Skip to main content

Saya Mahu Memulakan Bisnes Borong China

China adalah antara destinasi pelancongan yang digemari oleh rakyat Malaysia. Terdapat banyak destinasi menarik yang boleh dilawati, Shanghai, Beijing, Guilin, Shenzen, dan Guangzhou antara destinasi pilihan.

Guangzhou adalah destinasi borong pilihan ibu. Kenapa Guangzhou?

Guangzhou atau juga dikenali dengan nama Canton merupakan tempat memborong yang terkenal di serata dunia. Di sini pelbagai bangsa dan negara datang untuk membeli barangan secara pukal dengan harga murah.

Guangzhou adalah bandar ketiga terbesar negara China juga bandar terbesar di Selatan China merupakan Global City atau World City yang memainkan peranan penting dalam Sistem Ekonomi Dunia.



 Apa yang ada di Guangzhou?

 Pakaian

 Kasut

 Barangan Kulit seperti Handbag

 Jam

 Sutera China dan tekstil
 Pakaian Kanak-kanak

Permainan dan bermacam lagi.

Ibu juga ingin memborong peralatan dan perhiasan rumah termasuk perabut mewah;



Bukan sekadar membeli, memborong dan pulang tetapi mencari idea-idea baru untuk diadaptasikan menjadi satu bisnes yang kreatif.

Dulu ianya sekadar angan-angan tapi sekarang telah menjadi realiti, dengan adanya banyak agensi yang mengendalikan Bisnes Borong China sekarang, pilihan di tangan sendiri.

Great Minds Training and Consultancy antara agensi yang telah membuka ruang dan jalan untuk ibu memulakan bisnes borong China.

Kenapa Bisnes Borong China?
Kerana kebanyakan barangan yang dijual dan berada di pasaran Malaysia dibawa masuk dari China, China mempunyai tenaga buruh yang rendah menyebabkan kos menghasilkan sesuatu produk jauh lebih murah berbanding Malaysia. Ibu dimaklumkan bahawa gaji seorang jurutera di China sama seperti gaji seorang pekerja kilang di sini.

Kenapa Bisnes Borong?
Siapa tahu mungkin ini permulaan untuk ibu bergelar usahawan jutawan bertaqwa? Jika tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya, pepatah Inggeris "Never Late than Never" menjadi pegangan ibu untuk terus mencuba.

Jika diberi peluang ibu ingin mengajak dan berkongsi dengan anda semua betapa banyak cabang bisnes yang kita boleh terokai. Ibu percaya hanya dengan bisnes kita mampu menaiktaraf kehidupan dan sosio-ekonomi masyarakat Islam, dengan bisnes juga kita boleh membantu saudara seagama melalui zakat perniagaan.

Mari kita meneroka, menerobos sempadan diri membina empayar untuk generasi.

Entri saya layak untuk memenangi Trip Borong PERCUMA ke China dan Vietnam bersempena dengan BBC & BBV 1st GiveAway. Ketahui langkah-langkah Borong China dan Borong Vietnam dengan menyertai Kursus Usahawan Borong, Guangzhou 101 dan Saigon 101 oleh Tim Great Minds.

Giveaway ini juga bersiaran khas dari TintaComellote

Comments

Popular posts from this blog

Teknik Cepat Membaca: Cara Mudah Mengajar Anak Membaca

Hakim mula belajar secara formal semasa usianya 5 tahun, buku Bacalah Anakku digunakan di sekolah dan juga di rumah untuk memperkenalkan anak dengan bunyi sukukata yang mudah mengikut teknik fonetik. Bila di rumah ibu sudah terbiasa mengenalkan anak-anak dengan huruf menyebabkan anak keliru untuk sebut 'a' dengan A atau aaa. Bila anak dihantar ke taska, guru taska tanya Buku Anakku buku ke berapa? Ibu menjawab 'emm 2 ke 3? Isk nampak sangat ibu ni tidak prihatin dengan tahap kemahiran anak sendiri, malu sendiri jadinya. Bukan tidak peduli langsung tapi terlalai dengan kerja seharian (konon sibuk sangat) sampai terlupa nak cek buku anak-anak termasuk iqra'. Mana boleh macam ni? Takkan nak biarkan anak belajar 100% di sekolah dan taska sahaja? Apa yang aku lakukan sebagai ibu di rumah? Sibuk sangat kah? Ibu mula memeriksa bacaan Hakim, mulakan dari buku 1. baru lah ibu tahu bahawa anak ibu lebih kepada menghafal sebab terlalu sedikit latihan. Bila ibu tu...

Raikan Pelbagai Stail Belajar Anak-Anak

Ada banyak cara anak-anak kita belajar. Ada anak yang mudah menghafal, ada yang senang mengecam, ada pula yang ingat dengan pergerakan. Apabila kita kenal pasti anak jenis stail belajar yang bagaimana, maka lebih mudah kita menyusun aktiviti yang sesuai. Sebagai contoh anak yang suka bergerak, mesti banyakkan aktiviti yang melibatkan pergerakan fizikal. Melompat, berlari, berjalan, membaling atau menyambut bola pasti menyeronokkan bagi anak yang jenis belajar begini. Apabila mereka bergerak mereka lebih fokus. Yang penting anak-anak seronok belajar dan tidak rasa seperti sedang belajar pun. Adakah belajar membaca hanya duduk dan mengadap buku? Sudah tentu tidak! Apa yang menjadikan suatu sesi belajar itu menyeronokkan? Apabila ada penglibatan semua pihak. Guru dan pelajar atau ibu bapa dan anak-anak. Penglibatan anak-anak dan pelajar adalah lebih berbanding pendidik yang bertindak sebagai fasilitator. Jadikan sesi pembelajaran suatu yang bemakna, anak seronok, ibu b...

Contest - Aksi Si Comel

02 - 20 Nov 2009 HADIAH UTAMA Voucher membeli-belah di Comel Lote Collections bernilai RM50 + Sehelai t-shirt muslimah untuk ibu ditaja oleh Muslimah Online Shop (bernilai RM40 ) 2 HADIAH SAGUHATI Voucher membeli-belah di Comel Lote Collections bernilai RM10 setiap seorang. SYARAT-SYARAT PENYERTAAN 1. Jadi follower blog ini dan blog 2 penaja contest, add 2 penaja contest dalam blog list anda 2. Letak banner contest ini di blog entry & sidebar dan link kan ke entry ini . Copy html code di sidebar dan tukar width mengikut kesesuaian blog anda. 3. Buat 1 entry dalam blog anda bertajuk Contest - Aksi Si Comel 4. Masukkan 1 gambar si comel anda di dalam entry tersebut. Nyatakan nama , tarikh lahir , umur dan aksi apakah yang dilakukan si comel (mengikut kreativiti anda) 5. Si comel anda MESTI lah berusia 1 hari - 4 tahun . 6. Berikan 1 cadangan/idea bagaimana Comel Lote Collections dan Muslimah Online Shop boleh memberi keistimewaan kepada followers / pelangga...