Aug 15, 2010

Zaman Puasa Ber-2

Hari ni Ahad, tidak ke mana pun hujung minggu ini, hanya di rumah kemaskan apa yang patut.

Bila terbaca kisah terawikh dan puasa kawan-kawan blogger, ibu teringat ketika berpuasa berdua bersama suami 6-7 tahun yang lalu. Sempat kami berpuasa ber-2 dua tahun, tahun pertama selepas kahwin sebab nikahnya bulan Rejab jadi tak lama lepas tu Ramadhan, tahun kedua ibu baru jer mengandungkan Hakim 2 bulan.

Waktu tu ibu bekerja di Kuala Lumpur, walaupun abah kerja di luar KL boleh dikatakan setiap hari abah akan hantar dan jemput ibu dari office. Balik dari kerja kami terus ke Masjid Wilayah, berbuka dan bertarawih di sana kemudian baru balik ke rumah. Hampir setiap hari, gembira berbuka beramai-ramai walaupun kami terpaksa duduk berasingan, lelaki dan perempuan diasingkan cuma ada juga yang datang berkeluarga dengan anak-anak berbuka bersama-sama.

Sambil berbuka mata menjeling ke arah orang tersayang... hehe

Kadang-kadang ada makanan berbuka yang masih berbaki kami ambil untuk di makan ketika sahur, sungguh jimat waktu tu.

Biasanya abah akan sampai di office ibu dalam pukul 6 petang, balik rumah alamatnya berbuka di dalam kereta, sebab itu singgah berbuka di masjid sahaja senang, selesai tarawih boleh balik dengan tenang.

Sekarang bila sudah punya 3 anak, kami jarang berbuka di luar, di rumah adalah tempat yang paling selesa. Sejak puasa ni belum sempat lagi ibu ke bazar Ramadhan, setiap hari juadah berbuka adalah air tangan ibu sendiri. Semalam ada majlis iftar di surau taman kami ni, tapi tidak dapat turut serta sebab kakak sekeluarga datang berbuka di rumah.

Teringin nak ajak anak-anak berbuka di Rumah Anak Yatim supaya mereka tahu bahawa beruntungnya mereka masih punya ibubapa dan mendapat segala makan pakai yang cukup, supaya mereka memahami dan melihat sendiri bahawa masih ramai anak-anak seusia mereka yang serba tidak cukup makan pakai mereka.

 Picture from here

4 comments:

  1. saya tok pernoh lg berbuka di mana2 masjid. selalu berbuka di rumoh atau kalau keluar, ramai2 dgn kwn2 masa belajar dulu.

    ReplyDelete
  2. Nur,

    kat rumah paling selesa kan? sesekali merasa berbuka berjemaah best juga Nur, cubalah ajak suami dan anak2

    ReplyDelete
  3. kakyong masa ber2 dulu.. & tgh pregnant plak tu... kerap berbuka di rumah mertua & rumah mak... hehehe... balik kerja pun selalu jam 6 ptg.. nak masak pun dah lewat.. berbuka 2 org, cam bosan jer... hehehe...

    skrg ni, selesa di rumah sendiri lah.. lagipun meriah dgn budak 3 org tu,,,

    ReplyDelete
  4. kakyong,
    lagi best buka puasa rumah mak atau mertua kan? Saya time balik kg jer boleh buka dengan mereka, kalu di sini cuma ada kakak dan adik jer...

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails