Skip to main content

Be Part of ChurpChurp Today!

Pernah tengok icon cute ni...


Ini icon bagi ChurpChurp satu komuniti baru adik beradik sepupu sepapat dengan Nuffnang. Sekarang ini setiap orang boleh dikatakan mempunyai akaun dengan Facebook atau Twiter atau keduanya sekali. Jika dah ada 2 akaun ini elok ditambah 1 akaun lagi dengan ChurpChurp.

Kenapa ChurpChurp?

Dapat ramai kawan, siapa yang suka tinggal dalam gua? Sila angkat jari.... sure taknaknya sebab dalam gua kita duk sorang mati kutu dibuatnya, kalau gua Ahmad Albab tu lain lah kan


Bila ramai kawan senang kita nak sebarkan maklumat, tentang apa sahaja tapi mestilah yang baik-baik jer. Sekali Churp jer semua kawan-kawan kita tahu yang kita nak belanja makan, sekali Churp jer semua kawan-kawan akan datang punya.

Tapi jangan ingat kawan dalam alam maya jer, jiran sebelah-sebelah pun kenalah jemput sama, ajak diorang join ChurpChurp!

Bila dah ada ramai kawan, senanglah kita nak beraktiviti seperti yang telah dijalankan oleh ChurpChurp sebelum ini, main layang-layang

Gambar sekadar hiasan

Lihat selanjutnya di sini.

Bila beramai-ramai kita menjadi satu komuniti yang kuat, kita melengkapi antara satu sama lain.


Dan tidak dilupakan sambil berChurpChurp kita boleh dapat duit.....


Ibu juga amatlah sukahati jika ChurpChurp dapat adakan aktiviti untuk anak-anak juga, supaya housewife blogger boleh turut serta dan bawa semua anak-anak.


So apa tunggu lagi, silalah register ChurpChurp sekarang dan jadi sebahagian dari komuniti ChurpChurp sekarang!


Anda akan mendapat assignment yang mudah dan setiap assignment yang disiapkan akan diberikan ganjaran.


Tak percaya tengok ni, ibu baru daftar pada 6 Nov 2010, dan mendapat assignment yang pertama esoknya, selepas seminggu ibu telah dapat 4 assignment dan earning yang ibu dapat setakat hari ini RM0.33. Ok lah tu kan daripada tiada langsung, sedikit-sedikit lama-lama jadi bukit, biar lambar asal selamat.


Senang sangat assignmentnya, Churp akan bagi kata kunci dan kita cuma kena Churpkan saja.

Siapa yg beribu followers dlm tweet sila lah register churp-churp supaya setiap tweet anda berhasil, bukan tweet dapat keluar bunyi jer tau tapi keluar duit skali.....

Ok apa tunggu lagi, masuk ChurpChurp dan klik I want to be a Churper sekarang

Siapa yang dah ada akaun Twiter jom lah kita follow each other, id ibu comellote79 or klik pada burung twitty yg comel di atas belah kanan blog ini.

Comments

  1. yes.. nanti kakyong add yer...
    lagi ramai kawan tweet lagi mahsyuk earning churpchurp...

    ReplyDelete
  2. thanks kakyong, nanti saya follow kakyong jugak :D

    ReplyDelete
  3. wah menarik ni.. Klu saya join nnt sy add awak juga..

    ReplyDelete
  4. Hanis jangan lupa yer add ibu, kita together gether :)

    ReplyDelete
  5. nampaknya kena register acc tweet la nih..hehe

    ReplyDelete
  6. dah join..
    tp tak paham.... churp2 punye assignment cemane nak tgk? xpnh dptpun

    ReplyDelete
  7. MamaYatie, jom ler kita ber tweet-tweet :)

    ReplyDelete
  8. Yan, ChurpChurp akan hantar email asignment yg perlu kita buat

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Teknik Cepat Membaca: Cara Mudah Mengajar Anak Membaca

Hakim mula belajar secara formal semasa usianya 5 tahun, buku Bacalah Anakku digunakan di sekolah dan juga di rumah untuk memperkenalkan anak dengan bunyi sukukata yang mudah mengikut teknik fonetik. Bila di rumah ibu sudah terbiasa mengenalkan anak-anak dengan huruf menyebabkan anak keliru untuk sebut 'a' dengan A atau aaa. Bila anak dihantar ke taska, guru taska tanya Buku Anakku buku ke berapa? Ibu menjawab 'emm 2 ke 3? Isk nampak sangat ibu ni tidak prihatin dengan tahap kemahiran anak sendiri, malu sendiri jadinya. Bukan tidak peduli langsung tapi terlalai dengan kerja seharian (konon sibuk sangat) sampai terlupa nak cek buku anak-anak termasuk iqra'. Mana boleh macam ni? Takkan nak biarkan anak belajar 100% di sekolah dan taska sahaja? Apa yang aku lakukan sebagai ibu di rumah? Sibuk sangat kah? Ibu mula memeriksa bacaan Hakim, mulakan dari buku 1. baru lah ibu tahu bahawa anak ibu lebih kepada menghafal sebab terlalu sedikit latihan. Bila ibu tu

Mengajar Anak Mengenal Huruf Hijaiyah

Set Lengkap Mengajar Anak Kecil Membaca Mengenal huruf hijaiyah adalah perkara asas apabila belajar mengaji Quran. Bila kenal huruf kemudian baru belajar bunyi bacaan mengikut baris. sudah pandai baca baru belajar tajwid.  Sama seperti membaca, sekarang ada kaedah yang mengajar bunyi bacaan dahulu kemudian baru kenal huruf. Sama seperti kaedah fonik dalam Bahasa Melayu. Ibu lebih suka perkenalkan anak-anak dengan huruf-huruf hijaiyah dahulu. Belajar melalui lagu dan kad imbas adalah lebih mudah untuk anak-anak ibu. Contohnya lagu Alif Ba Ta yang banyak ada di Youtube. Ibu muat turun sahaja dan pasang di laptop hampir setiap hari. Bukan untuk anak yang baru belajar, anak yang sudah pandai mengaji pun akan ikut sama menyanyi. Lagu Alif Ba Ta yang mudah dan senang diikuti adalah seperti ini [Klik di sini] Ini yang paling jelas sebutan, jika ada yang lain mohon dikongsi di ruangan komen.  Untuk perkenalkan huruf menggunakan kad imbas, ibu gunakan kad imbas huru

Bagaimana Hilangkan Kutu Rambut?

Apakah itu kutu rambut? Kutu kepala adalah serangga kecil yang tidak bersayap yang berwarna kelabu atau coklat. Ianya ialah parasit yang mendapat makanan dengan menghisap darah dari kulit kepala manusia.   Saiz kutu yang baru menetas adalah lebih kurang 1mm (lebih kurang saiz kepala jarum peniti), dan kutu penuh dewasa berukuran sekitar 3mm (kecil sedikit daripada saiz kepala mancis). Kutu kepala mengambil masa antara enam hingga 14 hari untuk menjadi penuh dewasa, kemudian betina akan melakukan hubungan jenis dan melahirkan telur di atas kulit kepala.  Telur, atau 'nit' dalam bahasa Inggeris berwarna putih-kuning. Kadangkala ianya disangkakan kelemumur, tetapi boleh dibezakan sebab ia melekat kepada rambut dan sukar untuk dilucutkan. Telur mengambil masa tujuh hingga 19 hari untuk menetas dan kulit telur melekat tinggal pada batang rambut. Kutu boleh hidup sampai 21 hari, dan betina dewasa boleh mengeluarkan sebanyak 56 telur dalam satu hubungan jenis.