Skip to main content

Rutin Saya

Saya ada bermacam corak dan warna yang menarik, mempunyai lapisan yang lembut di dalam dan lapisan kalis air di luar. Saya boleh digunakan dari saiz S hingga ke L dan ada yang XL. Dalam masa 3 tahun ini saya telah punya 2 tuan. Dulu tuan saya adalah puteri yang cantik manis ini, sudah lebih setahun puteri ini telah tinggalkan saya. Kadang-kadang saya hanya digunakan bila malam, kadang-kadang tidak digunakan langsung.


Owh tidak mengapa sebab saya telah ada tuan baru, sudah lebih setahun saya setia dengan tuan baru saya ini, cuma sekarang ini tuan muda saya selalu nak buang saya, tak mahu pakai saya. Inilah Tuan Kecik saya sekarang, hensem tak?


Tuan kecik saya sudah pandai menapak tapi lebih suka merangkak lagi, padahal dah banyak step boleh jalan cuma agak slow sket lah, nanti bila Tuan Kecik saya sudah pandai ke toilet, sudah tentu saya akan disimpan di dalam box atau mungkin saya akan digunakan untuk tuan baby atau mungkin juga saya akan berpindah kepada tuan lain yang baru, ada sesiapa yang nakkan saya tak? Sekarang ini jika saya jenis velcro maka senanglah Tuan Kecik buka dan tinggalkan saya merata tapi tidak jika saya snap button.

Rutin saya bermula jam 8 pagi setiap hari bila Tuan Kecik saya hendak ke nursery, saya di masukkan ke dalam beg hijau ini bersama baju Tuan kecik, biasanya saya diletakkan bersama 3 - 4 kawan yang lain dalam beg nursery ini. Biasanya saya dan kawan-kawan hanya digunakan 2 atau 3 sahaja.


Tidak jemu bersama dengan Tuan kecik, saya akan ikut pulang ke rumah Tuan Kecik bila abah Tuan kecik datang ambil tapi kali ini saya telah diasingkan ke dalam 1 wetbag yang lain. Pada waktu petang saya agak lemas sebab dimasukkan dalam beg kuning yang tertutup begini bersama kawan-kawan yang amatlah tidak wangi, bersaing bersama baju kotor dalam wetbag yang satu lagi.


Sampai sahaja di rumah barulah boleh bernafas sikit bila saya dikeluarkan dari wetbag dan diletakkan di dalam besen, tunggu masa untuk dicuci. Biasanya selepas 2 hari saya akan dicuci, wah leganya sebab tiada lagi bau yang tidak menyenangkan hidung saya ni. Pening juga diputar di dalam mesin basuh.


Kemudian saya dan kawan-kawan akan dijemur di ampaian di bawah terik matahari untuk mengembalikan warna putih berseri saya. Saya rasa seperti baru, tersangat seperti baru terutama apabila saya direndamkan di dalam air yang dicampurkan sedikit cuka.


Sesudah diangkat saya akan di simpan di dalam almari bersama insert yang dimasukkan ke dalam poket saya. Sekarang saya sudah bersedia untuk rutin yang sama.

Comments

  1. umar dah pandai bukak sendiri CD?hahaha..jgn buat kat depan gefren tau umar..nanti gefren lari2 takut..hehe

    ReplyDelete
  2. comey sngt n3 ni..tp byk info...tq

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Teknik Cepat Membaca: Cara Mudah Mengajar Anak Membaca

Hakim mula belajar secara formal semasa usianya 5 tahun, buku Bacalah Anakku digunakan di sekolah dan juga di rumah untuk memperkenalkan anak dengan bunyi sukukata yang mudah mengikut teknik fonetik. Bila di rumah ibu sudah terbiasa mengenalkan anak-anak dengan huruf menyebabkan anak keliru untuk sebut 'a' dengan A atau aaa. Bila anak dihantar ke taska, guru taska tanya Buku Anakku buku ke berapa? Ibu menjawab 'emm 2 ke 3? Isk nampak sangat ibu ni tidak prihatin dengan tahap kemahiran anak sendiri, malu sendiri jadinya. Bukan tidak peduli langsung tapi terlalai dengan kerja seharian (konon sibuk sangat) sampai terlupa nak cek buku anak-anak termasuk iqra'. Mana boleh macam ni? Takkan nak biarkan anak belajar 100% di sekolah dan taska sahaja? Apa yang aku lakukan sebagai ibu di rumah? Sibuk sangat kah? Ibu mula memeriksa bacaan Hakim, mulakan dari buku 1. baru lah ibu tahu bahawa anak ibu lebih kepada menghafal sebab terlalu sedikit latihan. Bila ibu tu...

Siapa nak Buku Perancangan Kewangan Keluarga? FREE jer...

Ini pertama kali saya bersiaran dari hp lama yg x berapa nak canggih ne :) tapi byk berjasa, taipan akan dteruskan walaupun ibu jari kontot ne da rasa nak krem haha kan best kalu dpt hp yg main touch2 je. Lupakan apa yg saya duk merapu tadi berbalik pada tujuan asal sy nak bg pada sesiapa shj yg berminat dgn buku perancangan kewangan keluarga yg dkeluarkan oleh bank negara. Saya percaya wanita aka ibu atau isteri adalah perancang kewangan terbaik sebuah keluarga ye lah selalunya wanita lah yg pandai beli brg time sale dan buat budget keluarga means byk mana belanja byk mana nak simpan nak dlaburkan dan sebagainya. Buku ni sgt berguna bagi saya dan mungkin juga bagi mereka yg mahu kewangan keluarga lebih teratur. Tawaran ini layak pada yg betul berminat sahaja jgn sebab free anda mahu tapi tidak berbuat apa2, baik dberikan pada yg betul2 nak. Gambar buku saya akan upload kemudian, sesiapa yg berminat bole tinggalkan komen dsini, nyatakan nama, email dan kenapa anda perlukan buku ini. ...

Contest - Aksi Si Comel

02 - 20 Nov 2009 HADIAH UTAMA Voucher membeli-belah di Comel Lote Collections bernilai RM50 + Sehelai t-shirt muslimah untuk ibu ditaja oleh Muslimah Online Shop (bernilai RM40 ) 2 HADIAH SAGUHATI Voucher membeli-belah di Comel Lote Collections bernilai RM10 setiap seorang. SYARAT-SYARAT PENYERTAAN 1. Jadi follower blog ini dan blog 2 penaja contest, add 2 penaja contest dalam blog list anda 2. Letak banner contest ini di blog entry & sidebar dan link kan ke entry ini . Copy html code di sidebar dan tukar width mengikut kesesuaian blog anda. 3. Buat 1 entry dalam blog anda bertajuk Contest - Aksi Si Comel 4. Masukkan 1 gambar si comel anda di dalam entry tersebut. Nyatakan nama , tarikh lahir , umur dan aksi apakah yang dilakukan si comel (mengikut kreativiti anda) 5. Si comel anda MESTI lah berusia 1 hari - 4 tahun . 6. Berikan 1 cadangan/idea bagaimana Comel Lote Collections dan Muslimah Online Shop boleh memberi keistimewaan kepada followers / pelangga...