Dec 12, 2010

Perangai Pelik Anak

Tadi ibu terbaca entry Sue lunatots menceritakan tentang anaknya yang suka 'meraba'. Kisah Sue mengingatkan ibu kepada perangai pelik anak ibu si Hakim ketika usia 3-4 tahun.

Sentiasa ingin berdamping, bukan sahaja perlu duduk di sebelah ketika menonton tv tapi dengan paksa rela kami (ibu atau abah) memberikan tangan kepadanya untuk dia pegang dan gosok.

Ibu risau dengan perangai pelik Hakim ketika itu, jika pegang tangan sahaja mungkin tidak mengapa, tetapi ibu akan termarah apabila terkena bahagian lain yang tidak sepatutnya. Sebagai wanita sudah tentu kita merasa tidak selesa dan agak merimaskan apabila keadaan begitu berlaku berulangkali walaupun anak sendiri (lelaki pulak tu) dan juga risau jika anak berperangai pelik di luar tabii.

Walau sering diberitahu berulang-ulang, Hakim tetap juga begitu bukan sahaja dengan ibu tetapi juga abah. Kini diusia 5 tahun lebih perangai tersebut sudah tiada lagi, ibu juga sudah lupa bila ia berakhir.

Apakah itu salah satu perkembangan anak seusia itu? Atau mungkin anak ingin memberitahu bahawa 'wahai ibu, belailah daku' :)

Jika ada buku yang menceritakan berkenaan perangai pelik anak-anak semasa perkembangan mereka, nescaya ibu akan cari waktu itu. Jika ada rancangan yang ceritakan tentang perkembangan anak-anak dari A-Z sudah tentu ibu ingin merakamkannya.

Ibu tidak akan tahu jika ibu sendiri tidak mengalaminya, pengalaman sesuatu yang tidak boleh dibeli. Terima kasih kepada anak yang memberikan ibu ruang untuk mendapat sedikit ilmu. Terlalu banyak perkara yang ibu belajar daripada kamu anak-anak ibu yang sangat ibu hargai.

Sekarang diusia 5 tahun 6 bulan, Hakim berada di dunianya yang penuh dengan aksi yang kadang-kadang agak mengelirukan. Dulu ibu gelakkan anak buah, sekarang anak sendiri pula.

Anak anda ada perangai pelik macam ni tak? Jom kita kongsi supaya ada yang boleh jadikan panduan atau sekurang-kurangnya sambil membaca sambil berkata 'Oo.... rupanya anak orang lain pun sama...."

Hagemaru yang berperangai pelik :D

5 comments:

  1. salam...nabila pun kdg2 buat perangai pelik.dia suka tampar punggung org.agaknya sb org suka tampar punggung dia kot.

    ReplyDelete
  2. macam2 perangai pelik anak2 ni kan? Memang boleh dibukukan :)

    ReplyDelete
  3. nurin- smp hari ni masih suka gigit apa yg ada kat tangan..habit sbb kecik2 dulu isap puting kosong kot..

    nadira-ni ada lagi habit 'meraba'-biasa kot bg budak2 yg BF smp 2 thn..gian..haha

    mysara-takleh tidur TANPA pegang kain,tak kira la napkin ker selimut ker..

    isk,mcm2 la kan..

    ReplyDelete
  4. Alyeeya suka tarik rambut atau bulu mata hehehe... Sofea pulak asal ada puting botol, kosong pun tak per. Syahirah...mmm...rasanya tak de mende lak..

    ReplyDelete
  5. lain anak lain perangai mereka..begitu juga saya yg punyai anak 5 ni..mcm2 perangai..anak yg ke 3 laaa yg byk skit kena bebel...hyper sgt...

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails