer kakchik.

    memang cantik tu saya pun berkenan

    ReplyDelete
  7. huhu..namanya lebih 10thn duk selangor..ikea tak penah jejak lagi (jgn terkejut!)

    ReplyDelete
  8. penah ke sana masa bujang.. tu pun 1 kali jer kawan yg bawa jln2..

    ntah bila lah nak ke sana lagi..
    suka lah sudut utk bilik ruang terhad tu....

    ReplyDelete
  9. MamaYatie,

    kena pergi sekali.... baru lah teringin nak pergi berkali-kali

    ReplyDelete
  10. kakyong,
    saya pun suka juga meja sudut tu.... bila ada masa ke sini, boleh lar ke ikea yer kakyong

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Teknik Cepat Membaca: Cara Mudah Mengajar Anak Membaca

Hakim mula belajar secara formal semasa usianya 5 tahun, buku Bacalah Anakku digunakan di sekolah dan juga di rumah untuk memperkenalkan anak dengan bunyi sukukata yang mudah mengikut teknik fonetik. Bila di rumah ibu sudah terbiasa mengenalkan anak-anak dengan huruf menyebabkan anak keliru untuk sebut 'a' dengan A atau aaa. Bila anak dihantar ke taska, guru taska tanya Buku Anakku buku ke berapa? Ibu menjawab 'emm 2 ke 3? Isk nampak sangat ibu ni tidak prihatin dengan tahap kemahiran anak sendiri, malu sendiri jadinya. Bukan tidak peduli langsung tapi terlalai dengan kerja seharian (konon sibuk sangat) sampai terlupa nak cek buku anak-anak termasuk iqra'. Mana boleh macam ni? Takkan nak biarkan anak belajar 100% di sekolah dan taska sahaja? Apa yang aku lakukan sebagai ibu di rumah? Sibuk sangat kah? Ibu mula memeriksa bacaan Hakim, mulakan dari buku 1. baru lah ibu tahu bahawa anak ibu lebih kepada menghafal sebab terlalu sedikit latihan. Bila ibu tu

Mengajar Anak Mengenal Huruf Hijaiyah

Set Lengkap Mengajar Anak Kecil Membaca Mengenal huruf hijaiyah adalah perkara asas apabila belajar mengaji Quran. Bila kenal huruf kemudian baru belajar bunyi bacaan mengikut baris. sudah pandai baca baru belajar tajwid.  Sama seperti membaca, sekarang ada kaedah yang mengajar bunyi bacaan dahulu kemudian baru kenal huruf. Sama seperti kaedah fonik dalam Bahasa Melayu. Ibu lebih suka perkenalkan anak-anak dengan huruf-huruf hijaiyah dahulu. Belajar melalui lagu dan kad imbas adalah lebih mudah untuk anak-anak ibu. Contohnya lagu Alif Ba Ta yang banyak ada di Youtube. Ibu muat turun sahaja dan pasang di laptop hampir setiap hari. Bukan untuk anak yang baru belajar, anak yang sudah pandai mengaji pun akan ikut sama menyanyi. Lagu Alif Ba Ta yang mudah dan senang diikuti adalah seperti ini [Klik di sini] Ini yang paling jelas sebutan, jika ada yang lain mohon dikongsi di ruangan komen.  Untuk perkenalkan huruf menggunakan kad imbas, ibu gunakan kad imbas huru

Bagaimana Hilangkan Kutu Rambut?

Apakah itu kutu rambut? Kutu kepala adalah serangga kecil yang tidak bersayap yang berwarna kelabu atau coklat. Ianya ialah parasit yang mendapat makanan dengan menghisap darah dari kulit kepala manusia.   Saiz kutu yang baru menetas adalah lebih kurang 1mm (lebih kurang saiz kepala jarum peniti), dan kutu penuh dewasa berukuran sekitar 3mm (kecil sedikit daripada saiz kepala mancis). Kutu kepala mengambil masa antara enam hingga 14 hari untuk menjadi penuh dewasa, kemudian betina akan melakukan hubungan jenis dan melahirkan telur di atas kulit kepala.  Telur, atau 'nit' dalam bahasa Inggeris berwarna putih-kuning. Kadangkala ianya disangkakan kelemumur, tetapi boleh dibezakan sebab ia melekat kepada rambut dan sukar untuk dilucutkan. Telur mengambil masa tujuh hingga 19 hari untuk menetas dan kulit telur melekat tinggal pada batang rambut. Kutu boleh hidup sampai 21 hari, dan betina dewasa boleh mengeluarkan sebanyak 56 telur dalam satu hubungan jenis.