Skip to main content

Hari Ini Dalam Sejarah 27.11.10 @ 20 Zulhijjah 1431

Sejarah hanya berlaku sekali dalam seumur hidup dan akan dikenang sampai bila-bila. Hari ini bakal menjadi sejarah bagi anak teruna ibu yang sulong ini kerana bakal dikhitankan bersama-sama lebih 150 yang lain.

Ibu fikir untuk masukkan nama Hakim dalam senarai peserta yang dikhitankan hari ini beramai-ramai supaya Hakim akan ingat ini sebagai sejarah dalam hidupnya. Biarlah hari ini menjadi antara hari yang istimewa baginya.


Muhammad Amirul Hakim, anak ibu yang berani dan cekal, semasa entri ini ditulis, jam 6.00 pagi Hakim telahpun bangun dan sudah siap mandi. Sungguh teruja dia hari ini tidak pernah ada dalam sejarah Hakim mandi jam 6 pagi sebelum ini.

Harapnya keterujaan sampai masa berkhatan nanti.

Disebabkan perserta diminta untuk berpakaian baju melayu lengkap, maka kami semua sedondon hari ni seperti beraya lagaknya.


Dan tempat ini bakal menyaksikan sejarah berlaku.

Mungkin juga disiarkan di media, anak bujang ibu mungkin antara paling kecil sebab peserta dibuka dari 6 - 12 tahun, Hakim baru 5 tahun 6 bulan.

Ini baru anak nak berkhatan, pun nak masuk majlis... macamana bila anak kahwin nanti yer... :)

Comments

  1. Selamat berkhitan utk Hakim. Kecik2 bersunat senang sikit.

    ReplyDelete
  2. tahniah...
    kakyong dari tahun lepas nak sunatkan fikri., tp ayahnye dok kata bior le beso.. walhal bersunat masa kecik lagi senang.... eiiii...

    ReplyDelete
  3. tahniah...mana gambar semasa majlis?

    ReplyDelete
  4. dah selamat ke blum ni? teruja nak dengar cite

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Teknik Cepat Membaca: Cara Mudah Mengajar Anak Membaca

Hakim mula belajar secara formal semasa usianya 5 tahun, buku Bacalah Anakku digunakan di sekolah dan juga di rumah untuk memperkenalkan anak dengan bunyi sukukata yang mudah mengikut teknik fonetik. Bila di rumah ibu sudah terbiasa mengenalkan anak-anak dengan huruf menyebabkan anak keliru untuk sebut 'a' dengan A atau aaa. Bila anak dihantar ke taska, guru taska tanya Buku Anakku buku ke berapa? Ibu menjawab 'emm 2 ke 3? Isk nampak sangat ibu ni tidak prihatin dengan tahap kemahiran anak sendiri, malu sendiri jadinya. Bukan tidak peduli langsung tapi terlalai dengan kerja seharian (konon sibuk sangat) sampai terlupa nak cek buku anak-anak termasuk iqra'. Mana boleh macam ni? Takkan nak biarkan anak belajar 100% di sekolah dan taska sahaja? Apa yang aku lakukan sebagai ibu di rumah? Sibuk sangat kah? Ibu mula memeriksa bacaan Hakim, mulakan dari buku 1. baru lah ibu tahu bahawa anak ibu lebih kepada menghafal sebab terlalu sedikit latihan. Bila ibu tu...

Siapa nak Buku Perancangan Kewangan Keluarga? FREE jer...

Ini pertama kali saya bersiaran dari hp lama yg x berapa nak canggih ne :) tapi byk berjasa, taipan akan dteruskan walaupun ibu jari kontot ne da rasa nak krem haha kan best kalu dpt hp yg main touch2 je. Lupakan apa yg saya duk merapu tadi berbalik pada tujuan asal sy nak bg pada sesiapa shj yg berminat dgn buku perancangan kewangan keluarga yg dkeluarkan oleh bank negara. Saya percaya wanita aka ibu atau isteri adalah perancang kewangan terbaik sebuah keluarga ye lah selalunya wanita lah yg pandai beli brg time sale dan buat budget keluarga means byk mana belanja byk mana nak simpan nak dlaburkan dan sebagainya. Buku ni sgt berguna bagi saya dan mungkin juga bagi mereka yg mahu kewangan keluarga lebih teratur. Tawaran ini layak pada yg betul berminat sahaja jgn sebab free anda mahu tapi tidak berbuat apa2, baik dberikan pada yg betul2 nak. Gambar buku saya akan upload kemudian, sesiapa yg berminat bole tinggalkan komen dsini, nyatakan nama, email dan kenapa anda perlukan buku ini. ...

Contest - Aksi Si Comel

02 - 20 Nov 2009 HADIAH UTAMA Voucher membeli-belah di Comel Lote Collections bernilai RM50 + Sehelai t-shirt muslimah untuk ibu ditaja oleh Muslimah Online Shop (bernilai RM40 ) 2 HADIAH SAGUHATI Voucher membeli-belah di Comel Lote Collections bernilai RM10 setiap seorang. SYARAT-SYARAT PENYERTAAN 1. Jadi follower blog ini dan blog 2 penaja contest, add 2 penaja contest dalam blog list anda 2. Letak banner contest ini di blog entry & sidebar dan link kan ke entry ini . Copy html code di sidebar dan tukar width mengikut kesesuaian blog anda. 3. Buat 1 entry dalam blog anda bertajuk Contest - Aksi Si Comel 4. Masukkan 1 gambar si comel anda di dalam entry tersebut. Nyatakan nama , tarikh lahir , umur dan aksi apakah yang dilakukan si comel (mengikut kreativiti anda) 5. Si comel anda MESTI lah berusia 1 hari - 4 tahun . 6. Berikan 1 cadangan/idea bagaimana Comel Lote Collections dan Muslimah Online Shop boleh memberi keistimewaan kepada followers / pelangga...