Skip to main content

Sarapan Mudah dan Ringkas Bagi Ibu yang Sibuk

Waktu pagi adalah waktu paling genting bagi ibu bekerja, walaupun banyak perkara yang perlu diuruskan, sarapan jangan dilupakan. Sarapan waktu pagi boleh mengekalkan kecergasan sepanjang hari.

Ini antara resepi sarapan pagi yang ibu selalu buat di rumah ini, ringkas tetapi tetap mengenyangkan dan menarik hati anak-anak untuk makan sebelum keluar ke sekolah/taska.

1. Scrambled Egg Dengan roti

Picture hasil Google

Buat scrambled egg, sapukan roti dengan sedikir mentega, letak scrambled egg kat dalam dan tabur sedikit lada sulah/lada hitam, letak sos, mayonis, cheese jika perlu. Sudah siap!

2. Frankfurter Bakar Dengan Roti

Bakar frankfurter dalam oven atau bakar atas pan sekejap dengan butter. Letakkan atas roti, letak sos dan mayonis, juga cheese jika mahu.

3. Sandwich

Asingkan isi ikan sardin dengan kuahnya, hancurkan isi masak sekejap dalam kuali, letak sedikit garam dan perahan asam limau, letak hirisan cili jika mahu. Sapu roti dengan butter, letak sardin dan potong roti. Siap!

4. Tuna dan Roti

Sediakan tuna dalam tin, sapukan roti dengan butter, letakkan tuna dan mayonis, potong roti dan siap!

5. Roti Bakar dan Jem


Bakar roti menggunakan toaster. Sapu butter dan letakkan sedikit jem atau kaya atau madu. Siap!

6. Roti dan Butter

Ini paling ringkas, hanya sapukan roti dengan butter dan taburkan sedikit gula. Potong dan siap!

7. Roti cicah Air

Sediakan air koko panas, kopi atau teh dan dicelup dengan roti dan makan.



Sarapan roti yang senang dan ringkas cukup untuk 6 hari. Apa yang perlu disediakan adalah roti, frankfurter, telur, sardin dan tuna dalam tin, jem, madu, butter (atau planta), sos dan mayonis.

Jika di rumah ini, hari-hari roti pun tidak mengapa cuma biasanya ibu akan selang seli dengan mee goreng, nasi goreng, atau nasi lemak.

Selamat bersarapan!

Comments

  1. Wan - saya makan kat opis je hehehe.. tak sempat pun nak buat semua tu kecuali buat secawan neslo yg dikongsi bersama hasben dan kadang2 kalau ada roti sempat sapu jem/kaya je makan sekeping sorang !!

    ReplyDelete
  2. anak-anak saya kalo wat roti+scramble egg..dia org buka roti kutip telur ajer..huhu

    ReplyDelete
  3. sy pon mkn kt opis je..nnt nk cuba la,nmpk senang je..tq for sharing..

    ReplyDelete
  4. semua tu best best!!! :D simple, tp tu la yg sedap makan panas2 pagi2 :)

    ReplyDelete
  5. kakyong pun cam tu jugak.. cuma no5 tu tak jalan la utk anak2 kakyong... huhuu..

    dan memamng x leh hari2 roti... kena selang-seli.. anak2 dah pandai request skrg ni nak makan apa... paling best bila depa nak nasi lemak opah.. heheh.. senang ibu, x yah sesusah siapkan bfast.. ;)

    ReplyDelete
  6. k.pnut,
    boleh buat air tu dah kira bagus...

    ReplyDelete
  7. MamaYatia,
    Anak-anak ni pun macam tu jugak kadang2, so far hakim takde masalah makan pagi.... roti kosong pun dia rembat :)

    ReplyDelete
  8. azni,
    cubalah, waktu makan pagi ni boleh pesan apa2 yg patut pada anak2...

    ReplyDelete
  9. Syigim,
    memang betul, bila dah sejuk apapun tak best..... huhu

    ReplyDelete
  10. Kakyong,
    saya pun pernah sekali buat no. 5 tu asalnya ke rumah kawan dan dia hidang roti mentega+gula, anak saya makan syiok jer... tu yg saya buat.... mujur anak2 saya jenis tak memilih kakyong.

    untungnya kalu orang tua duk dekat kan.....

    ReplyDelete
  11. Sarapan penting untuk otak dan tenaga. At least minum susu dgn cereal utk anak2..

    ReplyDelete
  12. Sarapan penting untuk otak dan tenaga. At least minum susu dgn cereal utk anak2..

    ReplyDelete
  13. Setuju dengan ibnuamsyar, seboleh mungkin biar anak-anak dan suami keluar rumah dengan perut terisi setiap pagi :)

    Cereal dan susu paling mudah disediakan, anak-anak ibu cukup suka, cuma kosnya kurang suka... huhu

    ReplyDelete
  14. Wahhh terima kasih menu sarapannya bisa dicoba nih :) Kalau boleh sharing sy jg ada tips2 untuk menu sarapan yg praktis bisa buka blog sy di www.healthyslim.weebly.com

    ReplyDelete
  15. Cuba 'cocoa banana smoothie'

    Overripe pisang + 1 cup susu low-fat + 1 sudu teh koko....blend semuanya...inshaAllah kenyang tuk masa yang panjang :)

    http://jumnutriblog.blogspot.com/2013/06/meal-shakes.html

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Teknik Cepat Membaca: Cara Mudah Mengajar Anak Membaca

Hakim mula belajar secara formal semasa usianya 5 tahun, buku Bacalah Anakku digunakan di sekolah dan juga di rumah untuk memperkenalkan anak dengan bunyi sukukata yang mudah mengikut teknik fonetik. Bila di rumah ibu sudah terbiasa mengenalkan anak-anak dengan huruf menyebabkan anak keliru untuk sebut 'a' dengan A atau aaa. Bila anak dihantar ke taska, guru taska tanya Buku Anakku buku ke berapa? Ibu menjawab 'emm 2 ke 3? Isk nampak sangat ibu ni tidak prihatin dengan tahap kemahiran anak sendiri, malu sendiri jadinya. Bukan tidak peduli langsung tapi terlalai dengan kerja seharian (konon sibuk sangat) sampai terlupa nak cek buku anak-anak termasuk iqra'. Mana boleh macam ni? Takkan nak biarkan anak belajar 100% di sekolah dan taska sahaja? Apa yang aku lakukan sebagai ibu di rumah? Sibuk sangat kah? Ibu mula memeriksa bacaan Hakim, mulakan dari buku 1. baru lah ibu tahu bahawa anak ibu lebih kepada menghafal sebab terlalu sedikit latihan. Bila ibu tu

Mengajar Anak Mengenal Huruf Hijaiyah

Set Lengkap Mengajar Anak Kecil Membaca Mengenal huruf hijaiyah adalah perkara asas apabila belajar mengaji Quran. Bila kenal huruf kemudian baru belajar bunyi bacaan mengikut baris. sudah pandai baca baru belajar tajwid.  Sama seperti membaca, sekarang ada kaedah yang mengajar bunyi bacaan dahulu kemudian baru kenal huruf. Sama seperti kaedah fonik dalam Bahasa Melayu. Ibu lebih suka perkenalkan anak-anak dengan huruf-huruf hijaiyah dahulu. Belajar melalui lagu dan kad imbas adalah lebih mudah untuk anak-anak ibu. Contohnya lagu Alif Ba Ta yang banyak ada di Youtube. Ibu muat turun sahaja dan pasang di laptop hampir setiap hari. Bukan untuk anak yang baru belajar, anak yang sudah pandai mengaji pun akan ikut sama menyanyi. Lagu Alif Ba Ta yang mudah dan senang diikuti adalah seperti ini [Klik di sini] Ini yang paling jelas sebutan, jika ada yang lain mohon dikongsi di ruangan komen.  Untuk perkenalkan huruf menggunakan kad imbas, ibu gunakan kad imbas huru

Bagaimana Hilangkan Kutu Rambut?

Apakah itu kutu rambut? Kutu kepala adalah serangga kecil yang tidak bersayap yang berwarna kelabu atau coklat. Ianya ialah parasit yang mendapat makanan dengan menghisap darah dari kulit kepala manusia.   Saiz kutu yang baru menetas adalah lebih kurang 1mm (lebih kurang saiz kepala jarum peniti), dan kutu penuh dewasa berukuran sekitar 3mm (kecil sedikit daripada saiz kepala mancis). Kutu kepala mengambil masa antara enam hingga 14 hari untuk menjadi penuh dewasa, kemudian betina akan melakukan hubungan jenis dan melahirkan telur di atas kulit kepala.  Telur, atau 'nit' dalam bahasa Inggeris berwarna putih-kuning. Kadangkala ianya disangkakan kelemumur, tetapi boleh dibezakan sebab ia melekat kepada rambut dan sukar untuk dilucutkan. Telur mengambil masa tujuh hingga 19 hari untuk menetas dan kulit telur melekat tinggal pada batang rambut. Kutu boleh hidup sampai 21 hari, dan betina dewasa boleh mengeluarkan sebanyak 56 telur dalam satu hubungan jenis.