Apakah hadiah yang paling bermakna?
Ini kali pertama ibu menerima hadiah dari Nuffnang dan TGV, hadiah apa? Kalau TGV yang sponsor tak lain lar pass masuk percuma menonton filem di TGV Cinema.
Bagi ibu apa sahaja yang diberi sangat menggembirakan, walaupun mungkin ada yang gembira sikit dan gembira banyak.
Dapat kad ucapan pun sudah gembira, jika ditulis Happy Birthday! makanya gembira sedikit tapi jika si pemberi berpuisi dan puji sikit sudah tentu dah jadi gembira banyak :)
Alangkah seronok jika suami seorang yang romantik, pandai berkata-kata, tapi lebih seronok jika suami romantik plus pandai ambil hati. Lebih beruntung dapat suami yang rajin membantu dan baik terhadap kita. Yang mana nak suami yang romantik, pandai berkata-kata atau suami yang tidak banyak cakap tapi rajin membantu dan memahami jiwa? :)
Tidak kiralah suami dalam kategori yang mana pun, yang penting dialah sahaja yang bertakhta di hati sanubari ini, tiada yang lain selain dia. Sejak ibu kenali abah lebih 12 tahun lalu, hanya dia yang meruntun jiwa ibu dengan sifat lembut, penyayang, matang dan ringan tulang. Dialah pemberian terbaik buat ibu selama hampir 8 tahun bersama. Abang adalah hadiah paling istimewa!
Wajah-wajah kesayangan :)
Bila yer kali terakhir ibu ke cinema? Agak lama juga... oh tidak sebab ibu sempat menonton 'Nur kasih The Movie' haritu setelah sekian lama tidak ke pawagam.
Pertama kali ibu tengok wayang di Mines pada 2001 jika tidak salah. Tahun akhir pengajian, kakak housemate ajak teman tengok movie "Enemy at The Gates" sebab kakak tu nak sangat ajak ibu teman dia tengok citer tu dia lah yang belanja....
Tak kuasa ibu nak habiskan duit belajar untuk tengok movie... ibu ni kan skema dan baik.
Jika ditanya ibu masih ingat movie yang ibu tengok di cinema sebab boleh bilang pun, OngBak 1 pun ibu tengok! Eii ngeri bila tengok cerita ganas-ganas kat cinema sebab tumpuan kita hanya ke skrin besar tu kan, jika tengok di rumah ada lah nak buat mende lain sambil-sambil.
Tahun ni ibu dapat ticket wayang free daripada Nuffnang dan TGV Cinema, emm cerita apa yang best sekarang ni? Transformer?
Terima kasih, bukan 1, bukan 2 tapi 4!
Terima kasih Nuffnang & TGV atas hadiah ini.
wow..bestnya hadiah besday kak wan..
ReplyDeletehadiah terbaek!! ikutkan rasa of coz nak yg romantik tp bila fikir sekali lagi tak romantik pun takper asalkan memahami dan sentiasa membantu dlm apa jua plus sentiasa bersama waktu senang dan susah...alhamdulillah, sama2 kita bersyukur dengan kurnia dari Nya
ReplyDeleteamirah, memnag mbest kalau dapat free kan?
ReplyDeleteMamaYatie,
ReplyDeleteYup setuju! :D