Apr 28, 2011

Berikan Hanya Susu Ibu

Minggu ini rutin semakin sibuk, keluar di awal pagi dan pulang hampir maghrib baru tiba di rumah.

Hujung minggu ini ibu akan isi masa sepenuhnya dengan keluarga, minggu depan satu debaran baru buat ibu, nak tahu apa dia tunggu next entry InsyaAllah.

Tadi ibu sempat baca entry Farah tentang Gathering Sarakids baru-baru ini, ibu sangat teruja dengan ibu-ibu yang hadir sambil menyanyikan lagu menyusu. Alhamdulillah kesedaran ibu-ibu tentang pentingnya penyusuan susu ibu seawal kelahiran semakin meningkat terutama di kalangan ibu-ibu muda.

Gambar yang ibu ambil dari blog Farah Sarakids

Menyusu itu mungkin senang bagi sesetengah ibu tapi untuk meneruskan penyusuan lengkap sehingga 2 tahun agak sukar. Di saat-saat genting jika tiada sokongan terutama suami, keluarga terdekat mahupun kawan-kawan boleh membantutkan penyusuan susu ibu sepenuhnya kepada anak-anak.

Ibu telah melalui proses ini, ibu banyak belajar dari pengalaman sendiri dan rakan-rakan blog. Alhamdulillah anak ketiga mendapat susu ibu sepenuhnya selepas tersasar untuk anak kedua dan cetek ilmu ketika anak pertama. Alhamdulillah.

Ibu juga mahu melihat entry blog ibu-ibu lain semasa event ini berlangsung, sudi lah kiranya mengisi kotak komen, perkenalkan diri dan buat link entry blog masing-masing, please....

p/s: Masih menghabiskan buku Laluan ke-2, menarik juga isi kandungannya, saya hanya membaca tapi selalu sebak...

3 comments:

  1. makin ramai yg ada kesedaran..syukur

    ReplyDelete
  2. tp ada mertua tak galakkan and need ur opinion..tq

    Link> http://faisyastory.blogspot.com/2011/05/true-story-nenek-breastfeed-cucunya.html

    ReplyDelete
  3. rasa seronok bila ramai yg dah mula sedar kepentingan BF ni..saya pun dlm kategori yg kurang berjaya bab-bab ni w/pun smgt berkobar2..ilmu tak cukup lagi..

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails