Skip to main content

Update Hari Ini 09/08/2010

Bismillah

Nampaknya ibu masih tidak punya peluang untuk membuat entry yang panjang-panjang, bagi sedikit ruang untuk ibu uruskan hal-hal yang perlu diutamakan dahulu.

Terima kasih kepada rakan yang singgah di sini, demam balik kampung minggu lepas masih belum reda, anak yang tidak berapa sihat, sekarang suami pula yang kurang sihat. Alhamdulillah ibu masih kekal bertenaga.

Hari minggu baru ni ibu dan keluarga tiada di rumah, ziarah ke rumah kakak ibu dan beramai-ramai menghantar mak dan ayah menaiki penerbangan di KLIA ke Yaman. Gembira nampaknya kedua ibubapa kami, hajat untuk bertandang ke tanah suci buat kali kedua dimakbulkan Allah, mudah-mudahan segala urusan berjalan lancar dan selamat pergi dan kembali ke tanah air selepas raya nanti.

Rombongan di bawa ke Yaman, dan Syria sebelum ke Madinah dan seterusnya Mekah, pulang singgah lagi ke Yaman dan terus ke Malaysia. Seronoknya ibu rasa macam  ibu pula yang akan ke sana. InsyaAllah mohon diperkenankan doa dan dimurahkan rezeki untuk kami bersama-sama ke sana di tahun berikutnya.

Sebelum berangkat ke KLIA

Suka anak-anak ni jumpa sepupu mereka

Manisnya anak dara ibu bertudung

Amboi hakim!

Aiesyah dengan baju kurung pun seronok main gelongsor

Bergambar kenang-kenangan sebelum berangkat

Comments

  1. main gelongsor pakai baju kurung :)chomel.

    ReplyDelete
  2. semoga mereka berdua selamat tiba & selamat kembali..juga semoga semua urusan mereka dipermudahkan ALLAH SWT.

    aiih..cam dah besar plak nampak aiesyah..dah setengah thn tak jumpa kan..

    ReplyDelete
  3. Moga mak & ayah wan selamat pergi dan selamat kembali ke tanahair.. Insya'allah, moga2 kita pun dapat menjejakkan kaki di Baitullah..amin..

    Seronok tengok anak2 main... pakai baju kurung pun boleh main gelongsor..

    ReplyDelete
  4. elissmie,
    itulah siapa kata pakai baju kurung tak boleh lasak2 hehe...

    ReplyDelete
  5. mamayatie
    Terima kasih, emmm saya pun dah rasa macam dah besar aiesyah ni.... maklumlah kakak, kalau dia yg bongsu mesti lah rasa cam kecik jer... hihi

    ReplyDelete
  6. Laman Alia,
    macam tu lah ida kalau bawa anak2 mesti nak kena pi tempat diorang baru seronok kalu tak macam2 hal pulak, kita yg letih....

    terima kasih atas doa

    ReplyDelete
  7. banyak tempat juga mak dan ayah Anie pergi sblm ke Mekah ye. Rombongan ikut travelling agency ke?

    ReplyDelete
  8. Haah Nur, ikut agency.... Al-Haddad Agency sedara mara juga ni..

    Ramai ahli rombongan saudara mara dan jiran tetangga kami :D

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Teknik Cepat Membaca: Cara Mudah Mengajar Anak Membaca

Hakim mula belajar secara formal semasa usianya 5 tahun, buku Bacalah Anakku digunakan di sekolah dan juga di rumah untuk memperkenalkan anak dengan bunyi sukukata yang mudah mengikut teknik fonetik. Bila di rumah ibu sudah terbiasa mengenalkan anak-anak dengan huruf menyebabkan anak keliru untuk sebut 'a' dengan A atau aaa. Bila anak dihantar ke taska, guru taska tanya Buku Anakku buku ke berapa? Ibu menjawab 'emm 2 ke 3? Isk nampak sangat ibu ni tidak prihatin dengan tahap kemahiran anak sendiri, malu sendiri jadinya. Bukan tidak peduli langsung tapi terlalai dengan kerja seharian (konon sibuk sangat) sampai terlupa nak cek buku anak-anak termasuk iqra'. Mana boleh macam ni? Takkan nak biarkan anak belajar 100% di sekolah dan taska sahaja? Apa yang aku lakukan sebagai ibu di rumah? Sibuk sangat kah? Ibu mula memeriksa bacaan Hakim, mulakan dari buku 1. baru lah ibu tahu bahawa anak ibu lebih kepada menghafal sebab terlalu sedikit latihan. Bila ibu tu

Mengajar Anak Mengenal Huruf Hijaiyah

Set Lengkap Mengajar Anak Kecil Membaca Mengenal huruf hijaiyah adalah perkara asas apabila belajar mengaji Quran. Bila kenal huruf kemudian baru belajar bunyi bacaan mengikut baris. sudah pandai baca baru belajar tajwid.  Sama seperti membaca, sekarang ada kaedah yang mengajar bunyi bacaan dahulu kemudian baru kenal huruf. Sama seperti kaedah fonik dalam Bahasa Melayu. Ibu lebih suka perkenalkan anak-anak dengan huruf-huruf hijaiyah dahulu. Belajar melalui lagu dan kad imbas adalah lebih mudah untuk anak-anak ibu. Contohnya lagu Alif Ba Ta yang banyak ada di Youtube. Ibu muat turun sahaja dan pasang di laptop hampir setiap hari. Bukan untuk anak yang baru belajar, anak yang sudah pandai mengaji pun akan ikut sama menyanyi. Lagu Alif Ba Ta yang mudah dan senang diikuti adalah seperti ini [Klik di sini] Ini yang paling jelas sebutan, jika ada yang lain mohon dikongsi di ruangan komen.  Untuk perkenalkan huruf menggunakan kad imbas, ibu gunakan kad imbas huru

Bagaimana Hilangkan Kutu Rambut?

Apakah itu kutu rambut? Kutu kepala adalah serangga kecil yang tidak bersayap yang berwarna kelabu atau coklat. Ianya ialah parasit yang mendapat makanan dengan menghisap darah dari kulit kepala manusia.   Saiz kutu yang baru menetas adalah lebih kurang 1mm (lebih kurang saiz kepala jarum peniti), dan kutu penuh dewasa berukuran sekitar 3mm (kecil sedikit daripada saiz kepala mancis). Kutu kepala mengambil masa antara enam hingga 14 hari untuk menjadi penuh dewasa, kemudian betina akan melakukan hubungan jenis dan melahirkan telur di atas kulit kepala.  Telur, atau 'nit' dalam bahasa Inggeris berwarna putih-kuning. Kadangkala ianya disangkakan kelemumur, tetapi boleh dibezakan sebab ia melekat kepada rambut dan sukar untuk dilucutkan. Telur mengambil masa tujuh hingga 19 hari untuk menetas dan kulit telur melekat tinggal pada batang rambut. Kutu boleh hidup sampai 21 hari, dan betina dewasa boleh mengeluarkan sebanyak 56 telur dalam satu hubungan jenis.