Skip to main content

Rezeki Hari Ini

Alhamdulillah segalanya berjalan seperti yang dirancangkan hari ini, mesti ramai yang ambil peluang cuti panjang untuk pulang berpuasa, bersahur dan berbuka bersama keluarga di kampung, mak dan ayah terutamanya.

Ibu nampaknya tidak pulang, dengan rutin harian yang masih sama, lagipun mak dan ayah tiada di tanahair, tidak sabar menanti kepulangan mereka di bulan Syawal nanti.

Nampaknya ada sedikit masalah dengan kotak komen dalam blog ibu tadi sehingga kejap tadi ibu baru betulkan, terima kasih Nia sebab membantu. Sebenarnya pagi tadi nak cuba gunakan IntenseDebates itu yang remove comment, tapi IntenseDebates Comments tidak juga kelihatan, tersalah setting agaknya. Bila nak tukar pada komen yang asal, dah tukar semua dalam setting tapi still undefined, rupanya kena adjust juga dalam Post Option, tidak perasan pula tadi, sekali lagi terima kasih Nia.

Sampai sahaja di rumah selepas selesaikan beberapa urusan, ibu mulakan tugas mengepam. Tidak menyangka hari ini hasil sangatlah menggembirakan, boleh buat stock untuk 2 hari. Biasanya ibu cuma dapat dalam 4oz sahaja, ibu cuma makan sedikit nasi dan susu kambing alas perut semasa bersahur pagi tadi. Mungkinkah kerana hati senang gembira?

Selamat berbuka kepada semua, hari ni lauk masak ke lauk tunjuk? Ibu hari ni lauk masak Ikan Keli Masak Cili Api, ikan goreng (tak tahu ikan apa yg abah wat balik) dan bendi goreng sos tiram.

Comments

  1. hr ni mcm biasa mak mertua yg masak. dia buat bihun goreng dgn ada fishball sup. tak sempat masak sbb balik pun dekat2 pkl 5 tengok dia dah tgh memasak. tolong yg mana patut je.

    ReplyDelete
  2. Nur,
    Belum merasa bihun goreng lagi since puasa ni... fishball sup, sedapnya...

    Bukan ker haritu Nur pernah cakap yg mertua tak ada kat Malaysia... dah balik ker diorang?

    ReplyDelete
  3. nasib baik ade comment box kan kak. kalau tak, kena email la kot..hehe..

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Teknik Cepat Membaca: Cara Mudah Mengajar Anak Membaca

Hakim mula belajar secara formal semasa usianya 5 tahun, buku Bacalah Anakku digunakan di sekolah dan juga di rumah untuk memperkenalkan anak dengan bunyi sukukata yang mudah mengikut teknik fonetik. Bila di rumah ibu sudah terbiasa mengenalkan anak-anak dengan huruf menyebabkan anak keliru untuk sebut 'a' dengan A atau aaa. Bila anak dihantar ke taska, guru taska tanya Buku Anakku buku ke berapa? Ibu menjawab 'emm 2 ke 3? Isk nampak sangat ibu ni tidak prihatin dengan tahap kemahiran anak sendiri, malu sendiri jadinya. Bukan tidak peduli langsung tapi terlalai dengan kerja seharian (konon sibuk sangat) sampai terlupa nak cek buku anak-anak termasuk iqra'. Mana boleh macam ni? Takkan nak biarkan anak belajar 100% di sekolah dan taska sahaja? Apa yang aku lakukan sebagai ibu di rumah? Sibuk sangat kah? Ibu mula memeriksa bacaan Hakim, mulakan dari buku 1. baru lah ibu tahu bahawa anak ibu lebih kepada menghafal sebab terlalu sedikit latihan. Bila ibu tu...

Mengajar Anak Mengenal Huruf Hijaiyah

Set Lengkap Mengajar Anak Kecil Membaca Mengenal huruf hijaiyah adalah perkara asas apabila belajar mengaji Quran. Bila kenal huruf kemudian baru belajar bunyi bacaan mengikut baris. sudah pandai baca baru belajar tajwid.  Sama seperti membaca, sekarang ada kaedah yang mengajar bunyi bacaan dahulu kemudian baru kenal huruf. Sama seperti kaedah fonik dalam Bahasa Melayu. Ibu lebih suka perkenalkan anak-anak dengan huruf-huruf hijaiyah dahulu. Belajar melalui lagu dan kad imbas adalah lebih mudah untuk anak-anak ibu. Contohnya lagu Alif Ba Ta yang banyak ada di Youtube. Ibu muat turun sahaja dan pasang di laptop hampir setiap hari. Bukan untuk anak yang baru belajar, anak yang sudah pandai mengaji pun akan ikut sama menyanyi. Lagu Alif Ba Ta yang mudah dan senang diikuti adalah seperti ini [Klik di sini] Ini yang paling jelas sebutan, jika ada yang lain mohon dikongsi di ruangan komen.  Untuk perkenalkan huruf menggunakan kad imbas, ibu gunakan kad i...

Contest - Aksi Si Comel

02 - 20 Nov 2009 HADIAH UTAMA Voucher membeli-belah di Comel Lote Collections bernilai RM50 + Sehelai t-shirt muslimah untuk ibu ditaja oleh Muslimah Online Shop (bernilai RM40 ) 2 HADIAH SAGUHATI Voucher membeli-belah di Comel Lote Collections bernilai RM10 setiap seorang. SYARAT-SYARAT PENYERTAAN 1. Jadi follower blog ini dan blog 2 penaja contest, add 2 penaja contest dalam blog list anda 2. Letak banner contest ini di blog entry & sidebar dan link kan ke entry ini . Copy html code di sidebar dan tukar width mengikut kesesuaian blog anda. 3. Buat 1 entry dalam blog anda bertajuk Contest - Aksi Si Comel 4. Masukkan 1 gambar si comel anda di dalam entry tersebut. Nyatakan nama , tarikh lahir , umur dan aksi apakah yang dilakukan si comel (mengikut kreativiti anda) 5. Si comel anda MESTI lah berusia 1 hari - 4 tahun . 6. Berikan 1 cadangan/idea bagaimana Comel Lote Collections dan Muslimah Online Shop boleh memberi keistimewaan kepada followers / pelangga...