Aug 29, 2010

Mencuba Resepi

Sekejap jer masa berlalu, tinggal beberapa hari lagi Ramadhan akan pergi meninggalkan kita, samada kita rebut peluang yang datang setahun sekali ini atau peluang ini berlalu begitu sahaja.

Tadi ibu duk belek-belek resepi puding roti, jumpa lah resepi Puding Roti Caramel ini


Menarikkan, ibu dah beli segala bahan-bahan yang diperlukan, dan masa ibu taip entry ini, puding roti caramel ibu sudah pun siap, tunggu petang sikit, keluarkan dari peti ais dan hiaskan dengan buah-buahan cocktail.

Menu asas untuk berbuka sudah tentulah nasi dan lauk-pauk, memandangkan kakak dan adik akan datang berbuka bersama keluarga kami petang ini, ibu teringin nak masak lauk yang lain daripada kebiasaan tetapi mudah dan simple.

Hari ini nak masak ayam pula, sudah banyak hari dengan menu ikan, ibu memang gemar dengan ikan sebab ada banyak jenis ikan dan boleh dipelbagaikan masakan. Ayam ni ibu fail sket, biasanya ayam ibu masak gulai/kari, masak merah atau goreng biasa sahaja.

Tadi ingat nak cuba rendang ayam cara Chef Liza, tapi melihatkan bahan-bahannya, ibu tukar pada Ayam Masak Serai yang sangat simple ini


Nampak menarikkan, ibu punya tak tahulah jadi menarik begini atau tidak. Sudah masak tapi nampaknya terlalu kering, ibu nak bagi berkuah sket sebab anak-anak suka kuah merah.

Ok lah nak sambung masak lagi, Umar pun sudah tidur, lauk lain kacang panjang dan tauge masak lemak, ikan goreng, ulam-ulaman cicah budu dan sambal tempoyak.

Air Sirap atau mungkin Sirap Bandung lagi sekali. Apa menu berbuka anda hari ini? Selamat berbuka.

10 comments:

  1. hari ni tak masak...satu hari jln cari daun kunyit takde..terus mood masak merudum...campur dgn ada bekal mertua bg smlm kerabu jantung dgn gulai ayam....sedap jugak

    ReplyDelete
  2. masuk sni terus rase xsaba nk berbuke..heeee~

    ReplyDelete
  3. Pija,
    Sedapnya kerabu jantung pisang... dah lama tak make :D

    ReplyDelete
  4. ribena.illina
    dah berbuka pun... alhamdulillah ;)

    ReplyDelete
  5. hr ni MIL masak Nasi Ayam Special dia. lps tu org sebelah bg kuih2 pulak. Alhamdulillah murah rezeki.

    ReplyDelete
  6. harini dah masak sup ayam ngan bubur kacang, tapi husben ajak makan ikan bakar..heheh..jd makann sahur jela

    ReplyDelete
  7. NUr,
    Nanti bolehlar share resepi Nasi Ayam Special tu.. saya dah lama tak buat nasi ayam.

    ReplyDelete
  8. amirah,
    Ikan bakar kat mana u amirah? Bestnya... bila lah hajat ibu nak ke Ikan Bakar Jeram, mungkin selepas raya nilah.

    ReplyDelete
  9. puding roti caramel tu sgt menguja...

    result gA dah kuor.. jgn lupa bg alamat ya..

    ReplyDelete
  10. kakyong,
    buat semalam jadi, ada lagi sket dlm peti ais tuk hari ni plak

    saya dah email tadi kakyong dapat tak...

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails