Skip to main content

Misi Berjaya

Misi apa yang berjaya ni? Misi mendapatkan kereta BMW 7 series inikah?


Oh... oh belum lagi, sebelum misi kereta kita mulakan dengan misi umrah dan misi menjana pendapatan dahulu. Ada misi yang kecil2 telah berjaya tidak usah dicerita disini kerana lebih bersifat peribadi :D

Siapa tidak kenal dengan Prof Dr. Hassan Yacob ini, pengasas Gamat Healin, dan kereta BMW 7 series yang ibu nampak semalam adalah kereta beliau. Secara kebetulan ibu singgah di House of Healin untuk dapatkan barang dan Prof ada di dalam kedai, buat lawatan outlet katanya. Prof sungguh peramah, kelihatan jauh lebih muda dari gambar di sebelah

Sangat teruja bila berjumpa dengan orang yang berjaya seperti beliau, memberi inspirasi dan motivasi. Jika ibu hendak hasilkan produk sendiri, apakah produk itu?

Prof. minta ibu cuba Multisphere Sunscreen ini, sangatlah cantik bila dipakai dan yang penting tidak perlu pakai bedak lagi, harganya RM150 for 35gm.


Sambung balik bab misi tadi, jadi apa misi anda untuk tahun depan, 5 tahun akan datang, dan bila pencen nanti? Misi boleh dipecahkan kepada beberapa sub-misi, seperti misi dari segi kewangan contohnya hendak mempunyai simpanan tetap RM400 sebulan, jadi mingguan menyimpan RM100 secara tetap, masukkan dalam tabung yang tidak boleh dibuka (cuma boleh dipecahkan) dan tabung mestilah mahal dan cantik supaya anda berasa sangat sayang untuk memecahnya (sebagai contoh)

Misi dari segi kesihatan untuk mencapai berat ideal selepas setahun (12 bln) iaitu 48kg, berat sekarang 60kg hendak kurangkan dalam 12kg, sebulan turun 1kg dengan cara kurangkan makan nasi gantikan dengan oat di waktu sahur dan sarapan pagi, berjalan walkaton bukan blogwalking ajer 2 kali seminggu selama 20 minit di hujung minggu. (Owh misi ini tiada dalam senarai misi-misi yang perlu ibu capai).

Bila misi sudah tercapai jangan lupa ganjaran utnuk diri sendiri, beli pakaian yang sesuai dengan berat badan baru sangat menggembirakan, atau jika misi tabungan anak berjaya, berikan hadiah seperti ini;

Memang teruja bila dapat beg cantik seperti ini, sesiapa yang teringin nak dapatkan beg ini boleh contact ibu.

Ok apa misi anda sekarang?

Comments

  1. hihi..misi mmg byk..
    yg sdg kuat diusahakan saya pun nak turun berat badan -back to berat ideal..skrg ni duk kat level sipi2 nak masuk kategori obes..huhu

    ReplyDelete
  2. MamaYatie,
    biar benar tie nampak biasa jer... saya pernah juga dulu nak turun ke 47 tapi lepas timbang rosak, terus lost count! hehe

    ReplyDelete
  3. misi tabung tu mcm bagus la wan anie. hmmmm mcm nak buat la.... hmmmmm

    ReplyDelete
  4. siyes anie..hr tur wat medical check up..huhu..

    nnt singgah umah saya amik award yer..
    http://dis-mysimpleworld.blogspot.com/2010/09/friendly-blogger-award.html

    ReplyDelete
  5. byk misi nih kak wan.. tp yg penting misi nk mencarik nasi ambeng tak jumpe2 lg...:-)

    ReplyDelete
  6. Aida,
    elok tu kalu buat... nak buat misi melancong pun boleh...

    ReplyDelete
  7. MamaYatie,
    ok tie saya singgah kejap lagi...

    ReplyDelete
  8. Qalesha,
    Balik kampung nanti jumpa tu... Selamat hari Raya Yan... bila nak jumpa kita yer

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Raikan Pelbagai Stail Belajar Anak-Anak

Ada banyak cara anak-anak kita belajar. Ada anak yang mudah menghafal, ada yang senang mengecam, ada pula yang ingat dengan pergerakan. Apabila kita kenal pasti anak jenis stail belajar yang bagaimana, maka lebih mudah kita menyusun aktiviti yang sesuai. Sebagai contoh anak yang suka bergerak, mesti banyakkan aktiviti yang melibatkan pergerakan fizikal. Melompat, berlari, berjalan, membaling atau menyambut bola pasti menyeronokkan bagi anak yang jenis belajar begini. Apabila mereka bergerak mereka lebih fokus. Yang penting anak-anak seronok belajar dan tidak rasa seperti sedang belajar pun. Adakah belajar membaca hanya duduk dan mengadap buku? Sudah tentu tidak! Apa yang menjadikan suatu sesi belajar itu menyeronokkan? Apabila ada penglibatan semua pihak. Guru dan pelajar atau ibu bapa dan anak-anak. Penglibatan anak-anak dan pelajar adalah lebih berbanding pendidik yang bertindak sebagai fasilitator. Jadikan sesi pembelajaran suatu yang bemakna, anak seronok, ibu b...

Teknik Cepat Membaca: Cara Mudah Mengajar Anak Membaca

Hakim mula belajar secara formal semasa usianya 5 tahun, buku Bacalah Anakku digunakan di sekolah dan juga di rumah untuk memperkenalkan anak dengan bunyi sukukata yang mudah mengikut teknik fonetik. Bila di rumah ibu sudah terbiasa mengenalkan anak-anak dengan huruf menyebabkan anak keliru untuk sebut 'a' dengan A atau aaa. Bila anak dihantar ke taska, guru taska tanya Buku Anakku buku ke berapa? Ibu menjawab 'emm 2 ke 3? Isk nampak sangat ibu ni tidak prihatin dengan tahap kemahiran anak sendiri, malu sendiri jadinya. Bukan tidak peduli langsung tapi terlalai dengan kerja seharian (konon sibuk sangat) sampai terlupa nak cek buku anak-anak termasuk iqra'. Mana boleh macam ni? Takkan nak biarkan anak belajar 100% di sekolah dan taska sahaja? Apa yang aku lakukan sebagai ibu di rumah? Sibuk sangat kah? Ibu mula memeriksa bacaan Hakim, mulakan dari buku 1. baru lah ibu tahu bahawa anak ibu lebih kepada menghafal sebab terlalu sedikit latihan. Bila ibu tu...

Contest - Aksi Si Comel

02 - 20 Nov 2009 HADIAH UTAMA Voucher membeli-belah di Comel Lote Collections bernilai RM50 + Sehelai t-shirt muslimah untuk ibu ditaja oleh Muslimah Online Shop (bernilai RM40 ) 2 HADIAH SAGUHATI Voucher membeli-belah di Comel Lote Collections bernilai RM10 setiap seorang. SYARAT-SYARAT PENYERTAAN 1. Jadi follower blog ini dan blog 2 penaja contest, add 2 penaja contest dalam blog list anda 2. Letak banner contest ini di blog entry & sidebar dan link kan ke entry ini . Copy html code di sidebar dan tukar width mengikut kesesuaian blog anda. 3. Buat 1 entry dalam blog anda bertajuk Contest - Aksi Si Comel 4. Masukkan 1 gambar si comel anda di dalam entry tersebut. Nyatakan nama , tarikh lahir , umur dan aksi apakah yang dilakukan si comel (mengikut kreativiti anda) 5. Si comel anda MESTI lah berusia 1 hari - 4 tahun . 6. Berikan 1 cadangan/idea bagaimana Comel Lote Collections dan Muslimah Online Shop boleh memberi keistimewaan kepada followers / pelangga...