Skip to main content

Anak-Anak Ibu

Pejam celik pejam celik pejam celik sudah hampir 8 tahun ibu berumahtangga, lagi 2 bulan ulangtahun perkahwinan yang ke-8. Anak yang sulung pun sudah besar panjang, kadang-kadang bila tenung muka Hakim, tengok gelagatnya, terfikir dalam hati "Isk betul ke aku dah ada anak besar ni..."


Bila tengok anak-anak bermain bersama, macam tidak percaya sudah punya 3 anak, agaknya bila anak-anak sudah besar-besar nanti mesti ibu ni sudah tidak sekuat sekarang...


Hakim sangat kelelakian, pengarah dan mempunyai kebanyakan sifat anak lelaki sulung. Selalu marah bila adik-adik tersalah, dan juga menjadi pelindung bila adik perlukan. Kadang Hakim berkelakuan seperti orang dewasa, cara bercakap dan pernah beberapa kali juga Hakim menegur bila ibu ada tersalah kata atau perbuatan. Kisah Hakim nak jadi ustaz di sini.

Hakim sukakan kereta dan motosikal (dah nama anak lelaki), bila di dalam kereta, ada motosikal berkuasa tinggi yang melintas memotong kereta kami, dengan mulut sedikit muncung "Fuh hebat lar motor tu....." Reaksi Aiesyah, ada aku kesah?


Begitu juga gelagatnya bila ternampak kereta besar yang sporty, terutama kereta idamannya BMW :) takpe nak, nanti bila Hakim sudah berjaya, Hakim boleh pakai kereta apa sahaja. You name it!

Biasanya akan menegur bila Aiesah cakap salah, "Best kan kita pergi jawatan tengok ikan besar..." Lawatan lah!

Bila besama Umar, Hakim akan menjadi seperti abah, tidak kisah walaupun Umar tampar muka, walaupun mungkin terasa sedikit sakit dan terkejut, Hakim akan kawal dan senyum sambil buat terkejut "Adoi!" Umar gelak lah dia apalagi....


Aiesyah anak ke-2 ibu sangat berdikari, dan petah bercakap (memang anak perempuan macam ini ker?)

Ada sahaja 'saya bantang yang arif' atau 'saya ada cadangan lain daripada yang lain' atau 'saya setuju ajer lah!'

Contohnya bila Hakim cakap "Dulu masa Hakim 5 tahun, Hakim ada main game Tom & Jerry kan ibu kan?" Aiesyah pula dengan hujahnya "Aiesyah dulu pun masa 1 tahun tak main game Tom & Jerry, sebab Aiesyah kecik lagi"


Aiesyah boleh mesra dengan sesiapa sahaja jika kena gayanya, balik kampung boleh ajer dengan tidak semena-mena duduk di ribaan To'ki. kalau buat photoshoot inilah model yang selalu kena kejar sebab asyik main sorok-sorok... anak manja abah!


Aiesyah juga sudah besar, dulu sukakan karakter Dora The Explorer sekarang sudah bertukar Princess....  selipar princess sudah ada, minta ibu belikan beg princess dan basikal princess. 

Umar pula satu-satunya anak ibu yang menyusu dengan ibu sehingga 2 tahun, dan sekarang ini sudah lebih 2 tahun masih lagi tidak mahu berhenti.


Umar juga anak yang sangat berdikari, paling senang diuruskan, tidak banyak ragam, pandai buat kerja sendiri, makan sendiri, pakai baju dan seluar sendiri, ibu pun sudah lupa bila kali terakhir ibu pakaikan baju untuk Umar sebab biasanya Umar akan pakai sendiri dan marah bila ada yang ganggu konsentrasinya, walaupun ibu hanya mahu menolong.. biarkan Umar dengan baju terbaliknya, atau dengan selipar terbaliknya.

Baju dan seluar yang hendak dipakai adalah pilihan sendiri, dan seringkali baju yang sama dipakai berulang-kali, pilihannya baju yang punya gambar karakter ultraman, mickey, pooh etc. Nampak gaya ibu kena beli baju yang baru untuk Umar termasuk baju Upin-Ipin.

Sudah punya anak 3 dan ibu fikir cukuplah dulu setakat ini, jika dulu abah mahu 6 orang anak, tapi sekarang bila ditanya abah cakap cukup lah dulu buat masa ini. 

Tapi mungkin juga tidak sebab Aiesyah selalu cakap mahu baby perempuan, sama macam dia, kesian juga Aiesyah takde kawan nak main masak-masak atau main baby-baby :D

Bila ibu tanya macamana nak dapat baby perempuan? Yelah tunggu ada baby perempuan dalam perut ibu ni! Tunggu lah anak jika betul-betul ada nanti bari ibu bagitau, mungkin tahun depan atau tahun lagi depan?

Comments

  1. sweetnya anak2 kak wan ni..eee...saya suka umar..tembam!ok la tu kalau kak wan nak menambah dah sesuai sgt pun sebab umar pun dh 2thn ++..

    ReplyDelete
  2. amirah...
    hehe tambah? tunggu jap! :D

    ReplyDelete
  3. seronok baca keletah anak2 ni kan,senyum sorang2 jadinya..kalo nak dicerita satu2 mmg jd novel...

    mysara plak kurang nak berdikari, sbb ada kakak2 agaknya...senang ati jer arah kakak antarkan botol susu dia ke dapur haihhh...

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Teknik Cepat Membaca: Cara Mudah Mengajar Anak Membaca

Hakim mula belajar secara formal semasa usianya 5 tahun, buku Bacalah Anakku digunakan di sekolah dan juga di rumah untuk memperkenalkan anak dengan bunyi sukukata yang mudah mengikut teknik fonetik. Bila di rumah ibu sudah terbiasa mengenalkan anak-anak dengan huruf menyebabkan anak keliru untuk sebut 'a' dengan A atau aaa. Bila anak dihantar ke taska, guru taska tanya Buku Anakku buku ke berapa? Ibu menjawab 'emm 2 ke 3? Isk nampak sangat ibu ni tidak prihatin dengan tahap kemahiran anak sendiri, malu sendiri jadinya. Bukan tidak peduli langsung tapi terlalai dengan kerja seharian (konon sibuk sangat) sampai terlupa nak cek buku anak-anak termasuk iqra'. Mana boleh macam ni? Takkan nak biarkan anak belajar 100% di sekolah dan taska sahaja? Apa yang aku lakukan sebagai ibu di rumah? Sibuk sangat kah? Ibu mula memeriksa bacaan Hakim, mulakan dari buku 1. baru lah ibu tahu bahawa anak ibu lebih kepada menghafal sebab terlalu sedikit latihan. Bila ibu tu

Mengajar Anak Mengenal Huruf Hijaiyah

Set Lengkap Mengajar Anak Kecil Membaca Mengenal huruf hijaiyah adalah perkara asas apabila belajar mengaji Quran. Bila kenal huruf kemudian baru belajar bunyi bacaan mengikut baris. sudah pandai baca baru belajar tajwid.  Sama seperti membaca, sekarang ada kaedah yang mengajar bunyi bacaan dahulu kemudian baru kenal huruf. Sama seperti kaedah fonik dalam Bahasa Melayu. Ibu lebih suka perkenalkan anak-anak dengan huruf-huruf hijaiyah dahulu. Belajar melalui lagu dan kad imbas adalah lebih mudah untuk anak-anak ibu. Contohnya lagu Alif Ba Ta yang banyak ada di Youtube. Ibu muat turun sahaja dan pasang di laptop hampir setiap hari. Bukan untuk anak yang baru belajar, anak yang sudah pandai mengaji pun akan ikut sama menyanyi. Lagu Alif Ba Ta yang mudah dan senang diikuti adalah seperti ini [Klik di sini] Ini yang paling jelas sebutan, jika ada yang lain mohon dikongsi di ruangan komen.  Untuk perkenalkan huruf menggunakan kad imbas, ibu gunakan kad imbas huru

Bagaimana Hilangkan Kutu Rambut?

Apakah itu kutu rambut? Kutu kepala adalah serangga kecil yang tidak bersayap yang berwarna kelabu atau coklat. Ianya ialah parasit yang mendapat makanan dengan menghisap darah dari kulit kepala manusia.   Saiz kutu yang baru menetas adalah lebih kurang 1mm (lebih kurang saiz kepala jarum peniti), dan kutu penuh dewasa berukuran sekitar 3mm (kecil sedikit daripada saiz kepala mancis). Kutu kepala mengambil masa antara enam hingga 14 hari untuk menjadi penuh dewasa, kemudian betina akan melakukan hubungan jenis dan melahirkan telur di atas kulit kepala.  Telur, atau 'nit' dalam bahasa Inggeris berwarna putih-kuning. Kadangkala ianya disangkakan kelemumur, tetapi boleh dibezakan sebab ia melekat kepada rambut dan sukar untuk dilucutkan. Telur mengambil masa tujuh hingga 19 hari untuk menetas dan kulit telur melekat tinggal pada batang rambut. Kutu boleh hidup sampai 21 hari, dan betina dewasa boleh mengeluarkan sebanyak 56 telur dalam satu hubungan jenis.