Skip to main content

Bila Lama Tak Update Blog

Tangan kaku tidak tahu apa yang hendak ditaip
Mata pejam celik pejam celik memandang skrin
Otak ligat berputar mencari idea.... apa yang hendak ditulis?

Memang sudah kaku :) jangan dihitung berapa lama ibu tidak update blog sebab memang dah lama :D

Sudah hampir sebulan kami pindah di rumah baru dan sebab itu talian internet terputus kerana rumah baru tiada line telefon juga streamyx. Ibu ada gunakan Digi Broadband tapi alahai faham-faham lar, jangan kata 3G, Edge pun tak nampak batang hidung. Alhamdulillah dapat online dengan jayanya selepas subscribe Celcom Broadband dengan menggunakan modem yang sama.

Digi Broadband ibu perlu bayar RM70 sebulan, guna atau tidak itu belakang cerita, kerana setiap bulan mahu atau tidak tetap juga kena bayar RM70. Dengan celcom Broadband ibu jimat RM2 :) RM68 sebulan. Oh bukan itu sahaja ibu juga jimat RM110 sebab sudah terminate line streamyx, dan dengan rasminya ibu tiada talian fax di rumah :(

Ibu juga gunakan mobile data dengan bayaran RM68 sebulan, ini lebih kepada untuk check dan reply email yang masuk, kadang-kadang untuk fb tapi jarang sekali buka blog atau search kecuali perkara yang penting sahaja, kelajuan yang tidak seberapa dan bateri yang cepat merah. Emm phone apa yang paling sesuai digunakan untuk data dengan kelajuan yang ok dan tahap ketahanan bateri yang lebih tinggi? Siapa boleh bagi cadangan sila sila isikan kotak komen :D

2 hari ni ibu ambil masa untuk berehat dan perhatikan sekeliling rumah yang penuh dengan kotak yang masih penuh isi perutnya.

Gambar sekadar hiasan sahaja :)

Comments

  1. ait wan, dah pindah ye... update la gambo hehehe

    ReplyDelete
  2. lo haii.. patutla senyap sunyi dia....dah duk umah baru yer?alhamdulillah

    ReplyDelete
  3. dah pindah ke mana tu?
    nak tgk gak rumah baru wan anie


    Jom join contest Aksi si Cilik Berbasikal

    Jemput singgah ke kakyong.com

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Teknik Cepat Membaca: Cara Mudah Mengajar Anak Membaca

Hakim mula belajar secara formal semasa usianya 5 tahun, buku Bacalah Anakku digunakan di sekolah dan juga di rumah untuk memperkenalkan anak dengan bunyi sukukata yang mudah mengikut teknik fonetik. Bila di rumah ibu sudah terbiasa mengenalkan anak-anak dengan huruf menyebabkan anak keliru untuk sebut 'a' dengan A atau aaa. Bila anak dihantar ke taska, guru taska tanya Buku Anakku buku ke berapa? Ibu menjawab 'emm 2 ke 3? Isk nampak sangat ibu ni tidak prihatin dengan tahap kemahiran anak sendiri, malu sendiri jadinya. Bukan tidak peduli langsung tapi terlalai dengan kerja seharian (konon sibuk sangat) sampai terlupa nak cek buku anak-anak termasuk iqra'. Mana boleh macam ni? Takkan nak biarkan anak belajar 100% di sekolah dan taska sahaja? Apa yang aku lakukan sebagai ibu di rumah? Sibuk sangat kah? Ibu mula memeriksa bacaan Hakim, mulakan dari buku 1. baru lah ibu tahu bahawa anak ibu lebih kepada menghafal sebab terlalu sedikit latihan. Bila ibu tu

Mengajar Anak Mengenal Huruf Hijaiyah

Set Lengkap Mengajar Anak Kecil Membaca Mengenal huruf hijaiyah adalah perkara asas apabila belajar mengaji Quran. Bila kenal huruf kemudian baru belajar bunyi bacaan mengikut baris. sudah pandai baca baru belajar tajwid.  Sama seperti membaca, sekarang ada kaedah yang mengajar bunyi bacaan dahulu kemudian baru kenal huruf. Sama seperti kaedah fonik dalam Bahasa Melayu. Ibu lebih suka perkenalkan anak-anak dengan huruf-huruf hijaiyah dahulu. Belajar melalui lagu dan kad imbas adalah lebih mudah untuk anak-anak ibu. Contohnya lagu Alif Ba Ta yang banyak ada di Youtube. Ibu muat turun sahaja dan pasang di laptop hampir setiap hari. Bukan untuk anak yang baru belajar, anak yang sudah pandai mengaji pun akan ikut sama menyanyi. Lagu Alif Ba Ta yang mudah dan senang diikuti adalah seperti ini [Klik di sini] Ini yang paling jelas sebutan, jika ada yang lain mohon dikongsi di ruangan komen.  Untuk perkenalkan huruf menggunakan kad imbas, ibu gunakan kad imbas huru

Bagaimana Hilangkan Kutu Rambut?

Apakah itu kutu rambut? Kutu kepala adalah serangga kecil yang tidak bersayap yang berwarna kelabu atau coklat. Ianya ialah parasit yang mendapat makanan dengan menghisap darah dari kulit kepala manusia.   Saiz kutu yang baru menetas adalah lebih kurang 1mm (lebih kurang saiz kepala jarum peniti), dan kutu penuh dewasa berukuran sekitar 3mm (kecil sedikit daripada saiz kepala mancis). Kutu kepala mengambil masa antara enam hingga 14 hari untuk menjadi penuh dewasa, kemudian betina akan melakukan hubungan jenis dan melahirkan telur di atas kulit kepala.  Telur, atau 'nit' dalam bahasa Inggeris berwarna putih-kuning. Kadangkala ianya disangkakan kelemumur, tetapi boleh dibezakan sebab ia melekat kepada rambut dan sukar untuk dilucutkan. Telur mengambil masa tujuh hingga 19 hari untuk menetas dan kulit telur melekat tinggal pada batang rambut. Kutu boleh hidup sampai 21 hari, dan betina dewasa boleh mengeluarkan sebanyak 56 telur dalam satu hubungan jenis.