Sep 3, 2010

Entry 2 Dalam 1

Rasa macam minggu ni dah nak raya sebab ramai yang apply cuti awal-awal lagi, 2 minggu cuti raya sakan. Semalam cuaca tenang sahaja, pagi tadi langit cerah dan diselaputi awan tapi bukan hari mendung, apakah petanda malam LailatulQadar? hari ini pun cuaca sedang-sedang elok saja, tidak terlalu panas dan tidak mendung, nyaman sahaja di rumah.

Tadi bercakap bab misi, semalam misi buat Kuih Seri Muka berjaya, hari ni ibu nak try buat Ketupat Sotong. Uh kenapa bila puasa ni macam-macam makanan timbul? Kuatnya nafsu makan, yang peliknya kuih yang tak pernah buat sebelum ni boleh pulak buat di bulan puasa ni. Misi berbuka dan masak di rumah juga berjaya, setakat ini hanya 2kali beli makanan luar buat berbuka, iftar di luar memang tak ada lah, tak ada orang nak offer dah.

Panjang nya mukaddimah, entry 1 pasal kad raya from Aida, terima kasih banyak. Sempat aja buat kad raya kan?


Entry ke-2 pasal tag from MamaYatie ni, ramah benor ke ibu ni?


Soalan yang kena jawab, apakah makanan kegemaran waktu berbuka dan bersahur;
Banyak tu 7 makanan, ok ibu beri 3 bersahur dan 4 berbuka...

Bersahur
- Susu Kambing Hiraq
- Kurma
- Makanan yang mengenyangkan, biasanya yang berasaskan nasi atau dengan kata lainnya nasi, hehe

Berbuka
- Kurma
- Kuih yang manis-manis, lompat tikam (ni bukan gaduh tapi nama kuih), seri muka, koleh kacang
- Air Teh 'O' memang nyaman dapat minum ni masa berbuka, bagus untuk kurangkan lemak.. hehe
- Makanan yang mengenyangkan, biasanya juga nasi atau dengan kata lain sama seperti di atas.

Untuk tag, ibu anggap semua yang datang ke sini tidak kira anda tinggalkan komen atau tidak, semunya baik-baik dan friendly. Ramai yang datang tapi tidak tinggalkan komen, boleh ibu tahu kenapa? Sila tinggalkan komen... hehe

Ok misi Ketupat Sotong akan bermula....

Pic from here

Pernah makan tak ketupat sotong, orang Kelantan dan Terengganu jangan cakaplah. Sotong yang diisi dengan beras pulut dan dimasak dengan kuah santan. Siapa yang nak try meh sini....

8 comments:

  1. sedapnya sutun tersebut akak..sesungguhnya saya sedang lapa.. : P

    ReplyDelete
  2. dah lama tak makan ketupat sotong.. ni yg rindu dgn mcm2 makanan ganu ni

    ReplyDelete
  3. amirah,
    haa sedang lapa.... apakah...?

    ReplyDelete
  4. Nur,
    buatlah Nur, sene jah buatnyo... sayo pun baru try hari ni... harap jadi lar

    ReplyDelete
  5. Kakyong,
    kalu rindu kena buat, kalu taknak buat, kena gi ganu...hehe

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails