Bekerja dari rumah semakin popular sekarang. Jika bos ibu bagi ibu bekerja dari rumah dahulu mungkin ibu masih bekerja di sana sehingga sekarang (mungkin?)
Faktor perjalanan serta traffic yang tidak menentu menyebabkan fikiran jadi bercelaru untuk menghadapi kenyataan itu setiap hari.
Hehe.... padahal sekarang bila bekerja sendiri dari rumah, ibu kena juga keluar awal pagi dan bersesak dalam traffic cuma tidaklah setiap hari dan ada pilihan.
Ibu sebenarnya kagum dengan wanita gigih ini yang mula memulakan kerjaya dari rumah sejak ibu masih belajar yang mana tidak pernah terlintas untuk ibu bekerja di rumah seperti beliau.
Ibu pernah berjumpa sekali dengan Pn. Dayang Lily semasa meeting Cluster WENA di Shah Alam bulan Mei baru-baru ini.
Ibu kongsikan di sini kerana ibu fikir mungkin ada di antara ibu-ibu di sini yang ingin memulakan kerjaya dari rumah dan juga telah mengharunginya. Senang ke berkerja dari rumah? Hanya yang melaluinya lebih mengetahui. Mari kita tanya pada yang pakar yang sudah lama memulakan kerjaya dari rumah.
UmmikuSayang akan menganjurkan forum
"Real Lives of Work at Home Moms" (Bekerja Dari Rumah)
Ianya adalah berita gembira bukan? Hanya RM50 untuk mendapat pengalaman/perkongsian ibu yang telah 10 tahun bekerja dari rumah.
OMG! peluang depan mata dtg tp saya tak boleh nak grab..huhu...sabtu ni saya cuti terpaksa sbb taska tutup..huhu...nak gi..dekat benor tur plus saya pun pernah bbrp kali gi kedai tur..ada tadika kat situ
ReplyDeletesaya kalau dekat saya pegi jugak tie....
ReplyDeleteminta mr mama jaga anak2 kejap.. hehe :D