Skip to main content

Sarapan Pagi Ini

Nasi Goreng Ayam


Ini dah kira lunch tapi ibu masak untuk sarapan, ayam goreng berempah lauk semalam masih berbaki ibu potong-potong masukkan dalam nasi goreng jadilah menu hari ini Nasi Goreng Ayam.... yummy!

Menikmati breaklunch (breakfast + lunch) hari n kerana berjaya menamatkan perjuangan puasa qada' Alhamdulillah bermakna hari ni baru beraya, boleh macam tu?

Kepada semua peserta Comellote Giveaway, berikan ibu sedikit masa untuk selesaikan perkara yang penting dahulu, InsyaAllah ibu akan update dalam masa terdekat bila ada kelapangan waktu.

Tinggal beberapa hari sahaja lagi untuk menyambut Ramadhan, bulan yang penuh barakah, bagaimana persediaan anda terutama ibu yang masih menyusukan anak? Persediaan mental dan fizikal penting untuk menghadapi Ramdhan kali ini, ibu harap sangat kita semua dipermudahkan segala urusan jika niat yang ikhlas kerana Allah.

Hakim sudah ke sekolah seperti biasa semalam teruk juga demamnya, Alhamdulillah hari ni sudah ok, pagi-pagi bangun hakim cakap, "Ibu hakim dah ok demam, nak pergi sekolah" Sejak hakim menjejakkan kaki ke sekolah 7 bulan yang lalu, tidak pernah Hakim beri alasan untuk tidak ke sekolah, setiap hari dia sentiasa bersemangat untuk ke sekolah. Ibu senang hati dan berharap agar sikap ini berterusan sehingga hakim besar.

Umar sudah 1 tahun, 1 bulan 2 minggu, sekejap sudah besar baby ibu ni, dah tak boleh panggil baby lagi dah lepas ni.... tapi jalannya belum, agaknya nak ikut jejak abang hakim, setahun 2 bulan baru jalan. Umar masih mendapat susu ibu sepenuhnya sehingga ke hari ini, Alhamdulillah jika kita niat ikhlas InsyaAllah dipermudahkan. Tidak kira puasa di mana sahaja ibu pergi, ibu akan sediakan bekalan untuk Umar walaupun bila berpuasa hasilnya hanya separuh dari biasa.

Comments

  1. sedap tu anie!
    inshaAllah dapat puasa dgn sempurna..

    ReplyDelete
  2. touching... me pun masa pantang, ngatuk nyer pasal hampir gak terlepas baby sbb masa tuh bbb lebih suka tido didada.. alhamdulillah takde lagi kejadian terlepas ke bawah. semua berjaya diselamatkan.

    ReplyDelete
  3. sama lah kakyong dirumah.. kalo ade lebih2 lauk semalam.. guna ajer utk buat nasi goreng..
    lagipun anak2 skrg ni suka request/order... "nasi goreng 1"

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Teknik Cepat Membaca: Cara Mudah Mengajar Anak Membaca

Hakim mula belajar secara formal semasa usianya 5 tahun, buku Bacalah Anakku digunakan di sekolah dan juga di rumah untuk memperkenalkan anak dengan bunyi sukukata yang mudah mengikut teknik fonetik. Bila di rumah ibu sudah terbiasa mengenalkan anak-anak dengan huruf menyebabkan anak keliru untuk sebut 'a' dengan A atau aaa. Bila anak dihantar ke taska, guru taska tanya Buku Anakku buku ke berapa? Ibu menjawab 'emm 2 ke 3? Isk nampak sangat ibu ni tidak prihatin dengan tahap kemahiran anak sendiri, malu sendiri jadinya. Bukan tidak peduli langsung tapi terlalai dengan kerja seharian (konon sibuk sangat) sampai terlupa nak cek buku anak-anak termasuk iqra'. Mana boleh macam ni? Takkan nak biarkan anak belajar 100% di sekolah dan taska sahaja? Apa yang aku lakukan sebagai ibu di rumah? Sibuk sangat kah? Ibu mula memeriksa bacaan Hakim, mulakan dari buku 1. baru lah ibu tahu bahawa anak ibu lebih kepada menghafal sebab terlalu sedikit latihan. Bila ibu tu

Mengajar Anak Mengenal Huruf Hijaiyah

Set Lengkap Mengajar Anak Kecil Membaca Mengenal huruf hijaiyah adalah perkara asas apabila belajar mengaji Quran. Bila kenal huruf kemudian baru belajar bunyi bacaan mengikut baris. sudah pandai baca baru belajar tajwid.  Sama seperti membaca, sekarang ada kaedah yang mengajar bunyi bacaan dahulu kemudian baru kenal huruf. Sama seperti kaedah fonik dalam Bahasa Melayu. Ibu lebih suka perkenalkan anak-anak dengan huruf-huruf hijaiyah dahulu. Belajar melalui lagu dan kad imbas adalah lebih mudah untuk anak-anak ibu. Contohnya lagu Alif Ba Ta yang banyak ada di Youtube. Ibu muat turun sahaja dan pasang di laptop hampir setiap hari. Bukan untuk anak yang baru belajar, anak yang sudah pandai mengaji pun akan ikut sama menyanyi. Lagu Alif Ba Ta yang mudah dan senang diikuti adalah seperti ini [Klik di sini] Ini yang paling jelas sebutan, jika ada yang lain mohon dikongsi di ruangan komen.  Untuk perkenalkan huruf menggunakan kad imbas, ibu gunakan kad imbas huru

Bagaimana Hilangkan Kutu Rambut?

Apakah itu kutu rambut? Kutu kepala adalah serangga kecil yang tidak bersayap yang berwarna kelabu atau coklat. Ianya ialah parasit yang mendapat makanan dengan menghisap darah dari kulit kepala manusia.   Saiz kutu yang baru menetas adalah lebih kurang 1mm (lebih kurang saiz kepala jarum peniti), dan kutu penuh dewasa berukuran sekitar 3mm (kecil sedikit daripada saiz kepala mancis). Kutu kepala mengambil masa antara enam hingga 14 hari untuk menjadi penuh dewasa, kemudian betina akan melakukan hubungan jenis dan melahirkan telur di atas kulit kepala.  Telur, atau 'nit' dalam bahasa Inggeris berwarna putih-kuning. Kadangkala ianya disangkakan kelemumur, tetapi boleh dibezakan sebab ia melekat kepada rambut dan sukar untuk dilucutkan. Telur mengambil masa tujuh hingga 19 hari untuk menetas dan kulit telur melekat tinggal pada batang rambut. Kutu boleh hidup sampai 21 hari, dan betina dewasa boleh mengeluarkan sebanyak 56 telur dalam satu hubungan jenis.