Skip to main content

Menu Berbuka

Apa aktiviti di petang hari sambil menunggu waktu berbuka? Ada yang masih sibuk di dapur siapkan juadah berbuka, ada yang duk baca blog sementara ada masa terluang ni, lebih elok jika diisikan masa yang ada ini dengan membaca buku atau membaca Quran.

Juadah berbuka yang simple sahaja hari ni, ikan merah masak asam pedas (tempoyak letak sedikit sahaja), kacang goreng bersama fishball dan telur serta sambal tempoyak, guna durian fresh (sedap sebab tak masam).

Asal plan nak masak ikan patin masak tempoyak tapi tadi tak ada pula ikan patin, jadi belilah ikan merah, sedap juga dibuat asam pedas.

Inilah asam pedas paling simple di alam semesta;

Bahan-bahan;
- 1 kg ikan merah
- 5 ulas bawang merah
- 2 ulas bawang putih
- 1 inci kunyit hidup
- 1 biji lada merah
- 4 biji cili api
- 5 cili kering (atau 2 sudu cili boh)
- 2 sudu tempoyak
- 5 tangkai daun kesum
kisar semua bahan di atas kecuali ikan

- 5 tangkai daun kesum
- 2 gelas air
- 2 asam keping
- 1 biji tomato

Cara-cara;
Tumis semua bahan yang dikisar sehingga pecah minyak, naik bau atau sampai lada tu masak...
Masukkan daun kesum, ikan merah, asam keping dan air.
Biarkan sampai mendidih, masukkan garam secukup rasa dan buah tomato dipotong 4


Dan juga kacang goreng

Makan bersama sambal tempoyak (tiada dalam gambar) dan air sirap bandung (juga tiada gambar) anda imagine sendiri yer... Makan buah tamar, buah orange dan apple sebelum menjamah nasi.

Selamat berbuka puasa kepada semua, jangan lupa tarawih malam ini yer...
Malam ke-13: Ia akan datang pada hari Qiamat di dalam keadaan aman sentosa dari sebarangkejahatan dan keburukan.

Comments

  1. Sedapnya juadah buka puasa.. :-) Slamat berbuka..n berterawih wan..

    ReplyDelete
  2. salam ziarah dari akak..

    tentang nuffnang tu..akak pun tak reti nak kata apa..sebenarnya pengiklan yang pilih blog yang mereka nak iklan barangan mereka.

    nuff cuma jadi orang tengah sahaja.

    simple lauk tapi lauk camnilah sodap kan.

    ReplyDelete
  3. salam wan. sementara tunggu suami balik terawikh ni, kakchik jalan2 baca entri terkini kawan2. lampu masih merah jadi dengar orang mengaji ajelah sambil tengok2 kan terjemahannya.

    lauk-pauk wan tu simple semesta alam pun nampak sedap la wan. kakchik rasa nak tiru resepi asam pedas wan la nanti. kakchik memang suka jenis yg simple semesta alam ni hehe.

    ReplyDelete
  4. Hana,
    Selamat berbuka dan bertarawih utk Hana juga, terima kasih yer

    ReplyDelete
  5. kak ina kl,
    terima kasih kak....
    rezeki blog ni lah nampaknya...
    haah... sodap! dah rasa tadi... :D

    ReplyDelete
  6. salam kakchik,
    simple semesta alam tapi sedap... hehe senang nak masak, cepat dan sedap (ikut tekak saya ni lar kakchik)

    ReplyDelete
  7. Nur,
    simple sebab nak masak cepat ajer... hihi

    ReplyDelete
  8. kak wan, asam pedas letak tempoyak?first baru dengar kak

    ReplyDelete
  9. amirah,
    1st time dengar, akak biasa buat... hehe
    akak memang suka masak ikut suka jer, simple tapi boleh tahan juga sedapnya... hihi (maklumlah family makan x cerewet

    ReplyDelete
  10. woww.. asam pedas bertempoyak.. best..

    mari join GA kakyong

    http://www.kakyong.com/2010/08/giveaway-hari-raya-kakyongdotcom.html

    x buat n3 pun x per.. as long tinggalkan details di kotak komen n3

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Raikan Pelbagai Stail Belajar Anak-Anak

Ada banyak cara anak-anak kita belajar. Ada anak yang mudah menghafal, ada yang senang mengecam, ada pula yang ingat dengan pergerakan. Apabila kita kenal pasti anak jenis stail belajar yang bagaimana, maka lebih mudah kita menyusun aktiviti yang sesuai. Sebagai contoh anak yang suka bergerak, mesti banyakkan aktiviti yang melibatkan pergerakan fizikal. Melompat, berlari, berjalan, membaling atau menyambut bola pasti menyeronokkan bagi anak yang jenis belajar begini. Apabila mereka bergerak mereka lebih fokus. Yang penting anak-anak seronok belajar dan tidak rasa seperti sedang belajar pun. Adakah belajar membaca hanya duduk dan mengadap buku? Sudah tentu tidak! Apa yang menjadikan suatu sesi belajar itu menyeronokkan? Apabila ada penglibatan semua pihak. Guru dan pelajar atau ibu bapa dan anak-anak. Penglibatan anak-anak dan pelajar adalah lebih berbanding pendidik yang bertindak sebagai fasilitator. Jadikan sesi pembelajaran suatu yang bemakna, anak seronok, ibu b...

Teknik Cepat Membaca: Cara Mudah Mengajar Anak Membaca

Hakim mula belajar secara formal semasa usianya 5 tahun, buku Bacalah Anakku digunakan di sekolah dan juga di rumah untuk memperkenalkan anak dengan bunyi sukukata yang mudah mengikut teknik fonetik. Bila di rumah ibu sudah terbiasa mengenalkan anak-anak dengan huruf menyebabkan anak keliru untuk sebut 'a' dengan A atau aaa. Bila anak dihantar ke taska, guru taska tanya Buku Anakku buku ke berapa? Ibu menjawab 'emm 2 ke 3? Isk nampak sangat ibu ni tidak prihatin dengan tahap kemahiran anak sendiri, malu sendiri jadinya. Bukan tidak peduli langsung tapi terlalai dengan kerja seharian (konon sibuk sangat) sampai terlupa nak cek buku anak-anak termasuk iqra'. Mana boleh macam ni? Takkan nak biarkan anak belajar 100% di sekolah dan taska sahaja? Apa yang aku lakukan sebagai ibu di rumah? Sibuk sangat kah? Ibu mula memeriksa bacaan Hakim, mulakan dari buku 1. baru lah ibu tahu bahawa anak ibu lebih kepada menghafal sebab terlalu sedikit latihan. Bila ibu tu...

Siapa nak Buku Perancangan Kewangan Keluarga? FREE jer...

Ini pertama kali saya bersiaran dari hp lama yg x berapa nak canggih ne :) tapi byk berjasa, taipan akan dteruskan walaupun ibu jari kontot ne da rasa nak krem haha kan best kalu dpt hp yg main touch2 je. Lupakan apa yg saya duk merapu tadi berbalik pada tujuan asal sy nak bg pada sesiapa shj yg berminat dgn buku perancangan kewangan keluarga yg dkeluarkan oleh bank negara. Saya percaya wanita aka ibu atau isteri adalah perancang kewangan terbaik sebuah keluarga ye lah selalunya wanita lah yg pandai beli brg time sale dan buat budget keluarga means byk mana belanja byk mana nak simpan nak dlaburkan dan sebagainya. Buku ni sgt berguna bagi saya dan mungkin juga bagi mereka yg mahu kewangan keluarga lebih teratur. Tawaran ini layak pada yg betul berminat sahaja jgn sebab free anda mahu tapi tidak berbuat apa2, baik dberikan pada yg betul2 nak. Gambar buku saya akan upload kemudian, sesiapa yg berminat bole tinggalkan komen dsini, nyatakan nama, email dan kenapa anda perlukan buku ini. ...