Bismillah
Nampaknya ibu masih tidak punya peluang untuk membuat entry yang panjang-panjang, bagi sedikit ruang untuk ibu uruskan hal-hal yang perlu diutamakan dahulu.
Terima kasih kepada rakan yang singgah di sini, demam balik kampung minggu lepas masih belum reda, anak yang tidak berapa sihat, sekarang suami pula yang kurang sihat. Alhamdulillah ibu masih kekal bertenaga.
Hari minggu baru ni ibu dan keluarga tiada di rumah, ziarah ke rumah kakak ibu dan beramai-ramai menghantar mak dan ayah menaiki penerbangan di KLIA ke Yaman. Gembira nampaknya kedua ibubapa kami, hajat untuk bertandang ke tanah suci buat kali kedua dimakbulkan Allah, mudah-mudahan segala urusan berjalan lancar dan selamat pergi dan kembali ke tanah air selepas raya nanti.
Rombongan di bawa ke Yaman, dan Syria sebelum ke Madinah dan seterusnya Mekah, pulang singgah lagi ke Yaman dan terus ke Malaysia. Seronoknya ibu rasa macam ibu pula yang akan ke sana. InsyaAllah mohon diperkenankan doa dan dimurahkan rezeki untuk kami bersama-sama ke sana di tahun berikutnya.

Sebelum berangkat ke KLIA
Suka anak-anak ni jumpa sepupu mereka
Manisnya anak dara ibu bertudung
Amboi hakim!
Aiesyah dengan baju kurung pun seronok main gelongsor
Bergambar kenang-kenangan sebelum berangkat
main gelongsor pakai baju kurung :)chomel.
ReplyDeletesemoga mereka berdua selamat tiba & selamat kembali..juga semoga semua urusan mereka dipermudahkan ALLAH SWT.
ReplyDeleteaiih..cam dah besar plak nampak aiesyah..dah setengah thn tak jumpa kan..
Moga mak & ayah wan selamat pergi dan selamat kembali ke tanahair.. Insya'allah, moga2 kita pun dapat menjejakkan kaki di Baitullah..amin..
ReplyDeleteSeronok tengok anak2 main... pakai baju kurung pun boleh main gelongsor..
elissmie,
ReplyDeleteitulah siapa kata pakai baju kurung tak boleh lasak2 hehe...
mamayatie
ReplyDeleteTerima kasih, emmm saya pun dah rasa macam dah besar aiesyah ni.... maklumlah kakak, kalau dia yg bongsu mesti lah rasa cam kecik jer... hihi
Laman Alia,
ReplyDeletemacam tu lah ida kalau bawa anak2 mesti nak kena pi tempat diorang baru seronok kalu tak macam2 hal pulak, kita yg letih....
terima kasih atas doa
banyak tempat juga mak dan ayah Anie pergi sblm ke Mekah ye. Rombongan ikut travelling agency ke?
ReplyDeleteHaah Nur, ikut agency.... Al-Haddad Agency sedara mara juga ni..
ReplyDeleteRamai ahli rombongan saudara mara dan jiran tetangga kami :D