Skip to main content

Sambutan Merdeka

Selamat bercuti, InsyaAllah esok adalah Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke-53, bermakna mak ibu telah pun 63 dan ayah 73 tahun ini, mereka masing-masing berusia 10 dan 20 tahun ketika negara mendapat kemerdekaan daripada penjajah.

Suka dengan gambar ini, penuh dengan sejarah

Nampaknya tahun ini kemerdekaan disambut di bulan Ramadhan, di sepuluh Ramadhan terakhir ini, apakah sambutan yang sama juga seperti tahun-tahun lepas di negara Islam yang sangat kita cintai ini? Ibu berharap sangat tiada konsert semasa sambutan merdeka tahun ini kerana menghormati bulan Ramadhan yang mulia ini, jika tiada konsert langsung untuk tahun-tahun berikutnya lebih bagus.

Belum pernah sekalipun ibu pergi ke mana-mana sambutan malam kemerdekaan yang berlangsung di negara ini, sambutan hari kemerdekaan dengan perbarisan dan kawad tu pernahlah ibu sertai masa sekolah dulu, boleh dikatakan setiap tahun kami kena berbaris dan berkawad. Berjalan kaki dari sekolah ke Stadium Kuala Terengganu dan bila pulang diberi hadiah RM5 - RM10 seorang.

Perbarisan semasa sambutan kemerdekaan

Apakah kaitannya kemerdekaan dengan perbarisan, emm mungkin kerana mengingati perjuangan askar Tanah Melayu yang berjuang menentang penjajah dahulu. Apa pula kaitannya kemerdekaan dengan konsert yang penuh gilang gemilang dengan nyanyian?

Hanya keseronokan dan kegembiraan yang menyebabkan kehancuran sebilangan besar remaja yang menyambutnya. Merdekakah kita dengan menyambut kemerdekaan dengan cara begini?

Apakah erti kemerdekaan bagi anda? Perjuangan orang dulu memang tidak dapat dinafikan, kekuatan dalaman menonjolkan kekuatan fizikal mereka sehinggakan musuh merasa gerun. Tokoh yang ternama kebanyakannya adalah alim ulama yang tersohor dan sangat dihormati. Kenapa tidak ikut cara begini supaya kita sentiasa dihormati dan digeruni?

Selamat menyambut hari Kemerdekaan dan selamat bercuti, sayangnya jika malam-malam terakhir ini yang patut diselimuti dengan bacaan quran, zikir dan munajat dipenuhi dengan alunan muzik keras yang membingitkan telinga semasa semua syaitan dan iblis telah dikurung, apakah masih ada di kalangannya di antara kita?

Comments

  1. yer la..teringat zaman2 skolah lu kan..berlatih kawad keliling sekolah sambil2 amik angin pantai batu burok..kenangan terindah w/pun skolah kita tak penahnya menang..hihi

    ReplyDelete
  2. tak perasan le mmlm kemerdekaan hari tu camana rupa gaya sambutannya.. tak bukak tv & tidur awal plak tu...

    ReplyDelete
  3. haah la tie,
    kita berbaris lalu ikut pantai, lalu ikut kubur, sampai lencun baju dengan peluh... hangit muka hehe :D

    ReplyDelete
  4. kakyong,
    saya pun tak tahu tapi countdown tetap ada rasanya... kami tv dah 'simpan'

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Teknik Cepat Membaca: Cara Mudah Mengajar Anak Membaca

Hakim mula belajar secara formal semasa usianya 5 tahun, buku Bacalah Anakku digunakan di sekolah dan juga di rumah untuk memperkenalkan anak dengan bunyi sukukata yang mudah mengikut teknik fonetik. Bila di rumah ibu sudah terbiasa mengenalkan anak-anak dengan huruf menyebabkan anak keliru untuk sebut 'a' dengan A atau aaa. Bila anak dihantar ke taska, guru taska tanya Buku Anakku buku ke berapa? Ibu menjawab 'emm 2 ke 3? Isk nampak sangat ibu ni tidak prihatin dengan tahap kemahiran anak sendiri, malu sendiri jadinya. Bukan tidak peduli langsung tapi terlalai dengan kerja seharian (konon sibuk sangat) sampai terlupa nak cek buku anak-anak termasuk iqra'. Mana boleh macam ni? Takkan nak biarkan anak belajar 100% di sekolah dan taska sahaja? Apa yang aku lakukan sebagai ibu di rumah? Sibuk sangat kah? Ibu mula memeriksa bacaan Hakim, mulakan dari buku 1. baru lah ibu tahu bahawa anak ibu lebih kepada menghafal sebab terlalu sedikit latihan. Bila ibu tu...

Raikan Pelbagai Stail Belajar Anak-Anak

Ada banyak cara anak-anak kita belajar. Ada anak yang mudah menghafal, ada yang senang mengecam, ada pula yang ingat dengan pergerakan. Apabila kita kenal pasti anak jenis stail belajar yang bagaimana, maka lebih mudah kita menyusun aktiviti yang sesuai. Sebagai contoh anak yang suka bergerak, mesti banyakkan aktiviti yang melibatkan pergerakan fizikal. Melompat, berlari, berjalan, membaling atau menyambut bola pasti menyeronokkan bagi anak yang jenis belajar begini. Apabila mereka bergerak mereka lebih fokus. Yang penting anak-anak seronok belajar dan tidak rasa seperti sedang belajar pun. Adakah belajar membaca hanya duduk dan mengadap buku? Sudah tentu tidak! Apa yang menjadikan suatu sesi belajar itu menyeronokkan? Apabila ada penglibatan semua pihak. Guru dan pelajar atau ibu bapa dan anak-anak. Penglibatan anak-anak dan pelajar adalah lebih berbanding pendidik yang bertindak sebagai fasilitator. Jadikan sesi pembelajaran suatu yang bemakna, anak seronok, ibu b...

Mengajar Anak Mengenal Huruf Hijaiyah

Set Lengkap Mengajar Anak Kecil Membaca Mengenal huruf hijaiyah adalah perkara asas apabila belajar mengaji Quran. Bila kenal huruf kemudian baru belajar bunyi bacaan mengikut baris. sudah pandai baca baru belajar tajwid.  Sama seperti membaca, sekarang ada kaedah yang mengajar bunyi bacaan dahulu kemudian baru kenal huruf. Sama seperti kaedah fonik dalam Bahasa Melayu. Ibu lebih suka perkenalkan anak-anak dengan huruf-huruf hijaiyah dahulu. Belajar melalui lagu dan kad imbas adalah lebih mudah untuk anak-anak ibu. Contohnya lagu Alif Ba Ta yang banyak ada di Youtube. Ibu muat turun sahaja dan pasang di laptop hampir setiap hari. Bukan untuk anak yang baru belajar, anak yang sudah pandai mengaji pun akan ikut sama menyanyi. Lagu Alif Ba Ta yang mudah dan senang diikuti adalah seperti ini [Klik di sini] Ini yang paling jelas sebutan, jika ada yang lain mohon dikongsi di ruangan komen.  Untuk perkenalkan huruf menggunakan kad imbas, ibu gunakan kad i...