Skip to main content

Bila Musim Buahan Tiba...

Assalamualaikum

Sekarang sudah tiba musim buah-buahan dan yang paling seronok bila dapat makan buah free, jika ada saudara-mara atau kawan-kawan yang ada dusun buah-buahan masa ni lah masa terbaik untuk bertandang ke rumah mereka :D ibu dan keluarga pasti akan pulang ke kampung bila musim buah sebab jika kami tak balik membazir buah-buah tu tak ada siapa nak makan....  

Ibu paling gemar buah durian, rambutan, manggis dan duku (duku di kampung tak sama dengan buah dokong atau langsat kat sini). Anak-anak ibu paling suka rambutan dan manggis, sekarang (masa menulis ini) harga rambutan dan manggis masih mahal sekitar RM6 - RM8 sekilo sebab pokok baru berbuah, tunggu 3-4 minggu lagi pasti harga akan jatuh sekitar RM2 - RM4 sekilo.

Balik kampung! makan buah rambutan dan manggis sepuasnya, kalau tak juga puas bawa ke sini, masuk dalam guni atau dalam kotak supaya buah tak cepat rosak. Syukur kita duk kat negara Malaysia ni banyak buah-buahan tempatan yang mungkin sukar didapati di negara lain kalau adapun harganya sudah tentu mahal berganda-ganda.

Di kawasan ibu tinggal ini banyak dusun buah-buahan, jadi tidak lar terlalu mahal, hari Sabtu lepas ibu tempah  buah durian dan rambutan dengan pakcik depan jalan mengadapa rumah kami ni, durian memang sedap isinya fresh sebab baru jatuh dari pokok, jika beli di tepi jalan kadang-kadang durian yang sudah lama dan isinya sudah lembik.

Bila durian banyak, tanak pulut makan dengan durian, cara kami makan pulut dengan santan, gula dan isi durian, fuh heaven!
picture credit here

Biasanya ditambah dengan sedikit gula untuk menanbah perisa (kan orang Terengganu suka makan manis-manis) tapi ibu makan tanpa gula sebab durian sudah cukup manis bagi ibu.

Panggilan orang kampung mari kito pakat kelik kampung weh.... rugi ni kalu tok balik buleh make buwoh banyok biar se'eh perut.. hehe

Comments

  1. kalau mak saya letak santan letak garam.sama dgn pulut.tanak pulut dgn garam sket.sebab durian dah manis..cantiknya durian tu kak wan..kuning je..mesti best ni

    ReplyDelete
  2. wat terliur jah tengok pulut & dughyen tu.

    ReplyDelete
  3. 1st time tinggal komen walaupun dah lama jd follower Ibu.
    Memang sedap tak hingat lah makan durian dengan pulut ni, kalau org belah2 Taiping cakap ni "pulut derian".
    Baru tau org Pantai Timur pun makan pulut durian. Satu Malaysia.

    ReplyDelete
  4. amirah,

    mmm akak pun masak sanan letak garam sket... bagi tak muak, baru bule makan banyak :D

    ReplyDelete
  5. Nur,

    Kalu terliur benar mai lar jale umoh saya ni.... sini banyok woh durian...

    ReplyDelete
  6. AJ Edrez,
    Memang 1 Malaysia kita... agak2 org sabah sarawak ada makan pulut durian jugak tak? ;)

    ReplyDelete
  7. aik musing buwoh ke lening? buoh klape sawik banyok aaa, buoh nyo pung payoh nok cari....

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Teknik Cepat Membaca: Cara Mudah Mengajar Anak Membaca

Hakim mula belajar secara formal semasa usianya 5 tahun, buku Bacalah Anakku digunakan di sekolah dan juga di rumah untuk memperkenalkan anak dengan bunyi sukukata yang mudah mengikut teknik fonetik. Bila di rumah ibu sudah terbiasa mengenalkan anak-anak dengan huruf menyebabkan anak keliru untuk sebut 'a' dengan A atau aaa. Bila anak dihantar ke taska, guru taska tanya Buku Anakku buku ke berapa? Ibu menjawab 'emm 2 ke 3? Isk nampak sangat ibu ni tidak prihatin dengan tahap kemahiran anak sendiri, malu sendiri jadinya. Bukan tidak peduli langsung tapi terlalai dengan kerja seharian (konon sibuk sangat) sampai terlupa nak cek buku anak-anak termasuk iqra'. Mana boleh macam ni? Takkan nak biarkan anak belajar 100% di sekolah dan taska sahaja? Apa yang aku lakukan sebagai ibu di rumah? Sibuk sangat kah? Ibu mula memeriksa bacaan Hakim, mulakan dari buku 1. baru lah ibu tahu bahawa anak ibu lebih kepada menghafal sebab terlalu sedikit latihan. Bila ibu tu

Mengajar Anak Mengenal Huruf Hijaiyah

Set Lengkap Mengajar Anak Kecil Membaca Mengenal huruf hijaiyah adalah perkara asas apabila belajar mengaji Quran. Bila kenal huruf kemudian baru belajar bunyi bacaan mengikut baris. sudah pandai baca baru belajar tajwid.  Sama seperti membaca, sekarang ada kaedah yang mengajar bunyi bacaan dahulu kemudian baru kenal huruf. Sama seperti kaedah fonik dalam Bahasa Melayu. Ibu lebih suka perkenalkan anak-anak dengan huruf-huruf hijaiyah dahulu. Belajar melalui lagu dan kad imbas adalah lebih mudah untuk anak-anak ibu. Contohnya lagu Alif Ba Ta yang banyak ada di Youtube. Ibu muat turun sahaja dan pasang di laptop hampir setiap hari. Bukan untuk anak yang baru belajar, anak yang sudah pandai mengaji pun akan ikut sama menyanyi. Lagu Alif Ba Ta yang mudah dan senang diikuti adalah seperti ini [Klik di sini] Ini yang paling jelas sebutan, jika ada yang lain mohon dikongsi di ruangan komen.  Untuk perkenalkan huruf menggunakan kad imbas, ibu gunakan kad imbas huru

Bagaimana Hilangkan Kutu Rambut?

Apakah itu kutu rambut? Kutu kepala adalah serangga kecil yang tidak bersayap yang berwarna kelabu atau coklat. Ianya ialah parasit yang mendapat makanan dengan menghisap darah dari kulit kepala manusia.   Saiz kutu yang baru menetas adalah lebih kurang 1mm (lebih kurang saiz kepala jarum peniti), dan kutu penuh dewasa berukuran sekitar 3mm (kecil sedikit daripada saiz kepala mancis). Kutu kepala mengambil masa antara enam hingga 14 hari untuk menjadi penuh dewasa, kemudian betina akan melakukan hubungan jenis dan melahirkan telur di atas kulit kepala.  Telur, atau 'nit' dalam bahasa Inggeris berwarna putih-kuning. Kadangkala ianya disangkakan kelemumur, tetapi boleh dibezakan sebab ia melekat kepada rambut dan sukar untuk dilucutkan. Telur mengambil masa tujuh hingga 19 hari untuk menetas dan kulit telur melekat tinggal pada batang rambut. Kutu boleh hidup sampai 21 hari, dan betina dewasa boleh mengeluarkan sebanyak 56 telur dalam satu hubungan jenis.