Skip to main content

Baju Raya Anak-Anak Ibu

Ini kes last minute preparation, semalam semasa perjalanan ke shopping mall, ibu memang takde mood nak raya "Isk macam xde feel nak raya tahun ni, baju takde, apapun takde sama jer macam tahun lepas" Sekali mood itu berubah selepas 3 jam ibu meround PKNS Shah Alam.

Hakim awal lagi bagitau yang dia nak baju raya siap dengan kopiah dan sampin, amboi anak teruna ibu sakan beraya. Tahun lepas tema kami ikut aje apa baju yang ada color seakan sama, kami pakai dan jadi baju raya. Biar tak matching tapi gembira, oh tidak rupanya tengoklah muka Aiesyah yang masam ini.


Dan sebenarnya tidak senada langsung colornya.

Tahun ini Alhamdulillah ada rezeki kami boleh buat tema choc/orange ini, nasib baik ada baju color sama size Umar dan Hakim dan abah. Untuk Aiesyah jenuh ibu tawaf keliling PKNS mencari warna senada kemudian ibu pula. Hendak belikan sama anak perempuan dengan ibu ampun 3 hari tawaf PKNS pun tak jumpa.

Tengoklah Hakim menahan nafas menggayakan baju baru, Aiesyah juga yang bergaya selamba, eh mana Umar? (pakai baju 2 lapis, kat dalam baju tidur sebab ibu bagi depa try jer..)

Ni Umar dah join sama, Hakim dah siap dengan kopiah baru. Yang seronoknya lepas ibu pakaikan baju melayu kat Umar terus jer bangun tatih, sambil dibantu kakak dan abang.



Gaya anak-anak ibu, bila anak-anak gembira, ibu dan abah turut gembira sama. Em mana baju abah dan ibu? Kami dah try juga malam tadi ok semuanya.... tapi kami tidaklah bergambar. Tahun ini kena cari photographer nih, sebab kami ber-5 senada...

Anda apa tema raya tahun ni?

Comments

  1. comeynya umar kak wan..mcm ahmad..hihihi..tahun ni maaron nampk gayanya..mcm tak puas hati je ngan kaler tu, tp pilihan en somi, ikutkan jela..

    ReplyDelete
  2. waaah..oren cantik!! sakan beraya ye..he..he..selamat hari raya anie

    ReplyDelete
  3. cantiknya tema oren!! kami thn ni satu family hijau pucuk pisang..bkn apa, next month adik ipar nak kawen..tema kaler hijau..so kami tak yah membazir buat baju lagi..hihi

    ReplyDelete
  4. Selamat Hari Raya Wan dan maaf atas segala salah dan silap ye. Tema saya sekeluarga ialah merah pink !! hahaha

    ReplyDelete
  5. kami jarang ada warna tema sbb hubby tak minat pakai warna sama. tapi kdg2 sy sengaja sesuaikan baju sy dan anak2 dgn baju hubby. hehehe

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Teknik Cepat Membaca: Cara Mudah Mengajar Anak Membaca

Hakim mula belajar secara formal semasa usianya 5 tahun, buku Bacalah Anakku digunakan di sekolah dan juga di rumah untuk memperkenalkan anak dengan bunyi sukukata yang mudah mengikut teknik fonetik. Bila di rumah ibu sudah terbiasa mengenalkan anak-anak dengan huruf menyebabkan anak keliru untuk sebut 'a' dengan A atau aaa. Bila anak dihantar ke taska, guru taska tanya Buku Anakku buku ke berapa? Ibu menjawab 'emm 2 ke 3? Isk nampak sangat ibu ni tidak prihatin dengan tahap kemahiran anak sendiri, malu sendiri jadinya. Bukan tidak peduli langsung tapi terlalai dengan kerja seharian (konon sibuk sangat) sampai terlupa nak cek buku anak-anak termasuk iqra'. Mana boleh macam ni? Takkan nak biarkan anak belajar 100% di sekolah dan taska sahaja? Apa yang aku lakukan sebagai ibu di rumah? Sibuk sangat kah? Ibu mula memeriksa bacaan Hakim, mulakan dari buku 1. baru lah ibu tahu bahawa anak ibu lebih kepada menghafal sebab terlalu sedikit latihan. Bila ibu tu

Mengajar Anak Mengenal Huruf Hijaiyah

Set Lengkap Mengajar Anak Kecil Membaca Mengenal huruf hijaiyah adalah perkara asas apabila belajar mengaji Quran. Bila kenal huruf kemudian baru belajar bunyi bacaan mengikut baris. sudah pandai baca baru belajar tajwid.  Sama seperti membaca, sekarang ada kaedah yang mengajar bunyi bacaan dahulu kemudian baru kenal huruf. Sama seperti kaedah fonik dalam Bahasa Melayu. Ibu lebih suka perkenalkan anak-anak dengan huruf-huruf hijaiyah dahulu. Belajar melalui lagu dan kad imbas adalah lebih mudah untuk anak-anak ibu. Contohnya lagu Alif Ba Ta yang banyak ada di Youtube. Ibu muat turun sahaja dan pasang di laptop hampir setiap hari. Bukan untuk anak yang baru belajar, anak yang sudah pandai mengaji pun akan ikut sama menyanyi. Lagu Alif Ba Ta yang mudah dan senang diikuti adalah seperti ini [Klik di sini] Ini yang paling jelas sebutan, jika ada yang lain mohon dikongsi di ruangan komen.  Untuk perkenalkan huruf menggunakan kad imbas, ibu gunakan kad imbas huru

Bagaimana Hilangkan Kutu Rambut?

Apakah itu kutu rambut? Kutu kepala adalah serangga kecil yang tidak bersayap yang berwarna kelabu atau coklat. Ianya ialah parasit yang mendapat makanan dengan menghisap darah dari kulit kepala manusia.   Saiz kutu yang baru menetas adalah lebih kurang 1mm (lebih kurang saiz kepala jarum peniti), dan kutu penuh dewasa berukuran sekitar 3mm (kecil sedikit daripada saiz kepala mancis). Kutu kepala mengambil masa antara enam hingga 14 hari untuk menjadi penuh dewasa, kemudian betina akan melakukan hubungan jenis dan melahirkan telur di atas kulit kepala.  Telur, atau 'nit' dalam bahasa Inggeris berwarna putih-kuning. Kadangkala ianya disangkakan kelemumur, tetapi boleh dibezakan sebab ia melekat kepada rambut dan sukar untuk dilucutkan. Telur mengambil masa tujuh hingga 19 hari untuk menetas dan kulit telur melekat tinggal pada batang rambut. Kutu boleh hidup sampai 21 hari, dan betina dewasa boleh mengeluarkan sebanyak 56 telur dalam satu hubungan jenis.