Skip to main content

Betul ke anak ke-3 lebih manja dengan ibu? Rasanya betul...

Siapa kat sini merupakan anak ke-3?

Betul ke ramai yang cakap anak ke-3 lebih manja dengan ibu? Hanya anak no. 3 dan ibunya sahaja yang tahu jawapannya. Cuba ibu-ibu perhatikan, ada atau tidak ciri-ciri ini pada anak no. 3?
- Sentiasa nak melekat dengan ibu
- Ibu buat kerja sambil dokong anak
- Anak tidak mahu bersama orang lain jika ibunya ada walaupun abah sendiri
- Bila ibu duduk, anak akan datang dan melentokkan kepala ke riba ibu, duduk di ribaan atau melentok ke bahu

Masa kakak ibu mendapat anak ke-3 3 tahun yang lepas;

Ibu: Kenapa achik manja sangat, dukung jer....
Kakak: Tak tahu lar, tapi ramai kawan-kawan cakap anak mereka yang no. 3 pun macam ni..
Ibu: Iyeke?

Bila ibu mendapat anak ke-3, Umar ibu dapat rasa yang memang betul cakap kakak ibu dulu. Manja dalam erti kata sentiasa hendak bersama ibunya.... melekap jer.

Jika dinilai pada anak ke-3 ibu mungkin disebabkan beberapa faktor;

Umar hanya dijaga ibu sejak lahir sehingga 12 bulan

Umar yang tidak pernah berenggang dengan ibu sejak lahir sehingga usianya setahun barulah ibu hantar Umar ke taska untuk bersama kakaknya Aiesyah bermain dan belajar. Sehingga ke hari ini apabila Umar merasa akan ditinggalkan dia akan menangis setiap pagi apabila kereta bergerak dan ibu melambai dari pagar rumah dengan sebak.

Janganlah menangis wahai anakku sebab setiap kali mendengar tangisan ibu juga turut sebak. Kadang-kadang tangisannya berpanjangan sehingga ke taska. Ibu kalau boleh nak elak dari menghantar sendiri anak ke taska kerana ibu rasa macam nak ambil balik anak dan bawa balik.

Menyusu badan sepenuhnya

Jika anak yang lain sudah berhenti menyusu ketika usia mereka setahun, tapi Umar ni agak special sebab masih menyusu sepenuhnya sehingga sekarang. Ibu ingin menyusukan Umar dan adiknya (jika ada lagi) sehingga usia 2 tahun. Mungkin juga disebabkan faktor penyusuan susu ibu anak menjadi lebih mesra dengan ibu dan sentiasa ingin bersama ibunya. Bila sudah penat bermain akan datang merengek sambil menyelak-nyelak, jika Hakim sudah pandai ambil air minum sendiri dan Aiesyah akan minta dengan abah biasanya (anak manja abah ni)

Itu 2 faktor terbesar yang ibu fikir menyumbang kepada kemanjaan anak ke-3 ibu ni.

Ini pula antara sifat-sifat 'kemanjaan' yang ada pada anak ke-3 ibu;

1. Sentiasa mahukan ibu walaupun abah ada bersama, bila mood riang sahaja akan pergi kepada abah.
2. Bila hendak tidur atau lapar, memang akan datang kepada ibu
3. Walaupun sedang leka bermain, bila perasan jer ibu hilang dari pandangan, akan mencari dan menangis.
4. Sentiasa hendak berteman

Anak ke-3 memang macam ni ker?

Comments

  1. eliss pun anak no 3. tapi anak abah :p

    ReplyDelete
  2. yer la kot...mysara tu pun macam baby koala dah..esp kalo jumper org tak kenal..peluk leher mama cam koala peluk dahan pokok..huhu

    ReplyDelete
  3. ermm.. muhammad adalah anak ke 3, rasanya dia sedikit berdikari tetapi masih terserlah manja dia tu.. anak2 kak latie sama jer rasanya dari segi manja masing2 tu...

    ReplyDelete
  4. tak tahu nak cakap sbb belum dpt anak no 3. hehe. tapi adik sy yg anak no 3, kira manja jugak dgn arwah ma.

    ReplyDelete
  5. elissmie,
    wah ni special manja dengan abah.... anak pompuan sulong ke eliss ni? selalu anak pompuan pertama akan manja dengan ayah..... biasanya tapi tidak semua :D

    ReplyDelete
  6. MamaYatie,
    macam sama jer dengan Umar..... kalu malam tu memang macam kanggaroo da.... x nak tidur bawah pun... huhu

    ReplyDelete
  7. Ummumishkah,
    rasanya jika anak ke-3 adalah anak lelaki sulong lain pula perangainya... sebab dia lelaki pertama, macam anak sedara ani....

    ReplyDelete
  8. Nur,
    cepat dapatkan yg no. 3, jika yg ke-3 girl mesti lebih manja sket, tapi jika boy lain lar manjanya sebab anak lelaki sulong.... takleh manja sgt.

    ReplyDelete
  9. kakyong ade adik beradik 10 orang & adik no4 (anak ke4) adalah kemanjaan mak.. sampai skrg ni..

    ReplyDelete
  10. kakyong,
    lain pula yer... maybe applicable tuk anak saya jer....

    itu anak mak sayang.....

    ReplyDelete
  11. samal a... anak sumi yg ke tiga..sampai la nie masih menyusu lagi..hehhe


    Sumijelly.com

    ReplyDelete
  12. k.sumi,
    sama eh? rasanya anak ke-3 manja jika sama jantina dengan anak pertama dan kedua atau yang di atas sepasang kut.... hehe

    ReplyDelete
  13. Anak i pn sama..tp anak sulungla..adakah krn dia bf, dia xnak pd org lain kecuali umi, abi dan nanny dia shj..tgk blh, pegang jgn..nangis mcm kena pukul je..

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Teknik Cepat Membaca: Cara Mudah Mengajar Anak Membaca

Hakim mula belajar secara formal semasa usianya 5 tahun, buku Bacalah Anakku digunakan di sekolah dan juga di rumah untuk memperkenalkan anak dengan bunyi sukukata yang mudah mengikut teknik fonetik. Bila di rumah ibu sudah terbiasa mengenalkan anak-anak dengan huruf menyebabkan anak keliru untuk sebut 'a' dengan A atau aaa. Bila anak dihantar ke taska, guru taska tanya Buku Anakku buku ke berapa? Ibu menjawab 'emm 2 ke 3? Isk nampak sangat ibu ni tidak prihatin dengan tahap kemahiran anak sendiri, malu sendiri jadinya. Bukan tidak peduli langsung tapi terlalai dengan kerja seharian (konon sibuk sangat) sampai terlupa nak cek buku anak-anak termasuk iqra'. Mana boleh macam ni? Takkan nak biarkan anak belajar 100% di sekolah dan taska sahaja? Apa yang aku lakukan sebagai ibu di rumah? Sibuk sangat kah? Ibu mula memeriksa bacaan Hakim, mulakan dari buku 1. baru lah ibu tahu bahawa anak ibu lebih kepada menghafal sebab terlalu sedikit latihan. Bila ibu tu

Mengajar Anak Mengenal Huruf Hijaiyah

Set Lengkap Mengajar Anak Kecil Membaca Mengenal huruf hijaiyah adalah perkara asas apabila belajar mengaji Quran. Bila kenal huruf kemudian baru belajar bunyi bacaan mengikut baris. sudah pandai baca baru belajar tajwid.  Sama seperti membaca, sekarang ada kaedah yang mengajar bunyi bacaan dahulu kemudian baru kenal huruf. Sama seperti kaedah fonik dalam Bahasa Melayu. Ibu lebih suka perkenalkan anak-anak dengan huruf-huruf hijaiyah dahulu. Belajar melalui lagu dan kad imbas adalah lebih mudah untuk anak-anak ibu. Contohnya lagu Alif Ba Ta yang banyak ada di Youtube. Ibu muat turun sahaja dan pasang di laptop hampir setiap hari. Bukan untuk anak yang baru belajar, anak yang sudah pandai mengaji pun akan ikut sama menyanyi. Lagu Alif Ba Ta yang mudah dan senang diikuti adalah seperti ini [Klik di sini] Ini yang paling jelas sebutan, jika ada yang lain mohon dikongsi di ruangan komen.  Untuk perkenalkan huruf menggunakan kad imbas, ibu gunakan kad imbas huru

Bagaimana Hilangkan Kutu Rambut?

Apakah itu kutu rambut? Kutu kepala adalah serangga kecil yang tidak bersayap yang berwarna kelabu atau coklat. Ianya ialah parasit yang mendapat makanan dengan menghisap darah dari kulit kepala manusia.   Saiz kutu yang baru menetas adalah lebih kurang 1mm (lebih kurang saiz kepala jarum peniti), dan kutu penuh dewasa berukuran sekitar 3mm (kecil sedikit daripada saiz kepala mancis). Kutu kepala mengambil masa antara enam hingga 14 hari untuk menjadi penuh dewasa, kemudian betina akan melakukan hubungan jenis dan melahirkan telur di atas kulit kepala.  Telur, atau 'nit' dalam bahasa Inggeris berwarna putih-kuning. Kadangkala ianya disangkakan kelemumur, tetapi boleh dibezakan sebab ia melekat kepada rambut dan sukar untuk dilucutkan. Telur mengambil masa tujuh hingga 19 hari untuk menetas dan kulit telur melekat tinggal pada batang rambut. Kutu boleh hidup sampai 21 hari, dan betina dewasa boleh mengeluarkan sebanyak 56 telur dalam satu hubungan jenis.