Aug 17, 2010

Kos Diapers Tinggi Jika Bayi Besar

Memanglah tidak dapat disangkal, jika bayi sihat dan chubby, diapers yang digunakan juga perlu besar dan chubby juga seiring dengan saiz bayi tersebut dan kos untuk diapers yang besar adalah lebih tinggi.

Anak ibu yang pertama, Hakim lahir dengan berat 4.32kg, semasa lahir saja ibu telah gunakan diapers saiz S seminggu sahaja, kemudian bertukar ke saiz M sehingga usinya 2 bulan. Selepas itu hakim hanya dipakaikan Huggies saiz L. Diaper NB yang dihadiahkan pihak hospital ibu simpan untuk bayi kedua... huhu

5 tahun yang lepas, kos untuk satu pek Huggies size L (72 keping) RM39.90. Jika kena masa murah, ibu boleh dapat RM37.90 kadang-kadang masa terdesak RM42.90. Hakim perlukan 1.5 pek besar Huggies dalam masa sebulan penggunaannya.

Apabila meningkat usianya 1 tahun 5 bulan, saiz L sudah muat-muat, waktu itu ibu telah beralih kepada diapers saiz XL, apabila usia hakim 2 tahun ibu gunakan saiz XXL yang lebih murah, jenama yang ntah apa-apa sebab waktu itu ibu perlu berjimat untuk menerima kehadiran bayi kedua kami.

Sengaja ibu dan abah berpakat untuk bagi Hakim merasa kurang selesa dengan diapers untuk melatihnya diaperless.  Sesuaikah ibu dan abah buat begini? Kos yang tinggi untuk diapers yang besar

Ibu tahu ramai yang masih mencari satu jawapan yang pasti adakah mereka perlu bertukar kepada cloth diapers untuk penjimatan atau kekal dengan dispo diapers kerana komitmen.

Cloth Diapers adalah satu pilihan dan ibu pasti kos untuk dispo diapers semakin meningkat dari tahun ke tahun, dan kos untuk cloth diapers semakin menurun.

Ramai juga yang sms dan bertanya, sesuaikan cloth diapers untuk anak mereka yang bersaiz XL? Jawapan ibu, sesuai atau tidak bergantung kepada jenama CD yang hendak digunakan dan ukuran pinggang dan peha anak.

Ada CD yang sesuai untuk anak yang besar seperti Happy Heiny's dan Mommy's Touch yang juga ibu gunakan kepada Aiesyah yang telah berusia lebih 3 tahun di waktu malam. Untuk Mommy's Touch CD ada dijual extender untuk anak yang mempunyai ukuran pinggang yang lebih besar.


Mungkin kerana kos, ramai yang ingin gunakan CD yang lebih murah. Coolababy untuk anak yang mempunyai ukurlilit pinggang sehingga 20 inci dan QQ baby sehingga 21-22 inci

Notakaki: Umar telah pun 1 tahun 2 bulan, masih belum berjalan, CD masih saiz M, dan suka diaperless, penggunaan training pant sangatlah sesuai untuk Umar sekarang ni.

6 comments:

  1. oo..siap ada extender tur..mlm td dah try pakai CD kat angah & mysara. Angah ok la sbb sblm tido dah buang air kat toilet, so mlm dia tak buang air dlm cd, mysara siap terbocor plak sbb dia tido meniarap..may b jugak sbb mama tak pakaikan betul2..hihi

    ReplyDelete
  2. kakyong skrg ni cuba dyanamp cd.. saiz memang lebih besar dr minky.. tp tak sempat lagi la nak up n3...

    tp si aliya ni keding.. kalo bb yg betul2 chubby mesti best bila cuba dyanamp..

    ReplyDelete
  3. kaklong dah berCD penuh
    si adik (bby) masih guna DD.. cume time darurat.. DD tak sempat beli yan pakaikan CD.

    ReplyDelete
  4. MamaYatie,
    practice make perfect!

    ReplyDelete
  5. kakyong,
    saya tahu dyanaMP memang besar, cuma saya tunggu yg snap button

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails