Skip to main content

Banyak Rupanya Produk Olay Total Effect

Ibu ni agak ketinggalan keretapi jika bercakap bab kecantikan seperti ini, ibu pernah tengok iklan Total Effect dalam TV tapi ibu tak tahu pula rupanya Total Effect ni saja punya banyak produk.

Serious ibu ingat Total Effect 7-in-1 Anti Ageing ada satu produk ini jer

Pernah masa ibu ke pharmacy beberapa bulan dahulu ada Total Effect Facial Cleanser, cari toner tak ada lah pulak. 

Sebab banyak baca review positif tentang Olay Total Effect ni ibu teringin juga nak pakai disebabkan set skincare ibu telah habis beberapa minggu nan lalu dan sekarang ini ibu skincareless.....

Bila tengok produk apa yang sesuai untuk kulit ibu yang normal biasa-biasa saja ni, owh banyak rupanya... ada jenis Normal, ada Gentle, ada yang sekali dengan SPF, faudation pun ada pendek kata macam-macam jenis.


Pada yang telah guna produk Olay Total Effect ini silalah beri cadangan yang mana sesuai dan patut ibu gunakan.

Pada yang nak tengok produk baru atau nak jengah apa yang menarik dari Olay Total Effect boleh klik pada iklan yang terdapat di atas blog ini (jika ada) atau klik sini

Comments

  1. yela kak..saya pun tgk testimonial memng ok la olay ni..tapi saya tak sesuai..pakai je abis merah muka gatal2..

    ReplyDelete
  2. saya tak pernah pakai sbb byk dngr rumors kata produk olay ada plasenta..tak berani cuba..

    ReplyDelete
  3. tak pernah pakai produk ni
    hehehe

    ReplyDelete
  4. amirah,
    kesannya tak sama utk semua orang nampaknya...

    ReplyDelete
  5. MamaYatie,
    rumors bukan beul2 kan.. hikhik

    ReplyDelete
  6. rumors tentang tu dah lama... tak betul pun..

    kkakyong dari kampus guna olay... last setahun lepas guna olay total effect... sejak tak cukup duit ni, sejak setahun ni memang xde pakai apa2.. muka pun dah rasa cam mengerutu jer...

    tp kalo ade duit memang akan pilih olay.. dulu kini & selamanya olay... ;)

    ReplyDelete
  7. thanks kakyong, ni buat saya tak sabar nak pegi beli nih :)

    ReplyDelete
  8. saya pun pakai produk ni dah lama.so far ok je tapi produk ni takde toner.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Teknik Cepat Membaca: Cara Mudah Mengajar Anak Membaca

Hakim mula belajar secara formal semasa usianya 5 tahun, buku Bacalah Anakku digunakan di sekolah dan juga di rumah untuk memperkenalkan anak dengan bunyi sukukata yang mudah mengikut teknik fonetik. Bila di rumah ibu sudah terbiasa mengenalkan anak-anak dengan huruf menyebabkan anak keliru untuk sebut 'a' dengan A atau aaa. Bila anak dihantar ke taska, guru taska tanya Buku Anakku buku ke berapa? Ibu menjawab 'emm 2 ke 3? Isk nampak sangat ibu ni tidak prihatin dengan tahap kemahiran anak sendiri, malu sendiri jadinya. Bukan tidak peduli langsung tapi terlalai dengan kerja seharian (konon sibuk sangat) sampai terlupa nak cek buku anak-anak termasuk iqra'. Mana boleh macam ni? Takkan nak biarkan anak belajar 100% di sekolah dan taska sahaja? Apa yang aku lakukan sebagai ibu di rumah? Sibuk sangat kah? Ibu mula memeriksa bacaan Hakim, mulakan dari buku 1. baru lah ibu tahu bahawa anak ibu lebih kepada menghafal sebab terlalu sedikit latihan. Bila ibu tu

Mengajar Anak Mengenal Huruf Hijaiyah

Set Lengkap Mengajar Anak Kecil Membaca Mengenal huruf hijaiyah adalah perkara asas apabila belajar mengaji Quran. Bila kenal huruf kemudian baru belajar bunyi bacaan mengikut baris. sudah pandai baca baru belajar tajwid.  Sama seperti membaca, sekarang ada kaedah yang mengajar bunyi bacaan dahulu kemudian baru kenal huruf. Sama seperti kaedah fonik dalam Bahasa Melayu. Ibu lebih suka perkenalkan anak-anak dengan huruf-huruf hijaiyah dahulu. Belajar melalui lagu dan kad imbas adalah lebih mudah untuk anak-anak ibu. Contohnya lagu Alif Ba Ta yang banyak ada di Youtube. Ibu muat turun sahaja dan pasang di laptop hampir setiap hari. Bukan untuk anak yang baru belajar, anak yang sudah pandai mengaji pun akan ikut sama menyanyi. Lagu Alif Ba Ta yang mudah dan senang diikuti adalah seperti ini [Klik di sini] Ini yang paling jelas sebutan, jika ada yang lain mohon dikongsi di ruangan komen.  Untuk perkenalkan huruf menggunakan kad imbas, ibu gunakan kad imbas huru

Bagaimana Hilangkan Kutu Rambut?

Apakah itu kutu rambut? Kutu kepala adalah serangga kecil yang tidak bersayap yang berwarna kelabu atau coklat. Ianya ialah parasit yang mendapat makanan dengan menghisap darah dari kulit kepala manusia.   Saiz kutu yang baru menetas adalah lebih kurang 1mm (lebih kurang saiz kepala jarum peniti), dan kutu penuh dewasa berukuran sekitar 3mm (kecil sedikit daripada saiz kepala mancis). Kutu kepala mengambil masa antara enam hingga 14 hari untuk menjadi penuh dewasa, kemudian betina akan melakukan hubungan jenis dan melahirkan telur di atas kulit kepala.  Telur, atau 'nit' dalam bahasa Inggeris berwarna putih-kuning. Kadangkala ianya disangkakan kelemumur, tetapi boleh dibezakan sebab ia melekat kepada rambut dan sukar untuk dilucutkan. Telur mengambil masa tujuh hingga 19 hari untuk menetas dan kulit telur melekat tinggal pada batang rambut. Kutu boleh hidup sampai 21 hari, dan betina dewasa boleh mengeluarkan sebanyak 56 telur dalam satu hubungan jenis.