Skip to main content

Khatam Quran dalam Sehari

Nak petua khatam Quran dalam sehari...?

Senang jer tak ada petua, baca beramai-ramai, cari geng dalam 30 orang, seorang baca 1 juzuk jadi khatamlah Quran dalam satu malam sahaja. Biasanya di bulan puasa ni ada masjid/surau yang adakan majlis tadarrus Al-Quran. Seronok baca beramai-ramai ni, berjamaah kata orang.

Sebelum mak dan ayah ibu ke Mekah tempohari, mereka bagitau anak-anak nak adakan majlis khatam Quran, jadi diwajibkan semua anak-anak dan menantu serta cucu yang dah baligh untuk sertai. Anak-anak ada 12 orang campur menantu dan cucu semua sekali adalah 27 orang, tolak 4 orang yang uzur syari'e jadi tinggal 23 orang. Buat cabutan bertuah juzuk yang perlu setiap orang baca.

Selepas solat Isya' berjamaah kami beramai-ramai mulakan sessi khatam Quran, hampir sejam juga nak habiskan 1 juzuk dan siapa yang siap awal, kenalah habiskan baki lagi 7 juzuk tersebut. Ibu antara yang bertuah sebab dapat juzuk yang ke-29, kira mudah jugalah nak habiskan, jadi sebab cepat habis, ibu kakak, abah, abang, ayah, mama (mertua kakak - join sekali) dan adik kenalah habiskan yang 7 juzuk lagi tu.

Alhamdulillah semuanya berjalan lancar cumanya tiada penutup, maklum lah pertama kali buat majlis macam ni dalam keluarga besar kami jadi macam ada kelam kabut sedikit, ada yang separuh mengaji, jamah makanan dan air dulu kemudian sambung, ada yang habis jer, terus ke dapur makan dan tidak menunggu yang lain habiskan bacaan mereka.

Mak pesan minta diadakan majlis seperti ini bila semua anak-anak berkumpul kalau boleh setiap tahun, walaupun mak dan ayah tiada lagi.

Ada baiknya juga diadakan tadarrus Quran di kalangan kaum keluarga, buat berdua antara suami dan isteri pun boleh juga, tidak semestinya di bulan Ramadhan sahaja, bila-bila masa, InsyaAllah anak-anak yang melihat walaupun masih kecil akan menjadi generasi al-Quran di masa akan datang.

Untuk anda semua terimalah hadiah ini daripada ibu, klik je untuk buka

Comments

  1. alhamdulillah..bagus kan buat tadarus ni...sy dah terlepas yang opis punya...

    ReplyDelete
  2. bagusnya dapat buat majlis gini..bila agaknya keluarga kami dpt buat..sorang utara, sorang selatan, sorang ke barat..time raya pun tak tentu dpt berkumpul..huhu

    p/s: time kasih hadiah tu..suka3x

    ReplyDelete
  3. CatlinaFly,
    takper terlepas boleh buat sendiri...

    ReplyDelete
  4. MamaYatie,
    nampaknya kena ada yg tukang arrange tuk kumpulkan semua adik beradik dlm satu masa...

    sama2, semoga dimanfaatkan.

    ReplyDelete
  5. kak wan..tq untuk hadiah tu..eee..sgt2 suke la saya ni..bagusnya famili kak wan buat tadarus ramai2..

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Teknik Cepat Membaca: Cara Mudah Mengajar Anak Membaca

Hakim mula belajar secara formal semasa usianya 5 tahun, buku Bacalah Anakku digunakan di sekolah dan juga di rumah untuk memperkenalkan anak dengan bunyi sukukata yang mudah mengikut teknik fonetik. Bila di rumah ibu sudah terbiasa mengenalkan anak-anak dengan huruf menyebabkan anak keliru untuk sebut 'a' dengan A atau aaa. Bila anak dihantar ke taska, guru taska tanya Buku Anakku buku ke berapa? Ibu menjawab 'emm 2 ke 3? Isk nampak sangat ibu ni tidak prihatin dengan tahap kemahiran anak sendiri, malu sendiri jadinya. Bukan tidak peduli langsung tapi terlalai dengan kerja seharian (konon sibuk sangat) sampai terlupa nak cek buku anak-anak termasuk iqra'. Mana boleh macam ni? Takkan nak biarkan anak belajar 100% di sekolah dan taska sahaja? Apa yang aku lakukan sebagai ibu di rumah? Sibuk sangat kah? Ibu mula memeriksa bacaan Hakim, mulakan dari buku 1. baru lah ibu tahu bahawa anak ibu lebih kepada menghafal sebab terlalu sedikit latihan. Bila ibu tu

Mengajar Anak Mengenal Huruf Hijaiyah

Set Lengkap Mengajar Anak Kecil Membaca Mengenal huruf hijaiyah adalah perkara asas apabila belajar mengaji Quran. Bila kenal huruf kemudian baru belajar bunyi bacaan mengikut baris. sudah pandai baca baru belajar tajwid.  Sama seperti membaca, sekarang ada kaedah yang mengajar bunyi bacaan dahulu kemudian baru kenal huruf. Sama seperti kaedah fonik dalam Bahasa Melayu. Ibu lebih suka perkenalkan anak-anak dengan huruf-huruf hijaiyah dahulu. Belajar melalui lagu dan kad imbas adalah lebih mudah untuk anak-anak ibu. Contohnya lagu Alif Ba Ta yang banyak ada di Youtube. Ibu muat turun sahaja dan pasang di laptop hampir setiap hari. Bukan untuk anak yang baru belajar, anak yang sudah pandai mengaji pun akan ikut sama menyanyi. Lagu Alif Ba Ta yang mudah dan senang diikuti adalah seperti ini [Klik di sini] Ini yang paling jelas sebutan, jika ada yang lain mohon dikongsi di ruangan komen.  Untuk perkenalkan huruf menggunakan kad imbas, ibu gunakan kad imbas huru

Bagaimana Hilangkan Kutu Rambut?

Apakah itu kutu rambut? Kutu kepala adalah serangga kecil yang tidak bersayap yang berwarna kelabu atau coklat. Ianya ialah parasit yang mendapat makanan dengan menghisap darah dari kulit kepala manusia.   Saiz kutu yang baru menetas adalah lebih kurang 1mm (lebih kurang saiz kepala jarum peniti), dan kutu penuh dewasa berukuran sekitar 3mm (kecil sedikit daripada saiz kepala mancis). Kutu kepala mengambil masa antara enam hingga 14 hari untuk menjadi penuh dewasa, kemudian betina akan melakukan hubungan jenis dan melahirkan telur di atas kulit kepala.  Telur, atau 'nit' dalam bahasa Inggeris berwarna putih-kuning. Kadangkala ianya disangkakan kelemumur, tetapi boleh dibezakan sebab ia melekat kepada rambut dan sukar untuk dilucutkan. Telur mengambil masa tujuh hingga 19 hari untuk menetas dan kulit telur melekat tinggal pada batang rambut. Kutu boleh hidup sampai 21 hari, dan betina dewasa boleh mengeluarkan sebanyak 56 telur dalam satu hubungan jenis.