Skip to main content

Jumpa Ahad ini 24/4/2011 Sarakids Open Day

Setiap hari ibu merindui blog ibu sendiri....

Bila buka, tak tahu nak tulis apa... hehe

Baby Umar sudah 1 tahun 10 bulan dan 2 hari (masih baby kah?) sepupu seusianya sudah bergelar abang, dan Aiesyah semasa usianya juga sedang menunggu masa bergelar kakak.


Anak bongsu ibu ini sudah semakin lincah fizikal, mental dan juga oralnya, bersembang tak ingat sambil muncung-muncung, kakak dan abangnya layan aje. Kelakar bila abang Hakim senyum sambil memalingkan muka pada ibu bila bercakap dengan adik-adiknya (tak faham ler tu...) Sudah pandai makan dan suap sendiri, pakai baju dan seluar sendiri walaupun kadang-kadang macam ikan duyung, sudah pandai mandi sendiri tak payah disuruh-suruh, sabun sendiri dan gosok gigi sendiri. Baca buku pun dah pandai....



Aiesyah pula semakin berimaginasi, apa sahaja yang dipegangnya pasti ada cerita sendiri, kalau tak percaya bagi sahaja buku dan minta dia ceritakan, sudah tentu ibu terlopong sambil mendengarnya....


Abang Hakim semakin besar pandai melayan cakap adik-adik, pandai juga promote bila ke rumah jiran-jiran  "Makcik datang lar rumah saya, ibu saya jual baju baby cantik-cantik semuanya" Alahai nanti besar jadi Marketing Director :D

Bila semakin besar anak semakin pandai berada di belakang tabir, tak mahu jadi aktor kecuali Spiderman di dalam kereta yang bergerak, dari sit tengah ke belakang, berbaring dan memanjat dengan aksi-aksi yang anda bayangkan sendiri.

Layan gambar-gambar yang di snap oleh Hakim;




Ibu tak sabar menunggu Ahad ini, orang lain punya event ibu pula yang berdebar....

Ibu akan berada di sana sebagai peserta gathering dan menjadi salah seorang daripada ibu-ibu yang menyusukan anak mereka, ya ibu masih menyusukan Umar sehingga sekarang. Alhamdulillah Umar mendapat susu ibu sepenuhnya dari bayi sehingga sekarang, tiada setitik susu tepung atau susu lembu. Jika diberi pasti muntah....

Jom kita jumpa di Sarakids Gathering


Ibu juga akan buka booth di sana Ahad ini, masih belum select product yang akan dibawa ke sana, mungkin sedikit mainan dan pakaian. Macamana yer nak handle anak-anak dan booth serentak?

Ibu nak bagi peluang pada anak-anak supaya beraktiviti sambil berkenalan dengan kawan-kawan baru mereka nanti, sambil ibu nak berkenalan dengan seramai mungkin ibu-ibu yang sealiran, jika di khalayak mana kita nak bertegur sapa yer... sebab ramai sangat dan masing-masing agaknya sibuk melayan anak masing-masing.

Comments

  1. huhuhu..rasa mcm baru je baca kisah umar masih baby, dah nak dekat 2 tahun dah..sy rs x brkesempatan nk pergi ke sana ahad nanti..moga semua ibu2 gembira kat sana nnt

    ReplyDelete
  2. wah dah besar semuanya ya Wan...alhamdulillah

    ReplyDelete
  3. alhamdulillah..makin besar makin bijak pandai dia org ni..lamanya tak jumpa dia org!teringat2 masa gathering hari tu..seronok anak2 kita main sama2..lari sana sini..

    mmg teringin benar nak gi sara kids open day ni..tp en.suami memanjang keja..mesti best kan! support anie dr jauh jer..smg semua berjln lancar

    ReplyDelete
  4. macam best jer dapat kesana..
    tapi cute mum tak dpaat nak join..
    :(

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Teknik Cepat Membaca: Cara Mudah Mengajar Anak Membaca

Hakim mula belajar secara formal semasa usianya 5 tahun, buku Bacalah Anakku digunakan di sekolah dan juga di rumah untuk memperkenalkan anak dengan bunyi sukukata yang mudah mengikut teknik fonetik. Bila di rumah ibu sudah terbiasa mengenalkan anak-anak dengan huruf menyebabkan anak keliru untuk sebut 'a' dengan A atau aaa. Bila anak dihantar ke taska, guru taska tanya Buku Anakku buku ke berapa? Ibu menjawab 'emm 2 ke 3? Isk nampak sangat ibu ni tidak prihatin dengan tahap kemahiran anak sendiri, malu sendiri jadinya. Bukan tidak peduli langsung tapi terlalai dengan kerja seharian (konon sibuk sangat) sampai terlupa nak cek buku anak-anak termasuk iqra'. Mana boleh macam ni? Takkan nak biarkan anak belajar 100% di sekolah dan taska sahaja? Apa yang aku lakukan sebagai ibu di rumah? Sibuk sangat kah? Ibu mula memeriksa bacaan Hakim, mulakan dari buku 1. baru lah ibu tahu bahawa anak ibu lebih kepada menghafal sebab terlalu sedikit latihan. Bila ibu tu...

Raikan Pelbagai Stail Belajar Anak-Anak

Ada banyak cara anak-anak kita belajar. Ada anak yang mudah menghafal, ada yang senang mengecam, ada pula yang ingat dengan pergerakan. Apabila kita kenal pasti anak jenis stail belajar yang bagaimana, maka lebih mudah kita menyusun aktiviti yang sesuai. Sebagai contoh anak yang suka bergerak, mesti banyakkan aktiviti yang melibatkan pergerakan fizikal. Melompat, berlari, berjalan, membaling atau menyambut bola pasti menyeronokkan bagi anak yang jenis belajar begini. Apabila mereka bergerak mereka lebih fokus. Yang penting anak-anak seronok belajar dan tidak rasa seperti sedang belajar pun. Adakah belajar membaca hanya duduk dan mengadap buku? Sudah tentu tidak! Apa yang menjadikan suatu sesi belajar itu menyeronokkan? Apabila ada penglibatan semua pihak. Guru dan pelajar atau ibu bapa dan anak-anak. Penglibatan anak-anak dan pelajar adalah lebih berbanding pendidik yang bertindak sebagai fasilitator. Jadikan sesi pembelajaran suatu yang bemakna, anak seronok, ibu b...

Contest - Aksi Si Comel

02 - 20 Nov 2009 HADIAH UTAMA Voucher membeli-belah di Comel Lote Collections bernilai RM50 + Sehelai t-shirt muslimah untuk ibu ditaja oleh Muslimah Online Shop (bernilai RM40 ) 2 HADIAH SAGUHATI Voucher membeli-belah di Comel Lote Collections bernilai RM10 setiap seorang. SYARAT-SYARAT PENYERTAAN 1. Jadi follower blog ini dan blog 2 penaja contest, add 2 penaja contest dalam blog list anda 2. Letak banner contest ini di blog entry & sidebar dan link kan ke entry ini . Copy html code di sidebar dan tukar width mengikut kesesuaian blog anda. 3. Buat 1 entry dalam blog anda bertajuk Contest - Aksi Si Comel 4. Masukkan 1 gambar si comel anda di dalam entry tersebut. Nyatakan nama , tarikh lahir , umur dan aksi apakah yang dilakukan si comel (mengikut kreativiti anda) 5. Si comel anda MESTI lah berusia 1 hari - 4 tahun . 6. Berikan 1 cadangan/idea bagaimana Comel Lote Collections dan Muslimah Online Shop boleh memberi keistimewaan kepada followers / pelangga...