Skip to main content

Apa Perasaan Bila Dah Berlatih tapi Tak Dapat Hadir Hari Pementasan

Punya lah panjang tajuk kali ini

Ini cerita si cilik Umar dan Aiesyah, hari ini ada pementasan taska dan persembahan pakaian beragam. Sudah berminggu Aiesyah berlatih menyanyi siap dengan gaya sekali, tetapi bila tiba harinya tak dapat hadir sebab chicken pox yang masih belum reda, penuh di muka dan badannya.

Setiap hari kami mendengar lagu yang Aiesyah nyanyi sehingga ibu, abah dan hakim pun boleh menghafal lirik lagunya. Jika diikutkan hari ini, anak-anak akan dihantar ke taska untuk persiapan pentas dan rehearsal, pelajar perempuan bergaya dengan baju muslimah dan lelaki dengan baju melayu lengkap dengan songkok.

Ibu sudah membayangkan Umar yang berjalan di pentas dengan baju melayu dan juga jubah, begitu juga Aiesyah dengan baju muslimah dan abaya siap dengan tudung syria yang ibu baru beli Isnin haritu.

Nampaknya tiada rezeki anak-anak untuk bergaya di pentas hari ni, jika berkesempatan kami nak bawa anak-anak melihat aksi teman taska mereka, bagi memenuhi hasrat Aiesyah yang nak melihat kawan-kawan memakai baju muslimah katanya.

Ibu gembira dengan perkembangan anak sejak ke taska 5 bulan yang lalu, hampir kesemua huruf dan nombor sudah dikenalpasti, bukan semua tapi kebanyakannya, begitu juga dengan iqra' tinggal beberapa helai lagi untuk habiskan iqra' 1.

Doa makan, doa masuk tandas, doa keluar tandas, doa tidur memang sudah boleh dibaca dengan baik. Agaknya jika anak di rumah dengan ibu mampu ke ibu mengajar semua itu? Walaupun sebenarnya tugas awal mendidik adalah di rumah tapi bila ke taska ibu cuma perlu asah apa yang telah anak belajar bersama guru dan rakan sebaya mereka, dan ini jauh lebih mudah berbanding semasa baru hendak mengenalkan mereka dengan iqra'.

Bukan itu sahaja, yang lebih penting, anak lebih mudah bergaul dan menunjukkan bakat tanpa malu dan segan silu, berani menonjolkan diri dan juga boleh mempertahankan diri bila dibuli (ini pun perlu jugak... hehe)

Kenapa ibu sudah melalut panjang, sebenarnya ibu nak beritahu bagus jika anak-anak ke taska ( dengan syarat taska yang dipilih hendaklah berdaftar dan memenuhi ciri-ciri taska yang anda mahukan) daripada anak bersama babysitter atau bibik di rumah dan menghabiskan masa dengan menonton tv dan bermain sahaja. Kecuali jika bibik atau babysitter meluangkan masa mengajar anak-anak setiap hari, itu dikira bonus.

Seeloknya cari taska yang ada playgroup untuk anak-anak 1 tahun ke atas, seawal usia anak-anak sudah belajar. Ada taska yang telah mengajar bayi mengenal huruf dengan menunjukkan flash card seawal usia bayi 2 bulan (lepas baru lepas pantang).

Cukup setakat ini, ada baik jika ada pihak lain yang mengambil alih tugas mengajar dan mendidik anak jika ibubapa terlalu sibuk dan tidak sempat untuk melakukannya. Bila di rumah, ibubapa cuma perlu praktikkannya (doa dan bacaan) dan luangkan masa untuk belajar bermain dengan anak-anak, bagi anak itu adalah masa bermain sambil belajar.

Comments

  1. kesiannye Hakim & Aisyah. takpela thn depan ada lg kan. Nur setuju yg taska lebih baik dr anak2 dijaga oleh babysitter. kalaulah kat Msia ni ada mcm kat NZ, babysitter pun kena ambik kursus2 ECE sblm dpt lesen menjaga kanak2 kan baik.

    ReplyDelete
  2. kecian aeisyah..takper..insyaallah thn depan boleh join..aisyah saya pun tngh praktis tuk 'konvo' taska permata hjg bulan depan. nurin jer, kesian sngt dia..tadika dia tak buat apa2 pun :(

    bagusnya taska tur..ada wat pementasan lagi..betul tu, kena cari taska yg bukan sekadar menjaga...saya dlm proses survey tadika + taska baru...

    ReplyDelete
  3. Nur,
    jika di malaysia babysitter kena ambil kursus ECE mungkin ramai makcik2 yg tak cukup makan agaknyer... ;-)

    ReplyDelete
  4. Yatie,
    Wah aiesyah ni aktif betul kan...? hehe takpe nurin tunggu tahun depan.... time cuti sekolah ni boleh ajak nurin join aktiviti playgroup kat mana2... macam yg AlimKids selalu buat tu....

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Teknik Cepat Membaca: Cara Mudah Mengajar Anak Membaca

Hakim mula belajar secara formal semasa usianya 5 tahun, buku Bacalah Anakku digunakan di sekolah dan juga di rumah untuk memperkenalkan anak dengan bunyi sukukata yang mudah mengikut teknik fonetik. Bila di rumah ibu sudah terbiasa mengenalkan anak-anak dengan huruf menyebabkan anak keliru untuk sebut 'a' dengan A atau aaa. Bila anak dihantar ke taska, guru taska tanya Buku Anakku buku ke berapa? Ibu menjawab 'emm 2 ke 3? Isk nampak sangat ibu ni tidak prihatin dengan tahap kemahiran anak sendiri, malu sendiri jadinya. Bukan tidak peduli langsung tapi terlalai dengan kerja seharian (konon sibuk sangat) sampai terlupa nak cek buku anak-anak termasuk iqra'. Mana boleh macam ni? Takkan nak biarkan anak belajar 100% di sekolah dan taska sahaja? Apa yang aku lakukan sebagai ibu di rumah? Sibuk sangat kah? Ibu mula memeriksa bacaan Hakim, mulakan dari buku 1. baru lah ibu tahu bahawa anak ibu lebih kepada menghafal sebab terlalu sedikit latihan. Bila ibu tu

Mengajar Anak Mengenal Huruf Hijaiyah

Set Lengkap Mengajar Anak Kecil Membaca Mengenal huruf hijaiyah adalah perkara asas apabila belajar mengaji Quran. Bila kenal huruf kemudian baru belajar bunyi bacaan mengikut baris. sudah pandai baca baru belajar tajwid.  Sama seperti membaca, sekarang ada kaedah yang mengajar bunyi bacaan dahulu kemudian baru kenal huruf. Sama seperti kaedah fonik dalam Bahasa Melayu. Ibu lebih suka perkenalkan anak-anak dengan huruf-huruf hijaiyah dahulu. Belajar melalui lagu dan kad imbas adalah lebih mudah untuk anak-anak ibu. Contohnya lagu Alif Ba Ta yang banyak ada di Youtube. Ibu muat turun sahaja dan pasang di laptop hampir setiap hari. Bukan untuk anak yang baru belajar, anak yang sudah pandai mengaji pun akan ikut sama menyanyi. Lagu Alif Ba Ta yang mudah dan senang diikuti adalah seperti ini [Klik di sini] Ini yang paling jelas sebutan, jika ada yang lain mohon dikongsi di ruangan komen.  Untuk perkenalkan huruf menggunakan kad imbas, ibu gunakan kad imbas huru

Bagaimana Hilangkan Kutu Rambut?

Apakah itu kutu rambut? Kutu kepala adalah serangga kecil yang tidak bersayap yang berwarna kelabu atau coklat. Ianya ialah parasit yang mendapat makanan dengan menghisap darah dari kulit kepala manusia.   Saiz kutu yang baru menetas adalah lebih kurang 1mm (lebih kurang saiz kepala jarum peniti), dan kutu penuh dewasa berukuran sekitar 3mm (kecil sedikit daripada saiz kepala mancis). Kutu kepala mengambil masa antara enam hingga 14 hari untuk menjadi penuh dewasa, kemudian betina akan melakukan hubungan jenis dan melahirkan telur di atas kulit kepala.  Telur, atau 'nit' dalam bahasa Inggeris berwarna putih-kuning. Kadangkala ianya disangkakan kelemumur, tetapi boleh dibezakan sebab ia melekat kepada rambut dan sukar untuk dilucutkan. Telur mengambil masa tujuh hingga 19 hari untuk menetas dan kulit telur melekat tinggal pada batang rambut. Kutu boleh hidup sampai 21 hari, dan betina dewasa boleh mengeluarkan sebanyak 56 telur dalam satu hubungan jenis.