Skip to main content

DiGi iPhone 4 Play

Agak mencabar juga nak ceritakan tentang application yang menarik di iPhone sebab ibu belum ada iPhone sudah tentu tidak pernah menggunakan sebarang applications di dalamnya, hanya beberapa aplikasi yang ibu tahu, yang ibu lihat dan ibu search dengan bantuan En. Google.


Banyak, banyak sangat aplikasi yang boleh digunakan untuk iPhone apalagi dengan iPhone 4 ini!

Apps for Work
Bagi ibu yang bekerja sendiri ini, time management sangat penting dan perlu ada panduan on work schedule, jika tidak kucar-kacir jadinya. Ada banyak perkara yang ibu simpan sebagai database untuk rujukan.

Bento salah satu apps for works yang sangat menarik bagi ibu kerana senang untuk manage rutin harian dan perkara penting dari to-do list, aktiviti harian kepada perancangan jangka pendek dan jangka panjang.




Boleh simpan resepi apa nak masak hari ni, selak jer guna jari dah boleh dapat resepi. Selain itu bab customer tu ibu memang suka, boleh simpan list kat sini senang nak buat rujukan. Sebab itu iPhone menjadi idaman ibu sekarang ini, tengok banyakkan iPhone boleh bantu ringankan beban ibu? Dah tak perlu pakai assistant dah, guna iPhone jer, jimat kos.

Apps for Managing Money
Ibu memang suka perkara yang berkaitan dengan financial management. Seperti Mint.com personal finance application ini dapat membantu ibu mengetahui baki semasa lebihan wang yang ibu miliki selepas ditolak perbelanjaan. Setiap hari, setiap minggu, setiap bulan ibu boleh monitor cash flow ibu secara lebih berhemah hendaknya. Yang menariknya bila Mint.Com akan alert bila ibu telah melebihi budget yang ibu tetapkan, seperti Personal Advisor yang cakap 'dah, dah lah belanja, duit poket dah kering ni....'


Kita boleh pecahkan kepada category mengikut kesesuaian sendiri, seperti contoh di atas, jadi setiap bulan Mint.Com ini boleh tolong kirakan untuk kita berapa telah kita belanjakan mengikut kategori siap bagi summary lagi.

Apps for Working Out
Ini juga antara aplikasi yang ibu suka, working out supaya lemak-lemak tidak lah berkumpul di dalam badan, tukarkan lemak kepada tenaga dengan Couch to 5k supaya sentiasa sihat!


Seperti yang telah ibu praktikkan sebelum ini (tapi sudah lama tak buat) walkaton selama 20 minit setiap pagi untuk kekal cergas sepanjang hari! Yang penting dapat kekalkan stamina dan bentuk badan yang menarik

Terlalu banyak, sangat banyak aplikasi yang boleh anda gunakan bila menggunakan iPhone, ada yang percuma dan ada yang berbayar. Ambil yang mana memberi kemudahan dan kebaikan kepada kita.

iPhone 4 This changes everything. Again.

Comments

Popular posts from this blog

Teknik Cepat Membaca: Cara Mudah Mengajar Anak Membaca

Hakim mula belajar secara formal semasa usianya 5 tahun, buku Bacalah Anakku digunakan di sekolah dan juga di rumah untuk memperkenalkan anak dengan bunyi sukukata yang mudah mengikut teknik fonetik. Bila di rumah ibu sudah terbiasa mengenalkan anak-anak dengan huruf menyebabkan anak keliru untuk sebut 'a' dengan A atau aaa. Bila anak dihantar ke taska, guru taska tanya Buku Anakku buku ke berapa? Ibu menjawab 'emm 2 ke 3? Isk nampak sangat ibu ni tidak prihatin dengan tahap kemahiran anak sendiri, malu sendiri jadinya. Bukan tidak peduli langsung tapi terlalai dengan kerja seharian (konon sibuk sangat) sampai terlupa nak cek buku anak-anak termasuk iqra'. Mana boleh macam ni? Takkan nak biarkan anak belajar 100% di sekolah dan taska sahaja? Apa yang aku lakukan sebagai ibu di rumah? Sibuk sangat kah? Ibu mula memeriksa bacaan Hakim, mulakan dari buku 1. baru lah ibu tahu bahawa anak ibu lebih kepada menghafal sebab terlalu sedikit latihan. Bila ibu tu

Mengajar Anak Mengenal Huruf Hijaiyah

Set Lengkap Mengajar Anak Kecil Membaca Mengenal huruf hijaiyah adalah perkara asas apabila belajar mengaji Quran. Bila kenal huruf kemudian baru belajar bunyi bacaan mengikut baris. sudah pandai baca baru belajar tajwid.  Sama seperti membaca, sekarang ada kaedah yang mengajar bunyi bacaan dahulu kemudian baru kenal huruf. Sama seperti kaedah fonik dalam Bahasa Melayu. Ibu lebih suka perkenalkan anak-anak dengan huruf-huruf hijaiyah dahulu. Belajar melalui lagu dan kad imbas adalah lebih mudah untuk anak-anak ibu. Contohnya lagu Alif Ba Ta yang banyak ada di Youtube. Ibu muat turun sahaja dan pasang di laptop hampir setiap hari. Bukan untuk anak yang baru belajar, anak yang sudah pandai mengaji pun akan ikut sama menyanyi. Lagu Alif Ba Ta yang mudah dan senang diikuti adalah seperti ini [Klik di sini] Ini yang paling jelas sebutan, jika ada yang lain mohon dikongsi di ruangan komen.  Untuk perkenalkan huruf menggunakan kad imbas, ibu gunakan kad imbas huru

Bagaimana Hilangkan Kutu Rambut?

Apakah itu kutu rambut? Kutu kepala adalah serangga kecil yang tidak bersayap yang berwarna kelabu atau coklat. Ianya ialah parasit yang mendapat makanan dengan menghisap darah dari kulit kepala manusia.   Saiz kutu yang baru menetas adalah lebih kurang 1mm (lebih kurang saiz kepala jarum peniti), dan kutu penuh dewasa berukuran sekitar 3mm (kecil sedikit daripada saiz kepala mancis). Kutu kepala mengambil masa antara enam hingga 14 hari untuk menjadi penuh dewasa, kemudian betina akan melakukan hubungan jenis dan melahirkan telur di atas kulit kepala.  Telur, atau 'nit' dalam bahasa Inggeris berwarna putih-kuning. Kadangkala ianya disangkakan kelemumur, tetapi boleh dibezakan sebab ia melekat kepada rambut dan sukar untuk dilucutkan. Telur mengambil masa tujuh hingga 19 hari untuk menetas dan kulit telur melekat tinggal pada batang rambut. Kutu boleh hidup sampai 21 hari, dan betina dewasa boleh mengeluarkan sebanyak 56 telur dalam satu hubungan jenis.