Skip to main content

My First Nuffnang Cheque

Dah sampai.....!

Dah dapat dari minggu lepas sebenarnya, baru sempat nak publish.

Gembira sebab sebelum ni ibu duk baca dari blog yang lain tentang cek Nuffnang mereka, kali ni ibu sendiri yang dapat cek Nuffnang, memang berbaloi anda letakkan iklan Nuffnang dalam blog anda!


Walaupun untuk kali pertama ini jumlahnya tidaklah mengujakan, Alhamdulillah daripada tiada langsung.

Haritu berangan nak makan ikan bakar kat Jeram tapi memandangkan esok sudah nak puasa dan malam ni dah mula Solat Tarawikh, jadi simpan jer lah duit ni dulu.

Lepas 1 BE dah bertukar ke ME, sekarang ada lagi 3 BE, harapnya dapat kekal berterusan begini atau lebih banyak lagi. Bagi yang tidak biasa dengan Nuffnang, BE adalah Buffered Earning aka iklan yang melekat di blog dan ME adalah Metered Earning aka lepas dah habis tempoh BE tu iklan akan bertukar ke ME dan baru bertambah jumlah earning kita untuk cash out.

Alhamdulillah, jumlah earning sekarang sudah melebihi jumlah cek yang dapat dari Nuffnang, jika diberi rezeki lebih ibu nak kumpulkan pendapatan daripada Nuffnang ini for my new home office. Tidak lah mengharapkan yang terlalu mewah cukup sekadar selesa untuk bekerja, fail dan buku tersusun kemas di rak dan mudah untuk mencapainya.

Comments

  1. memang teruja dpt cek pertama.lepas tu cepat ajer cek kedua dan ketiga :)

    ReplyDelete
  2. saya kan kak wan main aci letak je..tu pun org buatkan..tak paham pun sebenarnya apa tu BE ME tu..ee...tkdek masa nak study..

    ReplyDelete
  3. betul memang teruja akak ni eliss, hehe first time la katakan... macam first ove jugak

    ReplyDelete
  4. amirah, dulu akak pun tak reti jugak, bila dah lama baca entry blog org lain lama2 baru faham....

    ReplyDelete
  5. seronoknya wan... sy ni baru nak mula belajar ni... jauh lagi perjalanan... :-)

    ReplyDelete
  6. seronoknya wan... sy ni baru nak mula belajar ni... jauh lagi perjalanan... :-)

    ReplyDelete
  7. wah, bestnyer kakwan.. tak nampak plak nilai kat depan tu.. hehe..

    ReplyDelete
  8. wahhh tahniah...rezeki nak sambut puasa ni..:)

    ReplyDelete
  9. tahniah.. tahniah.. semoga semakin mantap income nuffnang

    ReplyDelete
  10. tahniah anie...bg saya inspiration gitu...hahaha...boleh wat belanja tuk raya yer...alhamdulillah..

    ReplyDelete
  11. Tahniah sebab dpt cheque dan menang I love u contest tu!

    Selamat berpuasa dear!

    ReplyDelete
  12. Selamat menyambut Ramadhan k.Anie, huhuhu...nampak sedap nye cek tu ek...ni yang rasa nak tebus ni...

    ReplyDelete
  13. salam..akak, boleh bagi tips bagaimana pendapatan tru Nuffnang ni? dulu pernah jugak try add di blogs, tetapi tak layak..

    apa syarat or tips spy kita layak dpt advertisement nuffnag?

    thanks fpr sharing

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Teknik Cepat Membaca: Cara Mudah Mengajar Anak Membaca

Hakim mula belajar secara formal semasa usianya 5 tahun, buku Bacalah Anakku digunakan di sekolah dan juga di rumah untuk memperkenalkan anak dengan bunyi sukukata yang mudah mengikut teknik fonetik. Bila di rumah ibu sudah terbiasa mengenalkan anak-anak dengan huruf menyebabkan anak keliru untuk sebut 'a' dengan A atau aaa. Bila anak dihantar ke taska, guru taska tanya Buku Anakku buku ke berapa? Ibu menjawab 'emm 2 ke 3? Isk nampak sangat ibu ni tidak prihatin dengan tahap kemahiran anak sendiri, malu sendiri jadinya. Bukan tidak peduli langsung tapi terlalai dengan kerja seharian (konon sibuk sangat) sampai terlupa nak cek buku anak-anak termasuk iqra'. Mana boleh macam ni? Takkan nak biarkan anak belajar 100% di sekolah dan taska sahaja? Apa yang aku lakukan sebagai ibu di rumah? Sibuk sangat kah? Ibu mula memeriksa bacaan Hakim, mulakan dari buku 1. baru lah ibu tahu bahawa anak ibu lebih kepada menghafal sebab terlalu sedikit latihan. Bila ibu tu

Mengajar Anak Mengenal Huruf Hijaiyah

Set Lengkap Mengajar Anak Kecil Membaca Mengenal huruf hijaiyah adalah perkara asas apabila belajar mengaji Quran. Bila kenal huruf kemudian baru belajar bunyi bacaan mengikut baris. sudah pandai baca baru belajar tajwid.  Sama seperti membaca, sekarang ada kaedah yang mengajar bunyi bacaan dahulu kemudian baru kenal huruf. Sama seperti kaedah fonik dalam Bahasa Melayu. Ibu lebih suka perkenalkan anak-anak dengan huruf-huruf hijaiyah dahulu. Belajar melalui lagu dan kad imbas adalah lebih mudah untuk anak-anak ibu. Contohnya lagu Alif Ba Ta yang banyak ada di Youtube. Ibu muat turun sahaja dan pasang di laptop hampir setiap hari. Bukan untuk anak yang baru belajar, anak yang sudah pandai mengaji pun akan ikut sama menyanyi. Lagu Alif Ba Ta yang mudah dan senang diikuti adalah seperti ini [Klik di sini] Ini yang paling jelas sebutan, jika ada yang lain mohon dikongsi di ruangan komen.  Untuk perkenalkan huruf menggunakan kad imbas, ibu gunakan kad imbas huru

Bagaimana Hilangkan Kutu Rambut?

Apakah itu kutu rambut? Kutu kepala adalah serangga kecil yang tidak bersayap yang berwarna kelabu atau coklat. Ianya ialah parasit yang mendapat makanan dengan menghisap darah dari kulit kepala manusia.   Saiz kutu yang baru menetas adalah lebih kurang 1mm (lebih kurang saiz kepala jarum peniti), dan kutu penuh dewasa berukuran sekitar 3mm (kecil sedikit daripada saiz kepala mancis). Kutu kepala mengambil masa antara enam hingga 14 hari untuk menjadi penuh dewasa, kemudian betina akan melakukan hubungan jenis dan melahirkan telur di atas kulit kepala.  Telur, atau 'nit' dalam bahasa Inggeris berwarna putih-kuning. Kadangkala ianya disangkakan kelemumur, tetapi boleh dibezakan sebab ia melekat kepada rambut dan sukar untuk dilucutkan. Telur mengambil masa tujuh hingga 19 hari untuk menetas dan kulit telur melekat tinggal pada batang rambut. Kutu boleh hidup sampai 21 hari, dan betina dewasa boleh mengeluarkan sebanyak 56 telur dalam satu hubungan jenis.