Aug 24, 2010

Susu Kambing

Alhamdulillah, hari ni umar telah pun 1 tahun 2 bulan  dan 7 hari tapi anak ibu ni belum lagi mahu berjalan nampaknya, takper kita tunggu harinya....

Susu ibu adalah yang terbaik untuk anak, tetapi susu apa yang terbaik untuk ibu? Susu kambing adalah susu kedua terbaik selepas susu ibu. Bukan sahaja kerana kebaikan yang terkandung di dalam susu kambing, malah meminumnya juga mendapat pahala kerana mengikut sunnah, senangnya mendapat pahala kan?


Susu kambing dikatakan antara jenis minuman yang biasa diminum oleh Rasulullah S.A.W. Antara kebaikan susu kambing adalah menguatkan tulang dan gigi kerana kaya dengan kalsium. Susu kambing juga kaya dengan protein yang baik untuk otak, dapat mencantikkan dan mengatasi masalah kulit, menguatkan imunisasi badan, mengimbangi kandungan gula di dalam darah dan macam-macam lagi sebenarnya khasiat susu kambing ni.

- Penyakit kuning
- Lelah
- Ulser perut
- Gout
- Buah Pinggang
- Insomnia
- Membantu mencegah kanser.

Ibu percaya setiap apa yang Rasulullah S.A.W minum dan makan adalah membawa kebaikan kepada kita sebab itu sekarang ini banyak syarikat telah mengeluarkan pelbagai jenis makanan tambahan/kesihatan berasaskan makanan sunnah. Yang sunnah itu sudah tentu baik untuk kita. Ibu percaya tiada yang lebih baik daripada Quran dan Sunnah.

Oleh sebab tu ibu amik susu kambing sebagai makanan tambahan (makanan asas sepatutnya) sekarang. Consume daripada kakak yang merupakan Stokis Hiraq Marketing.
Inilah minuman sahur ibu setiap hari

Apa yang ibu perasan, alah gatal-gatal pada kulit yang ibu alami sejak 2 bulan lepas, Alhamdulillah beransur baik dan bekalan susu ibu untuk Umar mencukupi di bulan puasa ini. Ibu tiada petua yang tertentu untuk menambah susu badan cuma dengan makan dan minum sahaja, tidak kira apa sahaja tetapi mestilah yang baik-baik, susu penting untuk ibu yang mengandung dan menyusukan anak kerana bekalan kalsium yang telah disalurkan kepada anak.

Dulu ibu pernah mencari susu yang terbaik untuk anak-anak, sekarang ibu sudah ada jawapannya. InsyaAllah jika diizinkan bila Umar dah lepas susu ibu, ibu akan berikan susu kambing untuk bekalan harian mereka. Susu kambing ini cukup halus, mudah larut dan tiada gula dan bau, sangat sedap diminum dengan hanya dicampurkan dengan air panas.

Anda minum susu kambing tak? Jika susu fresh tu agak tak lalu ibu nak minum, dulu pun paksa sebab anak demam kuning. Ibu pernah ternampak iklan susu tepung susu kambing untuk anak dalam majalah, tapi tidak ingat brand apa dan majalah apa, ada yang tahu tak? Susu kambing Hi-Goat ibu tak pernah cuba, ada yang kata lebih kurang sama jer dengan Susu kambing Hiraq.

15 comments:

  1. siti hawa, mengamalkan kurma dan susu kambing semasa berpantang

    sungguh banyak khasiatnya, hanya kita banyak dimomokkan dengan susu lembu,

    saya juga kini lebih yakin dengan susu kambing

    ReplyDelete
  2. owh belum mencuba lagi...sll minum susu segar dr pejabat haiwan saja... tu pun tumpang anak2...kalau buka satu liter Usamah, Uwaiys & Arwa sorang 200 ml, 400 ml lagi kami share Asmaa' ummi dgn abah...tp ummi dgn abah campur dgn yogurt homemade... susukambing segar 1 liter rm 4, susu lembu rm 2.50...hohohohoh....kene cari duit lebih lg utk cover bekalan susu kambing pulak lepas ni...

    ReplyDelete
  3. ada satu jenama dari australia kalau tak silap..karihome..

    susu kambing utk anak2 yang alergi susu lembu..ada kwn bgtahu.tapi masa tu karihome belum ada di malaysia.akrg dah ada, tapi mesti mahal kan?

    ReplyDelete
  4. tak pernah cuba minum susu kambing. kalau yg serbuk mungkim bolehla nak telan kot.

    ReplyDelete
  5. Mas,
    Baguskan jika boleh diamalkan susu kambing ni, dulu hanya tahu susu lembu saja, anmum, anlene bla..bla

    InsyaAllah mengandung dan berpantang bila-bila nanti boleh amalkan susu kambing jer...

    ReplyDelete
  6. Pija,
    bagusnya anak2 pija suka minum susu fresh, anak saya aiesyah jer yg suka, hakim tu payah sket..

    kira murah lagi tu, kat sini xde lar susu dr pej haiwan, dulu duk beli susu fresh HL, goodday tu jer, 2 kotak tu thn 2-3 hari jer...

    ReplyDelete
  7. CatlinaFly,
    Uh dari Australia ker, bukan NZ? kena survey lah harga tu, x tau mahal ke tidak, yg pasti lebih mahal dari susu lembu lar kut

    ReplyDelete
  8. Nur,
    Boleh lar cuba, serbuk dia halus jer tak macam susu lembu tepung yang agak kasar...

    ReplyDelete
  9. tak penah minum lagi..takut nak try risau kot ada bau..daging kambing pun tak leh nak makan..

    ReplyDelete
  10. ye la kak wan..karihome namanya..tp susu hiraq ni mmg ada minum..saya ok je apa2 susu..tapi susu ni mmng kurangla bau dia and sedappp!! : P

    ReplyDelete
  11. MamaYatie,
    Saya pun kurang gemar susu kambing fresh sebab ada bau, susu kambing hiraq yg saya minum sekarang Alhamdulillah takde bau, jika tidak boleh cuba teh tarik susu kambing

    ReplyDelete
  12. amirah pun minum juga yer... betullah sedapkan, tidak muak dan kurang lemak rasanya.

    ReplyDelete
  13. kakyong skrg ni minum higoat.. hiraq tak pernah try lagi... sedap xde bau kambing.. so far B pun ade jer isi utk Aliya... :)

    ReplyDelete
  14. kakyong,
    mana2 brand rasanya lebih kurang sama jer kut... harga higoat dan hiraq pun hampir sama jer..

    ReplyDelete
  15. Jika ada yg berminat utk mencuba susu kambing Lennoza, susu kambing diformulasikan 7mknn sunnah (Kurma, Kismis, Habbatus Sauda, Zaitun, Za'faran, Delima, Buah Tin) boleh Whatsapp sy di no 0183793656.

    Alhamdulillah Lennoza telah kuar iklan di majalah PaMa bln Mei yg lps..

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails