Aug 22, 2010

Sedar Tak Sedar

BismillahirRahmanirRahiim...

Sedar tak sedar hari ini sudah masuk hari ke-12 berpuasa, selamat berhujung minggu semua, buat apa yer hari ni. Hari minggu mungkin ada yang plan hendak berbuka di luar, setakat berpuasa ni, ibu dan keluarga hanya berbuka di rumah dan juga di rumah kakak, sambil berkunjung dan berbuka puasa ramai-ramai meriahnya tidak terkata.

Sedar tak sedar sudah masuk 10 hari pertengahan puasa iaitu pengampunan dari doa, 10 hari pertama adalah rahmat dan 10 terakhir adalah dijauhkan dari azab api neraka. Rugi jika tidak merebut peluang di bulan yang penuh rahmat dan barokah ini, entah semat atau tidak kita berjumpa dengan bulan ini di tahun hadapan.


Sedar tak sedar sudah masuk hari ke-5 blog ibu tidak berupdate, apa sudah jadi ni.....? Kan ibu dah cakap hari tu bulan puasa ni blog pun macam turut sama berpuasa. Banyak habuk dah ni.... fuuhhh... fuuhhh.. (tiup habuk sambil lap).

Sedar tak sedar sudah masuk hari ke-15 mak dan ayah ibu di tanah suci. Alhamdulillah semuanya dalam keadaan yang baik. Semalam mak telefon hanya nak bertanya nak jubah yang macamana, yang labuh ke yang singkat? Hari ni mak telefon lagi bertanya bahu anak berapa inci nak dibelikan jubah. Mak telefon macam berada di kampung jer, cuma nak tanya itu sahaja kemudian letak telefon.

Sedar tak sedar dengan kemodenan teknologi komunikasi sekarang, jarak yang jauh terasa sangatlah dekat. Berada di Mekah seperti berada di kampung sebelah sahaja cuma tidak boleh menatap wajah mereka. Ibu berdoa supaya diberikan segala kebaikan dan kemudahan untuk mereka melakukan ibadah di sana, dengarnya keadaan amatlah panas di Mekah, pasti teruji di bulan puasa ini.

Sedar tak sedar sudah banyak yang telah dilalui dalam kehidupan ini, segala onak dan ranjau menjadikan kita semakin matang dalam menghadapi hari mendatang. Atau memang ibu ni nampak sangat matang berbanding usia sebenar... huhu. Ramai yang berjumpa memanggil ibu dengan panggilan kakak, kelmarin jumpa kawan kakak ibu, dia panggil ibu kakak.... adus! Tidak mengapalah kerana panggilan kakak juga adalah untuk menghormati seseorang.

Semasa bekerja dahulu, rakan sepejabat (lelaki) yang sebaya memanggil ibu kakak, sedangkan ada staff lain yang lebih tua hanya dipanggil nama. Ibu tidak kisah kerana sekurang-kurangnya dengan panggilan kakak itu, mereka lebih mendengar apa yang kita cakapkan dan lebih menghormati. Ibu rindu dengan kawan-kawan dan suasana bekerja dahulu. Entah bila dapat bersua semula dengan semuanya.

Sekadar perkongsian.

6 comments:

  1. Salam kenal dan selamat berpuasa.
    Rasanya emak akak tu tak tau nak bagitahu yang dia rindukan keluarga. jadi dia telefon tanya macam tu jer lar kot.

    ReplyDelete
  2. lama nya cuti berblog... ;)

    meh join contest.. ada tag utk wan anie..

    http://www.kakyong.com/2010/08/contest-saya-dan-baby-oleh-cik-awynn.html

    ReplyDelete
  3. Zezebel,
    Selamat berkenalan.... selamat berpuasa juga utk zezebel, mak ibu tu selalu banyak celotehnya bila telefon, ntah kenapa 2 hari ni strict benar bunyinya....

    ReplyDelete
  4. Kakyong,
    itu lah blogshop ok, cuma blog ini jer yg mc sekejap hehe...
    contest tu nanti saya tengok yer kakyong.... jika sempat saya join

    ReplyDelete
  5. mak anie takut kos mahal tepon jauh2 agaknya..ckp yg penting2 jer..hihi

    ReplyDelete
  6. MamaYatie,
    Mak saya call saya tak angkat sebab sy akan telefon balik lepas tu.... nak kata mahal, tak tahu lah kena tunggu bil sampai dulu...
    takpe mahal sket bukan selalu kan, hari2 tepon.. hihi

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails