Skip to main content

Lepas Geram di Pagi Hari

Haritu tu ibu ada tanya pasal nak guna courier service yang mana kan? Ibu dah register dengan Skynet selepas tu, walaupun agak mahal sedikit berbanding Poslaju ibu tidak kisah bayar lebih sikit jika service mereka bagus. Ibu charge dengan customer RM7 untuk penghantaran, sedangkan charge yang Skynet kenakan ialah RM7.50.

Disebabkan cuti yang panjang minggu lepas, Nuzul Quran bersambung dengan Sabtu dan Ahad, maka banyaklah parcel yang perlu dihantar. Awal pagi Isnin ibu minta Skynet datang ambilkan barang, sekali tunggu punya tunggu punya tunggu sampai pukul 5 petang tak datang-datang. Aik ni sudah pelik, bila ibu call tanya kenapa tak datang pick up diorang cakap ada masalah sikit dan minta ibu consider untuk pick up hari Rabu.

Ikutkan memang geram juga sebab kalu ada problem nak pick up bagitau awal supaya ibu boleh pergi hantar sendiri ke office Skynet. Ok Sabar.....


Hari Rabu Skynet boy datang ambil barang, nampak agak susah juga dia nak menyusun barang sebab ambil guna motosikal, dengan parcel yang agak banyak. Ibu dah budget Hari Rabu hantar, Khamis parcel akan sampai pada customer, tetapi meleset sebab Khamis petang ada customer sms cakap barang belum sampai, ok cuba tunggu Jumaat.

Semalam (Jumaat) masih ada cstomer yang sms cakap parcel mereka belum sampai.... aih takkan lama benor nak kata jauh kat Selangor jer, kawasan agak pendalaman ibu gunakan khidmat Poslaju sebab Skynet charge sampai RM16 untuk kawasan jauh dari bandar.

Banyak-banyak parcel yang dihantar hari Rabu, ada 2 customer bagitau parcel diorang sampai Jumaat, ada 1 yang belum dapat parcel lagi (semalam sms ibu). Yang lain senyap ajer, tidak pasti status (harap semua sudah selamat). Tengok dalam tracking record semua dan out for delivery hari Khamis lagi, tetapi barang tak sampai pada customer... apa cerita ni Skynet?

Belum sampai sebulan ibu guna service dah jadi macam ini, lagi sekali berlaku memang ibu akan tutup akaun dan cari courier service yang lain.

Masih ada parcel yang berbaki semalam ibu akan gunakan Poslaju Isnin ini, merajuk sekejap dengan Skynet. Binatang dipegang pada tali, manusia dipegang pada janji. Moto Skynet Fast, Accurate, Reliable.... kotakan!

Comments

  1. kakyong tak penah guna skynet.. so xleh nak compare..

    tp penah terkena dgn kanggaroo.. dr kajang ke ipoh, amik masa 3 hari.. maksudnya hari ke4 baru sampai ke tgn kakyong.. boleh depa bg alasan lori dah penuh.. pastu bukannya depa naikkan ke next day., 2 hari lepas tu baru naik.. itu pun lepas dah jenuh call ipoh, call kajang... hampeh..

    ReplyDelete
  2. ada tag contest.. due esok..
    http://www.kakyong.com/2010/09/contest-birthday-khalis.html

    ReplyDelete
  3. Kakyong,
    Saya haritu ingat nak guna kangaroo tapi bila ada member cakap ada brg dia hilang... terus batalkan niat.

    ReplyDelete
  4. huhu.. tension kan
    kalau dah merajuk dgn skynet, anie try guna gdex pulak
    so far utk hantar documents, my clinic guna gdex.. rm5 jer sekali hantar

    ReplyDelete
  5. h4n13,
    GDEX saya dah tanya haritu mahal juga kalu parcel rm7 belum masuk cost handling dan tax... saya dah apply juga untuk poslaju, tapi belum dapat jawapan.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Teknik Cepat Membaca: Cara Mudah Mengajar Anak Membaca

Hakim mula belajar secara formal semasa usianya 5 tahun, buku Bacalah Anakku digunakan di sekolah dan juga di rumah untuk memperkenalkan anak dengan bunyi sukukata yang mudah mengikut teknik fonetik. Bila di rumah ibu sudah terbiasa mengenalkan anak-anak dengan huruf menyebabkan anak keliru untuk sebut 'a' dengan A atau aaa. Bila anak dihantar ke taska, guru taska tanya Buku Anakku buku ke berapa? Ibu menjawab 'emm 2 ke 3? Isk nampak sangat ibu ni tidak prihatin dengan tahap kemahiran anak sendiri, malu sendiri jadinya. Bukan tidak peduli langsung tapi terlalai dengan kerja seharian (konon sibuk sangat) sampai terlupa nak cek buku anak-anak termasuk iqra'. Mana boleh macam ni? Takkan nak biarkan anak belajar 100% di sekolah dan taska sahaja? Apa yang aku lakukan sebagai ibu di rumah? Sibuk sangat kah? Ibu mula memeriksa bacaan Hakim, mulakan dari buku 1. baru lah ibu tahu bahawa anak ibu lebih kepada menghafal sebab terlalu sedikit latihan. Bila ibu tu

Mengajar Anak Mengenal Huruf Hijaiyah

Set Lengkap Mengajar Anak Kecil Membaca Mengenal huruf hijaiyah adalah perkara asas apabila belajar mengaji Quran. Bila kenal huruf kemudian baru belajar bunyi bacaan mengikut baris. sudah pandai baca baru belajar tajwid.  Sama seperti membaca, sekarang ada kaedah yang mengajar bunyi bacaan dahulu kemudian baru kenal huruf. Sama seperti kaedah fonik dalam Bahasa Melayu. Ibu lebih suka perkenalkan anak-anak dengan huruf-huruf hijaiyah dahulu. Belajar melalui lagu dan kad imbas adalah lebih mudah untuk anak-anak ibu. Contohnya lagu Alif Ba Ta yang banyak ada di Youtube. Ibu muat turun sahaja dan pasang di laptop hampir setiap hari. Bukan untuk anak yang baru belajar, anak yang sudah pandai mengaji pun akan ikut sama menyanyi. Lagu Alif Ba Ta yang mudah dan senang diikuti adalah seperti ini [Klik di sini] Ini yang paling jelas sebutan, jika ada yang lain mohon dikongsi di ruangan komen.  Untuk perkenalkan huruf menggunakan kad imbas, ibu gunakan kad imbas huru

Bagaimana Hilangkan Kutu Rambut?

Apakah itu kutu rambut? Kutu kepala adalah serangga kecil yang tidak bersayap yang berwarna kelabu atau coklat. Ianya ialah parasit yang mendapat makanan dengan menghisap darah dari kulit kepala manusia.   Saiz kutu yang baru menetas adalah lebih kurang 1mm (lebih kurang saiz kepala jarum peniti), dan kutu penuh dewasa berukuran sekitar 3mm (kecil sedikit daripada saiz kepala mancis). Kutu kepala mengambil masa antara enam hingga 14 hari untuk menjadi penuh dewasa, kemudian betina akan melakukan hubungan jenis dan melahirkan telur di atas kulit kepala.  Telur, atau 'nit' dalam bahasa Inggeris berwarna putih-kuning. Kadangkala ianya disangkakan kelemumur, tetapi boleh dibezakan sebab ia melekat kepada rambut dan sukar untuk dilucutkan. Telur mengambil masa tujuh hingga 19 hari untuk menetas dan kulit telur melekat tinggal pada batang rambut. Kutu boleh hidup sampai 21 hari, dan betina dewasa boleh mengeluarkan sebanyak 56 telur dalam satu hubungan jenis.