Ramadhan seolah dilupakan sebab dah excited dengan Hari Raya, lagipun bermacam raya dah timbul, biskut raya, kad raya, lagu raya, iklan raya, baju raya, langsir raya, segala keperluan raya.
Jika di Mekah perkhabaran daripada mak dan ayah ibu, malam-malam terakhir Ramadhan ini dihidupkan dengan Solat Hajat, Solat Tahajud dan Solat Tasbih selepas selesai Solat Tarawih. Mak bagitahu pukul 4-5 pagi baru balik ke hotel untuk bersahur kemudian berjalan semula ke Masjidil Haram untuk solat Subuh.
Betapa berbeza benar keadaan di Malaysia ini, tidak dinafikan ada surau yang buat pelbagai aktivit seperti surau di taman ibu ni hari minggu diadakan Qiamullail dan disertai oleh remaja lelaki. Ini salah satu cara untuk mendidik remaja supaya dekat dengan Tuhan.
Mencari Lailatul Qadar
Walaupun ada pendapat yang mengatakan Malam al-Qadar adalah malam ketika Quran diturunkan, tetapi pengisiannya yang penting kerana mencari Malam al-Qadar seperti motivasi untuk orang biasa seperti kita memohon keampunan dan dijauhkan dari azab api neraka.
Tinggal 3 hari sahaja lagi Ramadhan akan pergi meninggalkan kita. Ibu berpesan kepada diri sendiri, kejarlah malam yang berbaki ini dengan sebaiknya supaya kita tidak akan menyesal jika tidak diizinkan untuk bertemunya lagi di tahun hadapan.
Jika di Mekah perkhabaran daripada mak dan ayah ibu, malam-malam terakhir Ramadhan ini dihidupkan dengan Solat Hajat, Solat Tahajud dan Solat Tasbih selepas selesai Solat Tarawih. Mak bagitahu pukul 4-5 pagi baru balik ke hotel untuk bersahur kemudian berjalan semula ke Masjidil Haram untuk solat Subuh.
Betapa berbeza benar keadaan di Malaysia ini, tidak dinafikan ada surau yang buat pelbagai aktivit seperti surau di taman ibu ni hari minggu diadakan Qiamullail dan disertai oleh remaja lelaki. Ini salah satu cara untuk mendidik remaja supaya dekat dengan Tuhan.
Mencari Lailatul Qadar
Walaupun ada pendapat yang mengatakan Malam al-Qadar adalah malam ketika Quran diturunkan, tetapi pengisiannya yang penting kerana mencari Malam al-Qadar seperti motivasi untuk orang biasa seperti kita memohon keampunan dan dijauhkan dari azab api neraka.
"Sesungguhnya Kami telah menurunkan al-Quran pada malam al-Qadar. Tahukah kami apakah malam al-Qadar itu? Malam al-Qadar itu lebih baik daripada seribu bulan. Malam itu malaikat dan Jibril turun dengan izin Tuhan mereka mengatur segala urusan. Malam itu penuh kesejahteraan sehingga terbit fajar" - al-Qadr: 1-5Daripada Aisyah R.A:
"Apabila masuk malam 10 terakhir Ramadhan, baginda Rasulullah S.A.W menghidupkan malam dengan beribadah, mengejutkan ahli keluarganya bersungguh-sungguh da uzlah (menjauhi) isteri-isterinya" - HR Bukhari & Muslim
terima kasih mengingatkan kembali. Frankly speaking, sy pun terleka dgn persiapan raya doh. huhu
ReplyDeletesekejapnya masa berlalu..10 mlm terakhir mmg menguji keimanan..antara duniawi & ukhrawi mana nak dikejar..saya juga tak terkecuali..selalu lalai & lupa..
ReplyDeleteSELAMAT HARI RAYA
MAAF ZAHIR & BATIN