Skip to main content

Hari Dapur Tidak Berasap

Siapa cakap ibu ni rajin masak, hari-hari masak? Ada juga datang cik mahmood (mood malas) tak berasap juga dapur ni. Mujur cik mahmood itu datang tidaklah terlalu kerap jika tidak bankrupt juga abah sebab kami anak beranak memang suka makan dan makan banyak haha

Hari Sabtu haritu ibu tak masak, berbuka dengan KFC, abah lar teringin.. hehe siap bagi note 50 minta belikan barrel lagi, kita ni cuma berlima jer (umar tu makan ciput jer ayam). Oleh yang demikian, ibu belilah bucket yang ada 9 ketul ayam, whipped potato, cheesy wedges dan udang celup tepung tu (apa namanya..Hot & Spicy Shrimp).

Udang tu kami tak sempat merasa sebab anak-anak dah habiskan dulu sebelum berbuka, pedas aiesyah cakap, tapi dalam pedas tu mintak lagi dan lagi. Ayam 9 ketul sedang elok aje, Hakim dan Aiesyah 1 ketul seorang, ibu 3 ketul yang kecik-kecik jer (taknak mengaku makan banyak) dan abah 3 ketul yang besar-besar dan 1 ketul simpan sahur.


Memang berbuka tak makan nasi kami hari tu, hari Ahad ibu masak Ayam Serai dan Puding Roti Caramel, Isnin pun masak, semalam tak masak. Teringin nak makan ayam golek, seekor RM18 tapi tak terasa sangat rempahnya;

Beli sup tapi cairnya tak terasa sup, kut masuk air hujan tak tahulah sebab petang semalam hujan kat sini. Itu yang abah cakap, ni kalu masak lagi puas hati. Memang betul pun, sebab peniaga di bazar ramadhan ni ramai yang nak kaut untung saja, lebih baik beli di tempat yang kita biasa dan sudah tahu expectation untuk makanan tersebut.

Ibu ni kalau teringin nak makan sesuatu, ibu dah terbayang rupa dan wajahnya, jika yang dapat lain dari apa yang duk terbayang memang lar frust. Yang seronoknya semalam dapat cendol hijau, dapat juga akhirnya selepas beberapa hari duk teringin. Dah pasang niat kalu tak jumpa jugak cendol memang nak buat sendiri.

Disebabkan beras pulut ada sikit lagi, ibu ingat nak buat Kuih Seri Muka ni esok. Semua bahan ada kecuali santan, jadi kena kirim abah belikan santan kejap lagi.

Gambar dan resepi diambil dari Hanieliza's Cooking

Anda berbuka apa hari ni? Kalau tak masak, apa yang anda suka beli?

Comments

  1. kak, saya pun malas nak masak harini..takde mood langsung

    ReplyDelete
  2. saya pulak dah masak rendang daging bajet 3 hari makan...wakakakakaka....masak nasik aje...nak balik kampungggggggggggggggggg

    **apa motif ngamuk kat blog org ni??

    ReplyDelete
  3. Smlm sgt teringin mkn nasi ambeng.. tgk shamsul@bazaar punya pasal la nih.. Hari nih InsyaAllah, akan yan carik di ceruk mana yg jual nasi ambeng.. uhuhuhu

    ReplyDelete
  4. kakyong pun mood malas memasak 2-3 hari ni.. bukan nak balik kg ke hape.. tp memang selera xde, so nak makan pun tak kena selera..

    mujur le ade kedai yg biasa masak lauk sedap2.. beli utk 1 mangkuk tp tak habis pun.. punyalah mood takde selera nak makan..

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Teknik Cepat Membaca: Cara Mudah Mengajar Anak Membaca

Hakim mula belajar secara formal semasa usianya 5 tahun, buku Bacalah Anakku digunakan di sekolah dan juga di rumah untuk memperkenalkan anak dengan bunyi sukukata yang mudah mengikut teknik fonetik. Bila di rumah ibu sudah terbiasa mengenalkan anak-anak dengan huruf menyebabkan anak keliru untuk sebut 'a' dengan A atau aaa. Bila anak dihantar ke taska, guru taska tanya Buku Anakku buku ke berapa? Ibu menjawab 'emm 2 ke 3? Isk nampak sangat ibu ni tidak prihatin dengan tahap kemahiran anak sendiri, malu sendiri jadinya. Bukan tidak peduli langsung tapi terlalai dengan kerja seharian (konon sibuk sangat) sampai terlupa nak cek buku anak-anak termasuk iqra'. Mana boleh macam ni? Takkan nak biarkan anak belajar 100% di sekolah dan taska sahaja? Apa yang aku lakukan sebagai ibu di rumah? Sibuk sangat kah? Ibu mula memeriksa bacaan Hakim, mulakan dari buku 1. baru lah ibu tahu bahawa anak ibu lebih kepada menghafal sebab terlalu sedikit latihan. Bila ibu tu

Mengajar Anak Mengenal Huruf Hijaiyah

Set Lengkap Mengajar Anak Kecil Membaca Mengenal huruf hijaiyah adalah perkara asas apabila belajar mengaji Quran. Bila kenal huruf kemudian baru belajar bunyi bacaan mengikut baris. sudah pandai baca baru belajar tajwid.  Sama seperti membaca, sekarang ada kaedah yang mengajar bunyi bacaan dahulu kemudian baru kenal huruf. Sama seperti kaedah fonik dalam Bahasa Melayu. Ibu lebih suka perkenalkan anak-anak dengan huruf-huruf hijaiyah dahulu. Belajar melalui lagu dan kad imbas adalah lebih mudah untuk anak-anak ibu. Contohnya lagu Alif Ba Ta yang banyak ada di Youtube. Ibu muat turun sahaja dan pasang di laptop hampir setiap hari. Bukan untuk anak yang baru belajar, anak yang sudah pandai mengaji pun akan ikut sama menyanyi. Lagu Alif Ba Ta yang mudah dan senang diikuti adalah seperti ini [Klik di sini] Ini yang paling jelas sebutan, jika ada yang lain mohon dikongsi di ruangan komen.  Untuk perkenalkan huruf menggunakan kad imbas, ibu gunakan kad imbas huru

Bagaimana Hilangkan Kutu Rambut?

Apakah itu kutu rambut? Kutu kepala adalah serangga kecil yang tidak bersayap yang berwarna kelabu atau coklat. Ianya ialah parasit yang mendapat makanan dengan menghisap darah dari kulit kepala manusia.   Saiz kutu yang baru menetas adalah lebih kurang 1mm (lebih kurang saiz kepala jarum peniti), dan kutu penuh dewasa berukuran sekitar 3mm (kecil sedikit daripada saiz kepala mancis). Kutu kepala mengambil masa antara enam hingga 14 hari untuk menjadi penuh dewasa, kemudian betina akan melakukan hubungan jenis dan melahirkan telur di atas kulit kepala.  Telur, atau 'nit' dalam bahasa Inggeris berwarna putih-kuning. Kadangkala ianya disangkakan kelemumur, tetapi boleh dibezakan sebab ia melekat kepada rambut dan sukar untuk dilucutkan. Telur mengambil masa tujuh hingga 19 hari untuk menetas dan kulit telur melekat tinggal pada batang rambut. Kutu boleh hidup sampai 21 hari, dan betina dewasa boleh mengeluarkan sebanyak 56 telur dalam satu hubungan jenis.