Skip to main content

Avent Manual Pump

Hari ni ibu nak kongsi pasal breastpump yang ibu guna ie Avent manual pump ni.


Breastpump (BP) ini ibu beli semasa Aiesyah 2 bulan, baru start keje masa tu kebetulan ada yang nak jual masih baru lagi jadi ibu beli dengan harga RM110.

Beberapa hari lepas masa tengah seronok mengepam tiba-tiba... bub! star valve ni tercabut, kena buka betulkan dan pam semula, sekali jadi lagi.....  memang sangat menguji bila tengah seronok mengepam, star valve ni tercabut. Untuk elakkan berulang ibu cuba juga pam dengan agak perlahan, hilang skill dah nak pam guna tangan. (dulu masa Hakim guna tangan ajer sampai 5-6 bulan)


Rupanya ini common problem yang berlaku pada Avent Manual Pump ni bila dah lama guna, masa survey kedai online yang jual star valve ni, terjumpa blog Aishah yang beritahu better gantikan Avent white star valve dengan Avent BP valve.

So semalam dah beli kat KS online dengan harga RM19.90 dan harapnya terima hari ini.

BP suatu yang sangat penting bila ibu-ibu berhasrat untuk menyusukan anak selama mungkin dan memastikan bekalan tidak putus ie susu tidak kurang. Jika anak berada bersama ibu 24 jam itu tak payah BP pun tak mengapa. Stock EBM ibu memang cukup makan sahaja sekarang, Alhamdulillah Umar hanya minum 1 x 4oz susu sahaja bila di taska sebab Umar memang selera makan. Tapi bila di rumah asyik melekat ajer lah.

Ibu akan bertahan dengan BP ini sehingga Umar 2 tahun, jika ada rezeki baby baru mungkin akan consider to have new BP.

Comments

  1. saya punya dah lama terbiar..tapi best juga guna avent manual ni

    ReplyDelete
  2. amirah,
    kenapa terbiar... mesti ada bp yang lagi best nih, share...

    ReplyDelete
  3. saya bakal perlu BP... jadi kumpul info dulu...

    ReplyDelete
  4. sedey la kalo sebut pasal bf ni..mysara kejap jer bf..tak smp 4 bulan, pastu dia sendiri refused.frust betul..

    ReplyDelete
  5. Izzatul Iman,
    terima kasih sudi komen kat sini..... perlu banyak buat survey sebelum decide tuk guna bp yang mana, tanya pendapat ibu-ibu di luar sana...

    ReplyDelete
  6. MamaYatie,
    takpe tie.... InsyaAllah mana tahu rezeki anak ke-4 hua hua :D

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Teknik Cepat Membaca: Cara Mudah Mengajar Anak Membaca

Hakim mula belajar secara formal semasa usianya 5 tahun, buku Bacalah Anakku digunakan di sekolah dan juga di rumah untuk memperkenalkan anak dengan bunyi sukukata yang mudah mengikut teknik fonetik. Bila di rumah ibu sudah terbiasa mengenalkan anak-anak dengan huruf menyebabkan anak keliru untuk sebut 'a' dengan A atau aaa. Bila anak dihantar ke taska, guru taska tanya Buku Anakku buku ke berapa? Ibu menjawab 'emm 2 ke 3? Isk nampak sangat ibu ni tidak prihatin dengan tahap kemahiran anak sendiri, malu sendiri jadinya. Bukan tidak peduli langsung tapi terlalai dengan kerja seharian (konon sibuk sangat) sampai terlupa nak cek buku anak-anak termasuk iqra'. Mana boleh macam ni? Takkan nak biarkan anak belajar 100% di sekolah dan taska sahaja? Apa yang aku lakukan sebagai ibu di rumah? Sibuk sangat kah? Ibu mula memeriksa bacaan Hakim, mulakan dari buku 1. baru lah ibu tahu bahawa anak ibu lebih kepada menghafal sebab terlalu sedikit latihan. Bila ibu tu

Mengajar Anak Mengenal Huruf Hijaiyah

Set Lengkap Mengajar Anak Kecil Membaca Mengenal huruf hijaiyah adalah perkara asas apabila belajar mengaji Quran. Bila kenal huruf kemudian baru belajar bunyi bacaan mengikut baris. sudah pandai baca baru belajar tajwid.  Sama seperti membaca, sekarang ada kaedah yang mengajar bunyi bacaan dahulu kemudian baru kenal huruf. Sama seperti kaedah fonik dalam Bahasa Melayu. Ibu lebih suka perkenalkan anak-anak dengan huruf-huruf hijaiyah dahulu. Belajar melalui lagu dan kad imbas adalah lebih mudah untuk anak-anak ibu. Contohnya lagu Alif Ba Ta yang banyak ada di Youtube. Ibu muat turun sahaja dan pasang di laptop hampir setiap hari. Bukan untuk anak yang baru belajar, anak yang sudah pandai mengaji pun akan ikut sama menyanyi. Lagu Alif Ba Ta yang mudah dan senang diikuti adalah seperti ini [Klik di sini] Ini yang paling jelas sebutan, jika ada yang lain mohon dikongsi di ruangan komen.  Untuk perkenalkan huruf menggunakan kad imbas, ibu gunakan kad imbas huru

Bagaimana Hilangkan Kutu Rambut?

Apakah itu kutu rambut? Kutu kepala adalah serangga kecil yang tidak bersayap yang berwarna kelabu atau coklat. Ianya ialah parasit yang mendapat makanan dengan menghisap darah dari kulit kepala manusia.   Saiz kutu yang baru menetas adalah lebih kurang 1mm (lebih kurang saiz kepala jarum peniti), dan kutu penuh dewasa berukuran sekitar 3mm (kecil sedikit daripada saiz kepala mancis). Kutu kepala mengambil masa antara enam hingga 14 hari untuk menjadi penuh dewasa, kemudian betina akan melakukan hubungan jenis dan melahirkan telur di atas kulit kepala.  Telur, atau 'nit' dalam bahasa Inggeris berwarna putih-kuning. Kadangkala ianya disangkakan kelemumur, tetapi boleh dibezakan sebab ia melekat kepada rambut dan sukar untuk dilucutkan. Telur mengambil masa tujuh hingga 19 hari untuk menetas dan kulit telur melekat tinggal pada batang rambut. Kutu boleh hidup sampai 21 hari, dan betina dewasa boleh mengeluarkan sebanyak 56 telur dalam satu hubungan jenis.