Skip to main content

Profession Usahawan

Assalamualaikum... 

Semakin hari semakin payah mencari ruang untuk kemaskini blog, entah mengapa idea menulis kadang-kadang hilang bila berada di depan laptop dan biasanya datang semasa memasak :D

Semasa kecil ibu selalu ditanya bila besar hendak jadi apa, jawapannya sudah pasti bukan sekadar manusia tetapi manusia yang berguna. Biasanya soalan begini dijawab dengan satu jawatan atau profession seperti guru, doktor atau penyanyi....

Bila besar baru ibu sedar ada satu profession yang juga mulia seperti profession yang lain iaitu profession usahawan. Sudah tentu ia profession yang mulia dan hebat kerana profession ini disandang oleh daie terhebat kekasih junjungan mulia ALLAH, Rasulullah SAW.

Usahawan bukan sekadar menjual dan memasarkan produk tetapi lebih dari itu maka ibu masih jauh untuk bergelar usahawan apalagi usahawan yang hebat. Ya hebat! Perkataan yang sentiasa ibu sogokkan kepada anak-anak supaya mereka tidak merasa rendah diri dan malu. Walau apapun kita walau di manapun kita berada kita mesti merasa hebat dengan diri sendiri bukan hebat untuk menunjuk diri dan sombong, Nauzubillah minta dijauhkan.

Pelbagai ragam manusia yang ibu jumpa setiap hari, beretika berakhlak adalah tunjang kekuatan. 

Membaca dan berblog adalah cara ibu memotivasikan diri, ada sesuatu yang ibu belajar hari ini. Memberi untuk mendapat. Pelik tapi itulah hakikat kehidupan. Untuk mendapat pendapatan contohnya kita perlu memberi tenaga, kerahan akal fikiran atau dengan katalainnya bekerja, untuk mendapat kasih sayang maka terlebih dulu kita perlu memberinya.

Berikan sepenuh kasih sayang kepada Pencipta sudah tentu kita mendapat kasih sayang daripada orang di sekeliling kita. Seperti konsep sedekah, lagi banyak yang kita beri lagi banyak yang kita akan dapat sebenarnya mungkin dalam bentuk yang berbeza. Jadi bila rasa duit semakin kering di poket maka itulah masa yang paling sesuai untuk bersedekah.

Semoga berjumpa lagi, InsyaAllah.

Notakaki: Oh ya hari ini usahawan kecil ini akan berada di Plaza Sentral KL membawa banyak soft toys dan barangan bayi....

Comments

  1. selamat maju jaya anie. kagum dgn kegigihanmu. insyaAllah akan terbayar.

    ReplyDelete
  2. insyaallah kalo pun bukan hari ni,pasti akan tiba hari di mana anie boleh senyum lebar penuh syukur bila penat jerih lalu terbayar akhirnya..all the best!!

    ReplyDelete
  3. semoga terus maju jaya kak wan..!

    ReplyDelete
  4. tak tahu pun Anie ada kat KL Sentral hr ni. kalau tak mesti sy singgoh metar sblm balik rumoh.

    ReplyDelete
  5. terima kasih care, yatie dan amirah....
    Nur, booth kat plaza sentral tu dari pagi sampai kul 4, tapi semalam saya bertukar booth ke INTAN :D
    InsyaAllah ada rezeki kita jumpa nanti....

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Raikan Pelbagai Stail Belajar Anak-Anak

Ada banyak cara anak-anak kita belajar. Ada anak yang mudah menghafal, ada yang senang mengecam, ada pula yang ingat dengan pergerakan. Apabila kita kenal pasti anak jenis stail belajar yang bagaimana, maka lebih mudah kita menyusun aktiviti yang sesuai. Sebagai contoh anak yang suka bergerak, mesti banyakkan aktiviti yang melibatkan pergerakan fizikal. Melompat, berlari, berjalan, membaling atau menyambut bola pasti menyeronokkan bagi anak yang jenis belajar begini. Apabila mereka bergerak mereka lebih fokus. Yang penting anak-anak seronok belajar dan tidak rasa seperti sedang belajar pun. Adakah belajar membaca hanya duduk dan mengadap buku? Sudah tentu tidak! Apa yang menjadikan suatu sesi belajar itu menyeronokkan? Apabila ada penglibatan semua pihak. Guru dan pelajar atau ibu bapa dan anak-anak. Penglibatan anak-anak dan pelajar adalah lebih berbanding pendidik yang bertindak sebagai fasilitator. Jadikan sesi pembelajaran suatu yang bemakna, anak seronok, ibu b...

Teknik Cepat Membaca: Cara Mudah Mengajar Anak Membaca

Hakim mula belajar secara formal semasa usianya 5 tahun, buku Bacalah Anakku digunakan di sekolah dan juga di rumah untuk memperkenalkan anak dengan bunyi sukukata yang mudah mengikut teknik fonetik. Bila di rumah ibu sudah terbiasa mengenalkan anak-anak dengan huruf menyebabkan anak keliru untuk sebut 'a' dengan A atau aaa. Bila anak dihantar ke taska, guru taska tanya Buku Anakku buku ke berapa? Ibu menjawab 'emm 2 ke 3? Isk nampak sangat ibu ni tidak prihatin dengan tahap kemahiran anak sendiri, malu sendiri jadinya. Bukan tidak peduli langsung tapi terlalai dengan kerja seharian (konon sibuk sangat) sampai terlupa nak cek buku anak-anak termasuk iqra'. Mana boleh macam ni? Takkan nak biarkan anak belajar 100% di sekolah dan taska sahaja? Apa yang aku lakukan sebagai ibu di rumah? Sibuk sangat kah? Ibu mula memeriksa bacaan Hakim, mulakan dari buku 1. baru lah ibu tahu bahawa anak ibu lebih kepada menghafal sebab terlalu sedikit latihan. Bila ibu tu...

Siapa nak Buku Perancangan Kewangan Keluarga? FREE jer...

Ini pertama kali saya bersiaran dari hp lama yg x berapa nak canggih ne :) tapi byk berjasa, taipan akan dteruskan walaupun ibu jari kontot ne da rasa nak krem haha kan best kalu dpt hp yg main touch2 je. Lupakan apa yg saya duk merapu tadi berbalik pada tujuan asal sy nak bg pada sesiapa shj yg berminat dgn buku perancangan kewangan keluarga yg dkeluarkan oleh bank negara. Saya percaya wanita aka ibu atau isteri adalah perancang kewangan terbaik sebuah keluarga ye lah selalunya wanita lah yg pandai beli brg time sale dan buat budget keluarga means byk mana belanja byk mana nak simpan nak dlaburkan dan sebagainya. Buku ni sgt berguna bagi saya dan mungkin juga bagi mereka yg mahu kewangan keluarga lebih teratur. Tawaran ini layak pada yg betul berminat sahaja jgn sebab free anda mahu tapi tidak berbuat apa2, baik dberikan pada yg betul2 nak. Gambar buku saya akan upload kemudian, sesiapa yg berminat bole tinggalkan komen dsini, nyatakan nama, email dan kenapa anda perlukan buku ini. ...