Mar 31, 2011

Cerita Hati Seorang Ibu

Terharu hati ibu ini bila anak berkata "ibu takyah lah kerja, ibu duk rumah jer...."

Duhai anakku, sekiranya engkau tahu......

Jika diizinkan Tuhan ibu memang hanya ingin bersamamu, menyediakan sarapan buat anak-anak sebelum ke sekolah setiap hari, menyediakan pakaian dan kelengkapanmu sebelum engkau ke sekolah, melambaikan tangan semasa engkau berjalan ke sekolah.....

Menyediakan lauk pauk yang enak dari air tangan sendiri supaya engkau ingat makanan yang lazat ini sehingga engkau besar, menyambut mesra kepulangan tatkala engkau menyeru "ibu...ibu" sebaik sampai di rumah, akan ku cium pipi dan dahimu wahai anakku.

Alangkah indahnya jika ia berulang setiap hari...... InsyaAllah masanya akan tiba suatu hari nanti wahai anakku....

2 comments:

  1. Anie..ayat2 seumpama ni la yg selalu meruntun hati bila nak tinggalkan anak..lately ni jugak, nurin & nadhira selalu ckp mcm ni..nak pergi sekolah tp nak balik dgn mama mcm org lain,bukan kena transit kat taska huhu... :(

    ReplyDelete
  2. x sanggup nak dgr kalau camni kak, sedih rasanya. kalaula kita mampu, mmng akan duduk rumah tgk dorang depan mata..

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails