Mar 17, 2011

Lumayan Atau Tidak Bekerja di Rumah?

Assalamualaikum...

Masa berlalu dengan sangat pantas, 2011 sudah hampir 1/4 dilalui... Macamana dengan tahun ini adakah lebih baik dari tahun sebelumnya atau tiada apa yang berubah?

Bekerja di rumah mungkin antara perancangan bagi sesetengah ibu di luar sana untuk lebih masa bersama keluarga. Tidak dinafikan faktor ekonomi menjadikan ramai ibu-ibu yang terpaksa melupakan niat untuk bekerja di rumah.

Bekerja di rumah juga ada cabaran yang tersendiri dan kadang kala cabaran bekerja di rumah lebih rumit dari bekerja di pejabat. Buat lah perancangan awal seperti memulakan secara separuh masa, dihujung minggu atau ambil cuti untuk mencubanya.

Ramai yang pelik apabila ibu maklumkan sebab berhenti kerja untuk lebih masa berada di rumah dan kebanyakannya bertanya "Lumayan kah hanya dengan bekerja di rumah?" Ibu hanya tersenyum dan menganggap itu salah satu daripada cabarannya.

Wahai ibu-ibu yang sanggup meninggalkan kerjaya demi keluarga ingatlah bahawa walau mungkin pendapatan sekarang tidak seberapa tapi ganjaran yang dijanjikan ALLAH itu tersangatlah lumayan! Cuma dengan keikhlasan InsyaAllah kita mampu mendapat ganjaran LUMAYAN itu!

Buat perancangan, cari dan cipta peluang-peluang yang baru. Ibu ingin berpesan kepada ibu-ibu dan juga diri sendiri bahawa rezeki ALLAH itu tidak akan putus malah bertambah jika kita tahu mensyukurinya.


Selain berusaha terdapat beberapa amalan yang boleh dilakukan antaranya;

1. Solat Sunat Fajar
Daripada Aisyah R.A, bahawa Nabi S.A.W bersabda:"2 rakaat Solat Sunat Fajar itu lebih baik dari dunia dan segala isinya" - Riwayat Muslim

2. Amalan Surah Al-Waqiah & Al-Mulk

3. Solat Dhuha

Wallahu'aalam

2 comments:

  1. betul ssngt la anie..saya sendiri walau keinginan mmg kuat tp rasa belum prepare utk jd WAHM..takut apa dirancang tinggal perancangan..huhu..

    org2 yg berjaya selalunya mmg amalkan 3 amalan tu kan!

    ReplyDelete
  2. ada perancangan juga tapi dlm 5-6 thun lg rasanya.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails