Sep 16, 2010

Hari Raya ke-8 atau Raya Enam

Bismillah

Cuti yang mengujakan bila dapat berada di kampung halaman tempat ibu membesar dengan riang bersama adik-beradik yang lain.

Kami dengan keluarga besar memang sentiasa meriah bila semuanya berkumpul di satu rumah. Pelbagai cerita, pelbagai gossip dan yang pasti kanak-kanak riang yang menggamatkan suasana.

Hakim terutamanya memang seronok sangat bermain dengan sepupunya sehingga lupa nak makan. Bila ditanya suka di kampung kerana ramai kawan katanya. Kadang kita pula yang rasa penat bila tengok anak-anak asyik bermain sepanjang masa, ada sahaja aktiviti mereka sehingga tidur pun bersama-sama.

Berbeza sedikit raya ini kerana mak dan ayah kami tiada di rumah untuk beraya bersama, walaupun begitu menu yang biasanya menjadi hidangan raya tetap ada, cuma kali ini semuanya diambil alih oleh kami sendiri.

Raya Pertama
Nasi Himpit dan kuah kacang, sate serta soto dengan begedil. Special sebab ada sate rusa.

Raya ke-2
Nasi Minyak

Raya ke-3
Bihun goreng

Raya ke-4
Laksa Penang

Raya ke-5
Nasi putih dengan sotong goreng, ikan dan sayur

Raya ke-6
Nasi berlauk (Nasi putih dengan lauk ikan tongkol, sambal dan ulam timun)

Raya ke-7
Laksam

Raya ke-8 (juga dikenali Raya Enam - hari raya bagi yang berpuasa sunat enam hari di bulan Syawal bermula raya ke-2 hingga raya ke-7)
Nasi putih, gulai ayam kampung, singgang daging, kerabu tauge, ikan tawar, sambal, budu dan ulaman.
Yang paling special sudah tentu gulai ayam kampung, ayam sembelih kat rumah sebab ini permintaan mak dan ayah yang nak makan bila sampai ke sini malam ini.
Yang ibu suka adalah singgang tulang/daging, susah nak jumpa kecuali musim raya qurban di kampung.

Wah Raya ke-8 memang sedikit meriah daripada raya yang lain sebab
- Raya Enam
- Kesyukuran (sempena kepulangan kedua orang tua kami)

Waktu ibu tulis entry ini, mak dan ayah sedang menunggu masa untuk berangkat dari Yaman ke KLIA, InsyaAllah dijangka tiba pada petang ini di KLIA dan bertolak ke Pengkalan Chepa malam ini. Doakan perjalanan mak dan ayah ibu yer.

Gambar semuanya ibu ambil dari En. Google.

6 comments:

  1. Anie dah habis puasa 6 ke? Sy tak mula pun lg. ingat Isnin dpn baru nak mula.

    ReplyDelete
  2. selamat hari raya anie..mak ayah dah smp kg ker?semoga selamat hendaknya..

    bestnya singgang daging, rasanya dah dkt 10thn tak merasa, nak buat tak reti..ada resepi?hehe..

    saya pun blm start pose 6..insyaallah nak start isnin dpn

    ReplyDelete
  3. kakyong pun belum sempat pose 6... isnin ni baru nak mula...

    ingatkan tu seme foto sendiri.. rupanya rembatan dr en google

    ReplyDelete
  4. Nur,
    Saya pun belum mula puasa syawal lagi... bag rehat dulu ni...

    ReplyDelete
  5. Mamayatie,
    Alhamdulillah semuanya selamat....

    Singgang daging nanti saya letak resepi, plan nak buat juga sendiri kat sini.

    ReplyDelete
  6. Kakyong,
    bila dah sibuk di dapur dan anak2, dah lupa camera di mana kakyong, hehe
    sib baik ada cik google.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails